Oleh NURUL AIN MOHD HUSSAIN
Jumaat Oktober 31, 2008
KUALA LUMPUR: Kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim, ditangguh sehingga 7 November depan bagi Hakim S. Komathy Suppiah membuat keputusan sama ada untuk memindahkan kes ini ke Mahkamah Tinggi.
Komathy menetapkan untuk membuat keputusan bagi mengesahkan sama ada sijil perakuan yang ditandatangani Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail sama ada sah atau tidak.
Beliau membuat keputusan itu sebelum menangguhkan sidang pada pukul 4.30 petang tadi.
Peguam bela yang diketuai Sulaiman Abdullah mengemukakan hujah tambahan berhubung isu campur tangan Abdul Gani yang telah menandatangani surat kuasa memindahkan kes tersebut.
Sementara itu, pasukan pendakwa raya turut mengemukakan hujah tambahan berkaitan isu tersebut.
Hakim menangguhkan sidang sehingga pukul 3 petang ini.
Mahkamah bersidang kira-kira tiga jam sejak pukul 9.15 pagi tadi.
Mahkamah kini mendengar permohonan pendakwa raya untuk memindahkan kes liwat ini ke Mahkamah Tinggi.
Kes Anwar menghadapi tuduhan meliwat bekas pembantunya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan masuk hari ketujuh di Mahkamah Sesyen Jalan Duta hari ini selepas ditangguhkan pada 8 Oktober lalu.
Perbicaraan kes liwat Anwar masih berada di peringkat awal dengan mahkamah mendengar hujah bantahan pihak pembelaan berhubung permohonan pendakwaan untuk memindahkan kes tersebut ke Mahkamah Tinggi.
Hujah bantahan oleh pihak pembelaan melibatkan persoalan mengenai tandatangan Peguam Negara pada sijil perakuan yang dilampirkan kepada mahkamah untuk memindahkan kes tersebut di bawah Seksyen 418A Kanun Tatacara Jenayah.
Persoalan itu timbul kerana Abdul Gani kini disiasat Badan Pencegah Rasuah (BPR) setelah Anwar membuat laporan polis terhadapnya.
Terdahulu Anwar tiba di Kompleks Mahkamah Jalan Duta di sini pada pukul 9 pagi bersama isterinya, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail.
sumber - Mstar online
3 ulasan:
emm..wonder why is it so difficult even in deciding for the case to be said.....
Another delaying...
Something FISHY...
End case:dismissal....?
salam alaikum,
haihh tangguh lagi.... bilalah kes sebenar akan berlangsung..
hopefully on this 7 november , keputusan akan dapat diketahui inshallah..
Salam AIDC Team,
Nampaknya pertukaran tarikh pun dah berjangkit kat Hakim yer. Jangan lepas ni dia hilang tak dapat di kesan sudah la.. mcm Bala, Ramlan dan lain2 yang hilang sebelum ni.
Mungkin perlu lebih masa untuk memeriksa dengan teliti sebelum buat apa2 keputusan. Yang pastinya, tak de sorang pun dari kita yg sudah hilang ingatan pasal kes liwat Anwar. Itu tetap sesuatu yang ditunggu2.
wassalam
Catat Ulasan