MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

5 Okt 2008

LUKISAN PATUNG ANWAR IBRAHIM HARAM......


LUKISAN PATUNG ANWAR IBRAHIM HARAM......

Assalamu'alaikum Wr,Wb


Adalah haram hukumnya membena lukisan yang berupa patung untuk mengagongkan seseorang pemimpin yang di hormati atau yang di sayangi, bukan itu cara yang baik dan sesuai untuk di lakukan

Saya mengambil fakta yang di kaitkan dengan hukum yang jelas sama ada mengikut pandangan Al Quran ataupun hadis yang sohih yang berdasarkan tujuan ianya di bena

1. Tidak boleh di lukis lukisan makhluk yang ada nyawa dengan cara lengkap yang merupakan mempunyai cukup sifat fisikal

2. Ada unsur pendewaan terhadap lembaga yang di lukis dan di dirikan

3. Ada perasaan apabila melihat gambar atau replika tersebut

Itu adalah garis kasar tentang gambar yang berbentuk patung yang di dirikan yang mengandungi maksud dan tujuannya di buat, tidak ada alasan jumud atau apa juga istilah untuk mempertahankan gambar patung tersebut

Jika kita sayangkan mana-mana pemimpin negara atau kita kasih kepadanya,perjuangannya,cita-citanya atau apa juga yang akan dan telah di lakukannya maka adalah lebih baik kita do'akan pemimpin tersebut kepada Allah s.w.t

Memaparkan gambar yang di kategarikan dalam kumpulan patung sebab ia telah di dirikan sebegitu tinggi dan lengkap sifat adalah nyata terhukum haram

Kita tidak dapat menafikan perasaan setiap orang yang melihat gambar patung tersebut berasa bangga akan kebolehan, ketangkasan, kepintaran dan kelicikkan yang membawa kepada perasaan pendewaan yang menyebabkan ia terhukum kepada Haram

Gambar yang tegak megah pasti akan membawa kepada perasaan taksub,megah dan bangga yang membawa kepada tergelincirnya akidah seseorang tersebut

Oleh yang demikian jika seseorang yang berbuat gambar patung, sebenarnya ia akan membawa kepada hilangnya sokongan orang ramai kepada gambar patung tersebut dan ia akan di jadikan hujah musuh politik yang akan membawa rebahnya popularity yang ampunya gambar tersebut

Nasihat saya turunkan saja gambar patung tersebut

Mendirikan gambar patung tersebut adalah di anggap mensabotaj orang yang ampunya gambar patung itu dengan cara yang jelas, sekalipun orang yang mendirikannya berniat untuk menaikkan namanya

sumber - abnnasution.blogspot.com






4 ulasan:

Son of My Parents berkata...

Salam,

Bagaimana pula dengan patung Tunku Abdul Rahman yang kat Parlimen tu? Patung-patung para perajurit di Tugu Negara? Kalau nak diikutkan pada hemat penulis posting itu, kesemua patung-patung tu haruslah diturunkan, kan?

Ada yang kata jika patung (bukan lukisan, ya?) itu cukup sifat fizikalnya dan sekiranya ditiupkan roh kepada patung itu akan hiduplah dia, maka patung seumpama itu adalah haram didirikan.

Bertolak dari idea ini, jika patung tersebut hidup, dia tak boleh hidup sempurna kerana tidak diukir atau didirikan organ-organ yang membolehkan dia hidup, seperti sistem pembiakan, otak, jantung dan paru-paru...

Walaubagaimanapun saya setuju patung yang didirikan bagi tujuan penyembahan diturunkan. Adakah patung-patung atau lukisan-lukisan gergasi itu dibuat bagi penyembahan para penyokong individu tersebut? Saya rasa tidak.

hilbert berkata...

Replika patung anwar untuk diiktiraf dalam "guinessbook of record" ke, lawan patung berhala tuhan Hindu di depan Batu Cave (Tuhan Mariaman)??? Sebaik-baiknya JAWI(Jabatan Agama Wilayah Persekutuan) atau agensi-agensi yang berkaitan dengan agama Islam haruslah mengambil tindakkan sewajarnya terhadap pihak-pihak yang telah mengilhamkannya sehingga berdirinya Berhala Anwar Ibrahim itu. Sebarang tindakkan yang sepatutnya harus dikenakan terhadap mereka itu, bagi mengelakkan kesesatan dari terus menjadi lebih parah lagi. Perbuatan mendirikan Berhala seseorang pemimpin adalah merupakan ketaksuban yang sudah mencapai tahap melampaui batas serta norma-norma agama. Cuba kita berbalik kepada Pertubuhan Al-Arqam satu ketika dulu, walaupun pengikut setia Abuyya(Ustaz Asaharri Muhammad)dianggap taksub, tetapi mereka tidak pernah bercadang untuk membina patung Abuyya yang mereka percaya adalah Imam Mahdi yang diturunkan Tuhan pada akhir zaman sebagai simbol atau monument. Mereka tidak sampai ke tahap itu. Tetapi apa yang telah dibuat oleh kumpulan PKR dan DAP ini, berbeza sama sekali, sudah mencapai taksub yang kritikal, tahap MERAH.

Unknown berkata...

sembah jer lah terus.... bukan ker kau orang semua ni jenis menurut... ikut jerlah sembah2 tu....best apa? hindu boleh, islam boleh, kristian boleh.... madani dan terkini kalau bergitu..... bangang sungguh!

Izrul berkata...

patung dgn lukisan pun tak boleh beze? yg buat statement ni saja takde idea nak kondem la ni... takat 1 lukisan, yg gambar2 pak lah merata2 tu takde lak nak kecoh!