MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

8 Okt 2008

Keputusan hakim Mahkamah Sesyen tidak harus disemak

KUALA LUMPUR 8 Okt. - Pihak pendakwa hari ini dimaklumkan bahawa semakan di bawah Seksyen 323 Kanun Tatacara Jenayah terhadap keputusan hakim Mahkamah Sesyen tidak harus dibuat pada peringkat ini berhubung isu untuk memindahkan kes liwat yang dihadapi Ahli Parlimen Permatang Pauh, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Mohamad Zabidin Mohd. Diah menyatakan demikian setelah meneliti surat permohonan yang dikemukakan oleh Timbalan Kanan Pendakwa Raya, Datuk Mohd. Yusof Zainal Abiden semalam.


Pada pendapat beliau, Hakim Mahkamah Sesyen harus diberi peluang untuk mendengar dan memutuskan merit bantahan awal pihak pembelaan sebelum sebarang tindakan semakan patut dibuat.

Oleh itu pendengaran atas merit bantahan awal pihak pembelaan harus diteruskan di Mahkamah Sesyen.

Mohd. Yusof yang juga Ketua Bahagian Pendakwaan Jabatan Peguam Negara telah memfailkan permohonan untuk membuat semakan berhubung perkara itu melalui surat bertarikh 7 Oktober 2008.

Sementara itu, hakim Mahkamah Sesyen S. M. Komathy Suppiah sedang mendengar hujah peguam bela Sulaiman Abdullah yang membantah permohonan pihak pendakwa itu.

Prosiding bersambung esok.

- Utusan

Tiada ulasan: