KUALA LUMPUR: Mahkamah Sesyen yang mendengar perbicaraan kes liwat membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini melarang media daripada menyiarkan kandungan bahan bukti berhubung kejadian 'mata lebam' beliau 10 tahun lalu.
Hakim S M Komathy Suppiah mengeluarkan perintah itu atas permohonan pihak pendakwaan.
Bahan bukti yang dimaksudkan merupakan laporan akhbar, satu laporan polis dan satu kenyataan berhubung kejadian itu yang berlaku pada 1998.
Terdahulu, dalam hujahnya, Ketua Unit Pendakwaan, Pejabat Peguam Negara, Datuk Mohamed Yusof Zainal Abiden berkata penerbitan kandungan bahan bukti berkenaan oleh media akan mencemarkan lagi nama baik Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail.
“Kandungan bahan bukti itu hanya desas-desus dan jika mahkamah membenarkan media melaporkannya, maka orang ramai akan mempunyai persepsi atau tanggapan sendiri dan bukan mencari kebenaran di sebalik kisah itu,” katanya.
Bagaimanapun, peguam yang mewakili Anwar, Sulaiman Abdullah berkata mahkamah tidak sepatutnya melarang media daripada melaporkan kandungan bahan bukti berkenaan, yang telah dibaca secara terbuka di mahkamah, termasuk afidavit Anwar yang menyokong permohonannya agar kes itu tidak dipindahkan ke Mahkamah Tinggi. - Bernama
4 ulasan:
Tak semua perkara boleh disebar kpd umum. Telus? jangan terlalu diperbodohkan propaganda barat.
kalau kebenaran yang hendak diumumkan pada public apa salahnye?kenapa nak larang plak?
ataupun takut rahsia sebenar yg busuk berulat bernanah tu terbongkar?
Saudali Aziela, saya panggil saudali sebab u sepelti beljiwa pelempuan.
Yang busuk berulat bernanah itu adalah Bapak Liwat punya punggung sama tut. Itu pasai dia jalan kangkang-kangkang, kena ala olang pegang kili kanan. Talak boleh jalan sendili.
Itu celita talak kasi busuk sama kelajaan, tapi kasi busuk sama Bapak Liwat juga. Sebab itu Komathy adalah olang Bapak Liwat. Sebab itu dia talak kasi media siar itu belita. Haiyya, itu pun lu talak boleh fikil ka. Lu fikil kelajaan punya knospilasi saja, tapi bapak liwak punya konspilasi lu talak tau ka. atau buat-buat bodo saja.
p/s: aziela, lu sudah kawin ka belum, kalau belum mali kita kawin. Bapak Liwat kata, semua agama sama. Mau ka??
Salam
Kenapa kalau sesuatu yg tidak dibenarkan utk kita ketahui kita mesti beranggapan bahawa ada sesuatu yg telah disorok atau kebenaran telah disembunyikan dari pengetahuan umum, dan pelbagai lagi idea-idea negatif yg lahir dari otak kita.(Allah menyatakan KIAMAT pasti dtg tapi tidak memberitahu tarikhnya,adakah itu bermaksud bahawa Allah itu ada agenda jahat terhadap makhluk yg diciptanya? Pastinya TIDAK bukan...) Secara tidak sedar kita memprogramkan diri serta membentuk peribadi kita melalui otak yg telah dilatih berfikir secara negatif. Hasilnya kita akan menjadi manusia yg sentiasa berburuk sangka, dengki kejayaan org lain, putus asa dan lebih menakutkan mungkin akan menjadi pesakit MENTAL yg jiwanya kacau dan tidak tenteram.
Selalu kita mendengar ungkapan berfikir positif. Tidak terfikirkah kenapa kita disarankan begitu? Hidup dengan fikiran positif ialah satu cara hidup yg sihat . Bukankah rugi jika kita berterusan menggunakan otak kita dengan memikir sesuatu buruk. Kita akan hidup dengan persepsi yg difahami oleh otak kita. Jika buruk persepsi otak kita maka pandangan kita terhadap dunia juga buruk. Bukankah itu menyedihkan dan merugikan? Kerana yg memilih adalah kita sendiri.
Catat Ulasan