MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

9 Okt 2008

Replika Anwar: Replika tidak perlu dijadikan isu - Anwar


Replika Gergasi Anwar


KUALA LUMPUR – Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak memahami mengapa replika dirinya setinggi 12.2 meter berhadapan Wisma Keringat, Batu Caves, dekat sini dijadikan isu, berikutan ia sekadar gambar dan bukannya patung.

Beliau menambah, replika tersebut dijadikan isu kerana melibatkan dirinya sebagai pembangkang, yang mana perkara sama dianggap tidak mengapa jika melibatkan pemimpin negara seperti Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan Datuk Seri Najib Tun Razak.

“Yang haram semua kena saya. Tapi kalau gambar Abdullah boleh pula halal. Kalau gambar pun tidak boleh dan perlu diturunkan, gambar Abdullah pun kena turunlah,” katanya selepas menghadiri prosiding mahkamah berhubung kes liwatnya di Kompleks Mahkamah Jalan Duta di sini, semalam.



Selain itu, beliau yang mengetahui pembinaan replika itu melalui akhbar menambah, tidak akan mencampuri urusan menurunkan replika tersebut kerana lebih memfokuskan perkara lain yang lebih penting.

Justeru, keputusan untuk menurunkan replika yang memakan belanja RM5,000 akan diserahkan kepada mereka yang bertanggungjawab membinanya.

Isnin lalu, Sinar Harian melaporkan kenyataan Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin yang menasihatkan supaya replika gambar yang diilhamkan para aktivis dan reformis serta penduduk Dewan Undangan Negeri (DUN) Batu Caves perlu dihapuskan dengan segera kerana dikhuatiri akan membawa unsur keberhalaan.

Sementara itu, pada sidang media sama, Anwar menambah beliau akan kembali beraksi sebagai Ketua Pembangkang di Parlimen Isnin depan.

“Saya akan menyentuh masalah besar yang dihadapi negara iaitu masalah ekonomi, pengurusan ekonomi yang salah, rasuah dan pembelian kepentingan tambahan Maybank (Malayan Banking Bhd) dalam PT Bank Internasional Indonesia (BII) yang bersifat skandal,” tambahnya.

Ditanya tentang mesyuarat PKR Selasa lalu, Anwar menjawab, ia adalah mesyuarat biasa dan tidak menyentuh isu 13 Oktober, sebaliknya bagi membincangkan strategi dan pembangunan parti tersebut.

Pada perkembangan lain, Anwar berkata, negara akan terjerumus ke dalam bencana ekonomi yang teruk sekiranya Datuk Seri Najib Tun Razak menjadi Perdana Menteri.

“Datuk Seri Najib secara jelas menyatakan beliau sebagai Perdana Menteri akan meneruskan agenda ekonomi pentadbiran Abdullah Ahmad Badawi.

“Kenyataan beliau bahawa Malaysia tidak akan terkesan dengan perkembangan krisis ekonomi dunia sangat membimbangkan dan mempamerkan kegagalan beliau untuk menangani cabaran yang akan dihadapi oleh negara pada masa depan,” katanya dalam satu kenyataan media, semalam.

Menurut Anwar, Najib yang juga Menteri Kewangan juga tidak menunjukkan komitmen untuk memastikan Agenda Perubahan berlaku demi memulihkan keyakinan rakyat terhadap Badan Kehakiman dan bertindak memerangi rasuah.

“Rakyat mahukan Agenda Perubahan dan ini telah mereka tunjukkan dengan jelas pada pilihan raya umum 8 Mac dan pilihan raya kecil Permatang Pauh,” katanya.

Sumber: Sinar Harian

3 ulasan:

beruang berkata...

Haiyyaaaaaa...

Ini Bapak Liwat memang mannnnyyyaaakkk bodoh. Gambar sama replika ala lain atau ala beza. Siap potong-potong kasi bentuk badan dali hujung lambut sampai hujung kaki. Buat tinggi sampai 12 meter. Apa gambar lu cakap. Kalu lu cakap itu macam sama aziela, dia mungkin pelcaya sebab dia juga kulang celdik, tapi lu cakap lalam paper, satu dunia nampak lu talak otak.

Lu mau kasi improve Malaysia punya ekonomy jadi itu eko no money ka. Haiyya, Amelika sama UK sula buat bailout, ala pelan penyelamat, lu mau buat hutang lagi sama IMF ka. Kalau lu punya lancangan amat bagus, dali dulu malaysia sula kaya laya. Lu mau Malaysia jadi macam lu ka. Luluk diam-diam, talak kelija, celamah sana sini, tapi loit juta-juta masuk poket.

Memang lu suka buat pelkala-pelkara halam. Itu liwat, skandal sama pelempuan-pelempuan, tipu sana sini semua tu halam. Lu baru belajar hukum halal halam ka. Atau lalam lu punya kitab, talak ada pelkara yang halam, semua halal saja.

Haiyaaaa

Cheguman berkata...

La... yg pergi tanya dak Nuau tu buat apa? Memang le dia kata tak salah..!

Dia reti beza tak antara gambar dgn 'bukan gambar'?

Tanpa Nama berkata...

Oiii Bingai!
Ko pegi kat Parlimen tu, ada patung gangsa si Tunku. Itu 100% patung la keldai! Apsal UMNO tak mau buang patung Tunku - pengasas UMNO

Kat Tugu negara tu lagi satu!
Memang dasar UMNO - menegakkan benang yang basah. Akai taruk kat lutut