09/10/2008 10:33am
KUALA LUMPUR 9 Okt. - Mahkamah Sesyen di sini hari ini akan terus mendengar hujahan pihak pembelaan mengenai nas undang-undang berhubung bantahan terhadap sijil perakuan pemindahan kes liwat membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Mahkamah Tinggi yang ditandatangani oleh Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail.
Hujahan tersebut dibentangkan oleh peguam bela mewakili Anwar, Sulaiman Abdullah di hadapan hakim S.M. Komathy Suppiah agar permohonan pihak pendakwa untuk memindahkan kes itu ditolak.
Sijil perakuan itu dipersoalkan oleh pihak pembelaan kerana ia ditandatangani oleh Abdul Gani sedangkan Peguam Negara itu kini disiasat Badan Pencegah Rasuah (BPR) setelah Anwar membuat laporan polis terhadapnya.
Pihak pendakwaan melampirkan sijil itu dalam permohonannya untuk memindahkan perbicaraan kes liwat Ahli Parlimen Permatang Pauh itu ke Mahkamah Tinggi di bawah peruntukan Seksyen 418A Kanun Tatacara Jenayah.
Anwar, 61, kini Ketua Pembangkang di Parlimen mengaku tidak bersalah atas tuduhan meliwat bekas pembantunya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan, 23, pada 26 Jun 2008 antara pukul 3.01 dan 4.30 petang di Unit 11-5-1, Desa Damansara Kondominium No. 99, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara di sini.
Prosiding hari ini adalah hari yang keenam. - Utusan
2 ulasan:
banyak putar belit sulaiman abdullah and the gangs....bila nak start bicara daa.....kalau dah kata di pihak benar..apa mau takut???...bicara dalam neraka pun boleh apaa...
susah susah....bicara kat stadium negara je....habis cerita...
lagi satu..yang si nuar dok melalak buat press statement luar mahkamah tu boleh pulak...habis semua orang salah...dia sorang je yang betul...dia sorang je yang baik...ptuiii...
Maybe final suggestion @ White house....with neutral atmosphere, terjamin ketelusannya?!lolz..
Catat Ulasan