MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

5 Okt 2008

Mula-mula replika...akhirnya berhala..


Mula-mula replika...akhirnya berhala..


"Satu replika gergasi pertama di Malaysia telah berjaya dirasmikan dengan jayanya oleh YB Amiruddin Saari (ADUN Batu Caves), YB Manikavasagam (MP Kapar), YB Sivarasah (MP Subang) dan YB William Leong (MP Selayang) selaku tetamu kehormat majlis ini. Replika yang setinggi hampir 40 kaki itu menelan kos perbelanjaan hampir RM 5000.00 dengan Bantuan para aktivis dan reformis serta penduduk Dun Batu Caves yang mahukan semangat Y.B Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk membina Malaysia baru akan terus berkekalan dan ianya juga merupakan simbol sebagai tanda sokongan padu masyarakat pelbagai kaum di Dun Batu Caves ini."

Semakin bertambah mengarut orang2 PKR ni. Dah mula pulak nak mendewa-dewakan Brader Anwar Bin Ibrahim. Wajarkah alasan menterjemahkan semangat seseorang melalui pembinaan replika? Kononnya sebagai simbol masyarakat pelbagai kaum. Simbol apa?

Orang Kristian dan Yahudi je yang biasa ada simbol ni. Mula2 memanglah mereka kata tujuan pembinaannya semata2 nak menyuburkan semangat penyokong PR. Lepas tu, ramai pulak yang akan datang menziarah kononnya untuk bagi penghormatan.

Kemudian mulalah replika Anwar tu diletakkan kalungan bunga, kad, sepanduk, buah, ayam golek, kemenyan dan segala macam tok nenek pengeras bomoh. Penyudahnya jadi BERHALA yang akan disembah oleh penyokong PR untuk memohon dikurniakan 'semangat Anwar'.

Apa la punya bengong orang2 pembangkang ni. Che Det yang terkenal hebat seantero dunia tu pun orang tak buat replika. Nampak benar taksub penyokong2 Pakatan Rakyat ni. Taksub membabi buta.



Lebih bertambah bengong bila Adun Batu Caves, Amiruddin Saari yang selaku umat Islam turut terlibat dalam perasmian FUTURE BERHALA ni.





Lepas ni ramai pulak yang akan buat replika Hadi Awang, Lim Kit Siang, Karpal Singh, Teresa Kok, RPK dan sebagainya atas alasan 'semangat'.

p/s: Orang Pas tak komen ke replika Anwar yang seakan patung Saddam yang dah runtuh tu?

sumber - Paneh Miang

5 ulasan:

hilbert berkata...

REPLIKA! Untuk itukah rakyat mengundi Anwar Ibrahim dulu? Ada tak didalam kempen dia dulu di sebut "Jika aku menang Pilihanraya ini, dan jadi YB serta wakil tuan-tuan, puan-puan, saudara-saudari sekalian ke Parlimen nanti, saya akan dirikan sebuah replika patung saya sendiri yang menelan belanja lebih RM5000.00??? Yang kita semua sudah sedia maklum, janji dia jika menang adalah untuk menurunkan harga minyak tetapi kenapa pulak replika patung yang dia dirikan??? Jika dia dirikan tandas awam tak pe lah juga, ini tak "patung" dia tak tau ke yang dalam agama Islam patung dan berhala itu haram dipuja dan disembah. Bab replika tu eloklah Anwar minta pandangan dan pendapat ulama-ulama dari Mesir jika tak mau dengar pandangan ulama-ulama di Malaysia, apakah hukumnya dalam Islam? Jangankan patung manusia, patung KATAK pun dikira boleh mendatangkan Syirik jika kita taksub, pasal KATAK ini adalah juga haiwan dua alam, dalam air boleh hidup dan bernafas apatah lagi diatas daratan. Haiwan ni haram tidak halal pun tidak, cuma makruh. Oleh itu, Anwar harus kaji semula tentang replika itu, mau dikekalkan atau diturun semula, kerana ianya sangat bertentangan sama sekali dengan ajaran agama Islam. Jangan asyik nak desak kerajaan mengkaji akta ISA, Dasar Ekonomi Baru (DEB). Yang replika itulah harus dipikir dan dikaji semula. Terima Kasih.

Admin berkata...

Semaking mengarut dan sesat lagi menyesatkan! Harap-harap adun yang benda lagha ni, mati nanti sempat2 la mengucap shahadah....

Mr Joker berkata...

jangan fikir orang PAS tak komen perkara ni... aku orang PAS dan hang boleh baca komen aku disini : http://www.perisik-rakyat.com/2008/10/sejarah-tercipta-pkr-naik-berhala-ref.html dan di sini : http://www.perisik-rakyat.com/2008/10/kenapa-aku-bantah-replikaberhalatugu.html

sumandak bayu berkata...

hebat sungguh PKR siap lagi buat replika BRO ANWAR rasa semangat juang tu semakin bertambah. TAHNIAH PKR....

Tapi sanggup ke PAS bersama-sama jayakan replika ni kan dalam agama ISLAM kita dilarang dan ditegah mengagung-agungkan pemimpin hingga siap gi buat REPLIKA...

MAKIN paning ba Sumandak tengok 'kejayaan' PKR ni.....belanja RM5,000 untuk replika ada pula duit tapi masa kempen di Permatang Pauh cakap ndak ada duit atau sebaliknya ja sajalah nak mengaburi mata pengundi PERMATANG PAUH

Unknown berkata...

mula mula replika,

lepas dapat sambutan penganut hindu, upgrade jadi berhala.

Aku tak terkejut kalau batu caves dipenuhi golongan bukan hindu semasa thaipusam,golongan pemuja anuwar.

Dewa sri anwar murugan shakti HINDRAF

dunia dunia