MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

23 Okt 2008

Majlis Fatwa arah Jakim sedia kaedah khusus sumpah laknat

KOTA BHARU: Majlis Fatwa Kebangsaan hari ini mengarahkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menggubal satu kaedah khusus mengenai sumpah laknat (mubahalah) dalam usaha mengelak timbul kacau bilau di kalangan umat Islam negara ini.

Pengerusinya, Prof Datuk Dr Abdul Shukor Husin, berkata Majlis Fatwa Kebangsaan mendapati ramai masyarakat Islam tidak memahami mengenai isu serta konsep sumpah mubahalah sehingga boleh memberi kesan buruk kepada umat Islam.

Sehubungan itu, katanya majlis sudah mengadakan perbincangan mengenai isu berkenaan dan mencapai persetujuan menyerahkan perkara berkenaan kepada Jakim bagi menghasilkan satu peraturan khusus mengenainya.

"Majlis Fatwa Kebangsaan mengesan banyak isu berkaitan dengan sumpah mubahalah disiarkan dalam akhbar tempatan dan masa sama, ramai umat Islam tidak faham mengenai perkara ini.

"Hasil mesyuarat majlis hari ini, memutuskan untuk menyerahkan kepada Jakim bagi menyediakan satu penjelasan atau kaedah khusus mengenai perkara yang dikatakan sumpah mubahalah, sumpah dalam dan luar mahkamah dan pelbagai isu berkaitan dengan sumpah," katanya selepas Majlis Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia Kali ke-83, di sini, hari ini.

sumber - Berita Harian

Tiada ulasan: