MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

11 Okt 2008

Membela Islam akan dikenakan tindakan tatatertib oleh PKR ?



Membela Islam akan dikenakan tindakan tatatertib oleh PKR ?

Berikut merupakan trankrit wawancara Stevan Gan (Malaysiakini) dengan Anwar Ibrahim yang disiarkan oleh Malaysiakini.com, 14 Ogos 2008.

Malaysiakini : Isu Majlis Peguam - adakah anda fikir ini telah menimbulkan masalah dalam Pakatan memandangkan sesetengah elemen di dalam PKR dan PAS lebih terbuka dalam menentang forum?

Anwar Ibrahim : Ya, saya fikir itu telah memberikan satu pengajaran kepada kami bahawa sesetengah keputusan kami perlu difahami dengan lebih baik oleh peringkat bawahan (di dalam parti).

Mungkin kami tidak menjelaskannya dengan baik. Tetapi kenyataan saya cukup jelas - sebelum itu - untuk mengatakan bahawa, sebagai satu prinsip, kita mesti benarkan (forum) ini. Kami telah memberikan pandangan kami kepada Majlis Peguam, dan PAS telah mengeluarkan kenyataan- (Pemimpin PAS) Hadi (Awang) telah menjelaskan-bahawa kita mesti benarkan, tetapi ianya harus dibuat secara tertutup.

Itu juga merupakan pandangan peribadi saya pada masa sekarang kerana sekiranya anda tidak mampu menyelesaikan masalah ini... Saya cuba meminta pemimpin Muslim untuk menghargai fakta bahawa kita mesti benarkan perbincangan.

Sekiranya kita tidak yakin, itu bermakna (terdapat) sesuatu yang salah dengan kepercayaan dan pegangan kita. Anda mesti yakin untuk menunjukkan dan, tentang dan menyatakan tidak setuju. Sekiranya anda tidak gembira bahawa wakil Islam (di dalam forum) tidak cukup, tidak mahir, kemudian anda harus menghantar mereka yang cukup, mahir ke sana.

Malahan, saya telah berbincang dengan (Pensyarah Undang-Undang) Mehrun (Siraj), yang berada di sana, dan dia menyatakan sesuatu yang mengejutkan - apabila perkara ini dibincangkan, wanita ini sedang memberikan pandangan, yang bukan sahaja bukan Muslim, tetapi Muslim, juga mendengarnya. Jadi kita telah hilang peluang itu.

Malaysiakini : Di manakah sebenarnya (Ahli Parlimen PKR dan ketua protes Majlis Peguam) Zulkifli Nordin?

Saya cuba berhubung dengannya.

Malaysiakini : Anda yakin anda tidak tahu di mana dia berada?

Saya telah diberitahu, (dan) dia telah berjanji untuk menghubungi saya jadi saya akan lihat samada dia berbuat demikian. Saya tidak berhubung dengan dia beberapa hari yang lepas. Tetapi kami mengatakan kami bersetuju dengan apa yang telah dikatakan oleh (Timbalan Presiden PKR) Syed Husin (Ali).

Malaysiakini : Adakah tindakan akan dikenakan ke atas Zulkifli?

Syed Husin, telah mengeluarkan kenyataan yang mewakili kedudukan parti, dan saya telah bercakap dengannya (Zulkifli) untuk memaklumkannya dan beberapa soalan dan tindakan akan diambil. Saya fikir, untuk lebih adil, memandangkan kami tidak dapat menghubunginya secara terus, kami terpaksa tunggu sehingga kami mampu berbuat demikian.

Malaysiakini : Tetapi beberapa tindakan akan diambil?

Ya, secara jelasnya, dia perlu faham dasar parti, kedudukan parti juga mesti diberikan sokongan.

Malaysiakini : Apakah jenis tindakan?

Tepulang kepada Syed Husin yang mengetua Jawatankuasa Disiplin dan Lembaga Disiplin, yang lebih bebas daripada parti.

Malaysiakini : Jadi, dia akan dibawa menghadap Lembaga Disiplin?

Jadi, keputusannya, kami perlu bertanya kepadanya apakah yang telah berlaku.

Malaysiakini : Seperti tunjuk sebab?

Ya, kita bermula dari situ.






6 ulasan:

Fenomena Zaman berkata...

bagi mereka yang mengaku memperjuangkan Islam adalam amat malang jika sanggup bersengkongkol dgn Anwar Ibrahim ni..

pilihlah antara dua... antara Islam atau Anwar

sumandak bayu berkata...

Nak tau jugak btoi ke Ust Zul ni kena tatatertib oleh PKR demi perjuangkan/bela Islam?

Atau setakat nak bagi GIMIK kat kita yelah......setahu Sumandak orang-orang kat Majlis Peguam tu ramai yang support PKR....

Sumandak macam terhidu sesuatu yang tak btoilah.....Baik korang siasat nanti orang sedia perangkap senang je kita masuk... TEKNIK CIA Bro

wokyoh berkata...

salam AIDC.
disini saya ingin mengulang semula pendapat saya seperti yang pernah dilontarkan dalam blog chedet.

1)Saya bersetuju bahawa sistem demokrasi yang ada pada hari ini adalah bukan sistem asli kita.sistem yang asal adalah sistem raja-raja yang mirip kepada sistem kekhalifahan.

2)Saya tetap berkeyakinan teguh bahawa sistem khalifah -iaitu pemimpin adalah ulamak dan umarak pada era Saidina abu bakar,umar,usman,dan Ali adalah sistem yang terbaik sekali dimuka bumi ini untuk sebuah negara islam...maksud saya bukan termasuk zaman umaiyah atau abasiyyah atau uthmaniah...ia adalah sebuah model kerajaan yang terunggul merentasi zamannya....

3)Masyarakat moden sekarang yang kononnya berjiwa liberal,sudah faham segala-galanya tentang dunia,alam ini dan makna sebenar kehidupan sering mengagung-agungkan demokrasi sebagai sistem terbaik untuk kesejahteraan umat sejagat.Ia disanjung sebagai ideologi pentadbiran dan pemerintahan yang ideal,adil lagi saksama.

4)Tetapi pernahkah anda terfikir,demokrasi sebenarnya dicipta yahudi untuk membolehkan manusia buruk akhlak naik memegang tampuk kepimpinan dan kekuasaan masyarakat?kerana ia berdasarkan suara serta sokongan ramai,kononnya suara ramailah yang terbaik dalam menentukan halatuju pentadbiran serta pemerintahan negara.mereka yang memperjuangkan demokrasi ialah yang menganut falsafah sophistry,iaitu ilmu yang diasaskan oleh cendekiawan dan pemikir yunani yang bergelar sophist sejak 2500 tahun dahulu.

5)Menurut ahli sophist...kebenaran adalah apa yang dapat dibuktikan dengan kata-kata...atau kesaksian melalui lima pancaindera badan dan logik akal sehingga tidak dapat disanggah lagi.Natijahnya,siapa yang lebih pandai bercakap dan mengemukakan bukti yang kukuh sehingga tidak dapat ditandingi lawan,dialah yang benar.Maka natijah seterusnya...kebenaran boleh dijual-beli ,asalkan kena harganya...

6)Bukan kita tidak tahu,dalam kehidupan seharian,"kebenaran" boleh dilesapkan,lalu digantikan dengan "bukti yang sahih".Dalam sesuatu perdebatan,orang jahat dan licik(contoh:nuar,karpal,kebanyakan lawyer, dll)boleh menggunakan teknik berhujah yang sesuai,
oratoriol skills berserta soalan rhetorics untuk menekan orang yang benar sehingga dia terlupa fakta yang ingin dikemukakan lalu dituduh sebagai penipu pula.

7)siapa golongan sophist itu??? mereka adalah masyarakat arcadia yang terdiri dari puak yahudi yang telah membawa diri dari jurusalem...kemungkinan besar mereka adalah dari keturunan para penyembah berhala yang pernah diketuai samiri,pengikut nabi musa yang telah mengajak kaumnya menyembah patung lembu emas buatannya.

8)Kajilah sejarah permulaan demokrasi ala barat,demokrasi berparlimen yang bermula dengan peristiwa perjanjian Magna Carta yang berlaku di England 800 tahun dahulu yang didalangi oleh yahudi ini yang akhirnya menjurus kepada jatuhnya sistem beraja dan istana dibawah tapak kaki mereka...iaitu bangsawan ciptaan/palsu atau tuan tanah(land barons)

9)Oleh itu selalu saya tekankan disini...menjadi satu trend masa kini golongan yang berfahaman sophist ,yang ada ilmu asas guaman sekarang ini lebih berminat untuk berpolitik dan sudah banyak ahli parlimen atau wakil rakyat yang ada kelulusan undang-undang...mereka ini selalu menjadikan sesi pembahasan usul masalah rakyat dalam parlimen...sebagai mahkamah dan tempat bertikam lidah,berhujah dan menegakkan benang basah dengan penuh keyakinan dan berbelit belit fakta hingga rakyat menyangka merekalah sebenarnya juara atau pejuang kebenaran...contoh mudah bagaimana gobind singh deo berhujah dan bertikam lidah dengan pandikar amin mulia iaitu speaker dewan dengan cara yang sungguh tidak sopan dimata kalangan Yang Berhormat...tetapi sudah menjadi perkara biasa bagi seorang lawyer....

10)Maka..oleh kerana Paklah dan jentera kerajaannya lemah,lembek dan pondan...maka bar council dengan mudah sekali memanipulasi keadaan untuk menonjolkan kebolehan mereka dan mungkin juga ada agenda sulit kearah penguasaan tampok pemerintahan negara atas nama demokrasi.

11)maka..saya menyeru kepada mereka yang cintakan islam,melayu dan kedaulatan raja-raja....janganlah tertipu dengan anwar ibrahim kerana sememangnya beliau tidak ikhlas dalam perjuangannya.dia hanya pentingkan matlamat politik peribadi demi menutup keruntuhan moral insaniah dirinya yang sebenar...dengan mempertaruhkan maruah bangsa melayu islam....Atas nama ketuanan rakyat....bila saya melihat dan renung lama-lama menteri kabinet bayangan anwar jika dia benar-benar menjadi PM...saya menjadi takut dan bimbang akan masa depan anak cucu saya....adakah anda juga???

wokyoh.

Panglima Perang Cyber berkata...

Wok Yoh memang bodoh,tolol gelar Pak Lah pondan dan lembek !!!!!!!!!!

Nak kritik boleh tapi jangan panggil orang lembek pondan...

Nak sokong Mahathir sokonglah...tapi perleceh orang lain dengan gelaran buruk @ memalukan, lagi tak payah.

Cakap nak kita kembali kepada sistem khalifah Islam bla bla bla tapi panggil orang dengna seburuk buruk gelaran macam binatang. Ni ajaran Islam ke? ajaran syaitan ?

Minta AIDC jangan tapis komen saya ini !

Wok Yoh memang kurang ASAM !!!!!

Bagi pihak Pak Lah saya katakan wokyoh adalah orang BODOH !!!!

Moga Allah tidak akan menjadikan tangan anda lumpuh hingga tidak mampu lagi menaip walau sepatah.

Jika tidak ada permohonan maaf dari anda ASAP

Ini amaran saya....jangan hina orang..kritik tak apa tapi jangan pondankan orang.

Atau ada 'anak cucu' wokyoh akan pondan !!!!

Ingat lagi bagaimana dua orang kuat PAS menghina keluarga Pak Lah dengan panggilan badwi jaga unta maka apa jadi ?

maaf tapi semua tahu mereka berdua orang kuat PAS yang kutuk keluarga Pak Lah. dengan gelar seperti Badwi jaga unta.Mujurlah Allah sayang mereka berdua dan ditakdirkan telah 'meninggalkan dunia' yang fana dengan sejahtera..

Maaf ini bukan nak angkat atau komen dibayar tapi keluarga Ulama ini ada 'berkat' dan jangan dihina sebegitu rupa...

Tolong jangan hina PM anda dan saya....walaupun dah hampir meletakkan jawatannya.walau akan meninggalkan takhta...

Minta jangan biadap....ini nasihat saya di pagi Jumaat yang mulia.

Maaf jika ramai terasa tapi saya memang telah NAIK DARAH baca komen melampau WOKYOH BODOH di atas...


BODOH dan memangnya BODOH komen tersebut...

P/S : komen ini disalin semula dalam blog http://penembak-tepat.blogspot.com

wokyoh berkata...

salam AIDC..

ini jawapan saya kepada panglima perang cyber....
................................
................................
................................
salam semua...

Dipagi jumaat yang mulia ini saya mengambil kesempatan untuk memohon maaf diatas keterlanjuran kata kata dalam komen saya terhadap paklah,maafkan saya sekali lagi,mungkin saya terikut ikut dengan para komentar yang lain.

maafkan saya sekiranya komen atau pendapat saya menyinggung perasaan semua.

ini jawapan saya kepada tuduhan saudara panglima kepada saya dalam blog air kopi yang menuduh saya membenci golongan syed dan membenci golongan wahhabi.
............
............
terima kasih kepada panglima perang cyber atas komentarnya terhadap saya.cuma disini...saya berharap kita boleh bawa berbincang cara baik dan boleh memberi manfaat kepada semua...

agak keterlaluan sekiranya saudara panglima menyatakan saya penentang dan sangat membenci wahabi,saya membenci keturunan nabi @ syed dan dihujung kalam saudara ada menyatakan ....jenis wahabi fanatik ibnu Taimiyyah....ditujukan kepada saya atau kepada ibnu Taimiyyah itu sendiri...saya tidak pasti.

saudara panglima...diawal kalam saudara kata saya benci wahabi dan diakhir kalam nampaknya saudara pula kata saya pengikut wahabi...mana satu yang betul saudara?

sekiranya saudara tuduh sembrono tanpa kenal apa itu wahabi dan siapa itu sheikhul islam ibnu taimiyyah...maka saya amat kecewa dengan saudara kerana selama saya melayari blog dan tulisan saudara saya amat menghormati saudara kerana saudara sendiri sudah declare yang saudara adalah barisan hadapan dalam mempertahankan agama,bangsa dan negara.

Tentang siapa ibnu Taimiyyah saudara boleh baca sendiri...cuma ringkasnya beliau adalah Taqiyuddin Ahmad Bin Abdul Halim Bin Taimiyyah dilahirkan di Harran pada hari isnin 10 rabbiulawal tahun 661 hijrah.Bapanya adalah guru,khatib dan ketua hakim dikota itu.Beliau telah berhijrah ke syiria pada umur 6 tahun dan telah hafal al-quran pada usia sangat muda.beliau telah mempelajari berbagai cabang ilmu.setelah belajar ilmu hadis dan menjadi rujukan ulama sezaman dengannya. Beliau pula dikatakan sangat mahir dalam ilmu tafsir dan usul fekah sewaktu umurnya kurang dari 10 tahun.Dalam bukunya Al bazzar beliau menyebut "Allah memberikan kemampuan yang tersendiri kepadanya untuk menentang ahli ahli bidaah yang tenggelam dalam kesesatan.Allah juga telah memberi kelebihan kepadanya untuk membongkar pendapat pendapat yang mengandungi unsur-unsur khurafat dan bidaah"

Saudara mungkin tersilap menuduh ibnu Taimiyyah sebagai fanatik wahabi kerana jika kita mengkaji secara mendalam tentang tokoh islam ini,beliau sebenarnya adalah seorang yang kuat menentang orang-orang yang sesat dan kaum mulhidah(engkar) malah adalah menjadi satu kewajiban baginya.Beliau menganggap orang yang membawa bidaah,orang yang sesat,diombang hawa nafsu falsafah bathiniah,mulahadah,puak yang berpegang kepada kesatuan di dalam kewujudan(wahdatulwujud/pantheism),Dahriyah(Atheisme),
qadariah,hululiyah dan lain lain lagi harus di tentang.Bagi beliau Islam adalah akidah dan amal.beliau juga adalah seorang yang berani berjihad dijalan Allah.Beliau amat mengutamakan sunnah rasul dan sistem ulamak salaf,malah Abu Hayyan seorang tokoh ilmu nahu terkemuka mengatakan Ibnu Taimiyyah tidak ubah seperti Abu Bakar r.a yang menghapuskan orang-orang yang murtad setelah kewafatan nabi.

Saya adalah insan biasa,hamba Allah,jauh dari alim seperti yang saudara dakwa,apa lagi pernah belajar ilmu agama secara sistem halaqah dipondok terkenal lubuk tapah dengan ayah lah seperti saudara panglima,namun saya amat memusuhi wahabi dan siapa saja yang cuba untuk menggunakan agama untuk kepentingan diri atau parti.Saya juga amat memusuhi bidaah dan boleh berkompromi dengan bidaah hasanah sahaja.Saya juga memusuhi golongan yang mengambil tasauf sekerat jalan,tidak bersanad terus bersambung kepada rasullah.Saya amat memusuhi siapa saja yang taksub kepada seseorang pemimpin dan mengajak atau mempengaruhi orang lain untuk taksub sama.

Saya adalah pencinta ahlul bait sejati bukan ahlul bait palsu.Saya menghormati keturunan syed tapi kena kenal dulu hati budinya kerana mereka tidak maksum dan banyak orang bernama syed sekarang ini yang terlibat dengan maksiat,jenayah dan sebagainya.Saya tidak melulu menobatkan orang yang bernama syed adalah anak cucu nabi dan wajib dihormati semuanya.

Mungkin saudara panglima boleh membaca sebuah buku yang berjudul “ Keutamaan Keluarga Rasulullah” oleh K.H Abdullah bin Nuh,cetakan pertama di malaysia 1988 atas penerbitan Klang Book Centre sebelum menuduh saya membenci anak cucu nabi atau saya berfahaman wahabi.Semoga saudara boleh membezakan antara ahlul bait sebenar dan ahlul bait palsu dan boleh membezakan antara ahlul bait dan anak cucu keturunan nabi.

Istilah ‘Ahlul bait” berasal dari firman Allah dalam Al-Quran surah Al-Ahzab ayat 33 yang bermaksud…”Sesungguhnya Allah menghapuskan noda dan kotoran dari kalian,Ahlul bait, dan mensucikan kalian sesuci-sucinya”.Dalam ertikata biasa ,ahlul bait ialah keluarga atau anggota rumahtangga,namun seluruh jumhur ulama ilmu tafsir merumuskan perkataan ahlul bait itu merangkumi 5 orang yang disebut nabi iaitu nabi sendiri,fatimah,ali,hassan,hussin dan satu pihak lagi iaitu para isteri nabi juga termasuk dalam ahlul bait ini.Mengenai hal itu Al-Muqrizi menyatakan,bahawa diatara dalil dalil yang dinyatakan ialah dhamir “kum” dalam ayat 33 surah Al Ahzab itu merujuk kepada laki laki dan perempuan.Pendapat itu juga disokong oleh IbnuAthiyyah,Zamakhsyariy,
Al-Baidhawiy ,Abu Saud , imam Al- Baghwiy dan Fakhrur-razi.

Saya juga ingin memetik kata-kata Syeikh Al-Akhbar sidi Muhyiddin bin Al-‘Arabiy,dalam bab ke-29 kitabnya yang berjudul “Al-Futuuhaatul-Makiyyah” yang menyatakan…”kerana Rasulullah s.a.w itu seorang hamba yang oleh Allah s.w.t telah sucikan sesuci-cucinya bersama para ahlul baitnya,maka telah dihilangkan pula segala kotoran(rijsa) dari peribadi mereka.oleh itu,kepada “ahlul bait” tidak dapat dimasukkan orang lain sebagai tambahan,kecuali yang benar benar telah disucikan Allah.Sebab hanya orang seperti mereka(ahlul bait)sajalah yang dapat dimasukkan kedalam pengertian ahlul bait ini”

Disini saya ingin mengemukan fatwa dari seorang ulama besar dan mufti rasmi kerajaan arab Saudi untuk renungan saudara panglima iaitu Sheikh Abdul Aziz bin Abdullah bin Baz,yang dimuat dalam majalah AL-MADINAH ,halaman 9,nombor 5692,tanggal
7 muharram 1402 @ 24/10/82 sebagai berikut :
“Seorang saudara dari Iraq mengajukan pertanyaan bahawa, sementara orang di negeri itu terkenal sebagai golongan “sayyid” atau sebagai anak cucu keturunan rasulullah akan tetapi mereka memperlakukan orang lain dengan perlakuan yang tidak semestinya mereka lakukan.mereka juga memungut wang dari orang ramai sebagai imbalan atas penulisan mereka atau doa doa mereka yang mereka berikan untuk orang sakit,mereka juga menerima sedeqah baik merupakan ternakan sembelihan maupun wang..oleh itu mereka membangkitkan keraguan orang ramai…maka jawab mufti itu….orang orang seperti mereka itu terdapat di berbagai tempat dan negeri.Mereka juga terkenal dengan gelaran syarif atau syed.Sebagaimana yang diketahui mereka adalah dari keturunan rasulullah,ada yang silsilahnya berasal dari Al Hassan r.a dan ada yang dari silsilah Al Hussin r.a.kebanyakan mereka berada di yaman dan di negeri negeri lain.Mereka itu sesungguhnya wajib bertaqwa kepada Allah dan menjaga diri dan hal hal yang diharamkan Allah bagi mereka.Sepatutnya mereka menjadi contoh kepada orang lain.Kemuliaan silsilah mereka wajib dihormati dan tidak boleh disalahgunakan oleh orang yang bersangkutan.Jika mereka diberi sesuatu dari baitul mal itu memang telah menjadi hak yang dikurniakan Allah kepada mereka.Pemberian halal lainnya yang bukan zakat,tidak ada salahnya jika mereka mau menerimanya.Penyalahgunaan keistimewaan keturunan nabi adalah perbuatan yang tidak patut.”

Maka salahkah saya jika saya memusuhi seorang syed yang menyumpah seorang pemimpin ulung negara yang banyak berjasa dengan perfume taiki ayami dan bermacam macam kata nista.Bolehkah saya menerima seorang syed yang dulunya memuji,memuja,membodek pemimpin itu ,namun sekarang berpaling arah dan teramat memusuhi pemimpin itu setelah pemimpin itu tidak lagi berada dipuncak kuasa dalam setiap tulisannya..Takkan penulis syed atau pak habib baru nampak kebenaran setelah tempoh 22 tahun bersama.Bukankah kebenaran itu tidak boleh dijual dibeli ? mungkin pak habib merasai dia sudah melewati maqam makam yang tinggi dalam perjalanan spiritualnya lalu baru nampak kebenarannya kini.Adakah pak habib telah begitu pasti telah mendapat Ainul yakin lantas mencapai Haqqul yakin dan bersatu bersama Kamalul yakin dengan ilmunya yang ada???bagi pak habib,hanya insan yang bernama mahathir saja yang salah,penuh dosa,masih jahil dan perlu beramal sekuat tenaga sementara menunggu ajal tiba???siapakah kita untuk menilai martabat seseorang disisi Khaliqnya?.
Janganlah kita asyik memuja seseorang yang kita suka hingga kita terlupa nawaitu kita untuk membela agama yang tercinta..Apakah paklah yang berketurunan dari ulamak itu adalah dari cucu cicit keturunan nabi yang sebenar dan layak untuk digandingkan dengan wali dalam pemerintahannya?jika dia keturunan nabi pula kenapa namanya tidak ada syed atau sharif dipangkalnya?Apakah justifikasi pak habib yang dilabel oleh saudara panglima dan blogger air kopi sebagai wira penulis menulis buku Khairy bakal PM Malaysia.? Sedangkan ramai yang tahu siapa khairy ini sebenarnya.Tidak hairankah pak habib bagaimana ECM Libra menelan Avenue Capital seperti ular lidi menelan ular sawa?,tidak nampakkah pak habib kelibat kamaluddin anak paklah dalam Scomi memonopoli kekayaan Negara dan Scomi begitu cepat naik mendadak sejak paklah berkuasa?.Tidak terkejut badakkah pak habib bagaimana Khairy sebelum ini yang hanya menantu paklah dan berjawatan naib pemuda malah boleh disebut penganggur dari Oxford itu menjadi jutawan segera?.persoalan ini juga pernah ditanya oleh lim kit siang kepada khairy di parlimen tetapi tidak berjawab.Mengapa???
Tidak ingatkah pula pak habib siapa wira melayu yang berani menentang amerika dan Israel secara vokal dipersada dunia dan dipersidangan OIC?siapakah yang selalu lantang memperjuangkan nasib rakyat palestin dan Bosnia,siapakah orang disebalik penubuhan UIA,bank islam,sistem pajak gadai islam,proton,petronas dan banyak lagi sumbangan kepada rakyat dan negara…bukankah itu dikira jasa dan besar pahalanya disisi Tuhan seperti besarnya pahala paklah membela guru guru agama dan ummat melayu dengan program J-QAFnya???

Pak habib pada hemat saya yang jahil ini terlalu jauh masuk melangkah kedunia tasauf yang sebagaimana kita ketahui memang tiada sempadannya,namun mesti diingat perjalanan si salik bukan sehala dan terus menuju Tuhannya,malah masih banyak dugaan dan cabaran dalam perjalanan ini…orang yang ada guru yang mursyid dalam perjalanan pun kadangkala tersalah langkah…tergelincir akidah….kalau tidak…masakan sultan Awliya sheihk Qadir al jailani sendiri pernah digoda oleh iblis yang menyerupai gumpalan awan dan mengaku dialah tuhan…..janganlah mudah kita taksub menyatakan seeorang itu telah mencapai tahap kewaliannya sedangkan sebagaimana yang kita tahu seorang wali(kekasih Allah) sentiasa menyembunyikan kewaliannya dari pengetahuan orang awam.Hanya wali yang kenal wali.Oleh itu,adakah pak habib sendiri telah menjadi seorang wali bila dia dengan yakin berkata paklah dibantu oleh wali?

Ramai orang sekarang suka berbincang masalah kulit sahaja…kerana memang kulit nampak hebat dari luar tapi isinya bagaimana???…ramai orang yang suka membicarakan soal hati dan qalbu ,soal ketuhanan, soal manisnya iman dan enaknya buah hakikat dan makrifat sedangkan dia sendiri belum mengecap sendiri bagaimana lazatnya hakikat setelah menempuh jalan syariat,tareqat,dan makrifat.Inilah penyebab utama kenapa semakin hari ummat islam makin lemah..Umat islam semakin ditindas dimana mana,orang orang berilmu peringkat PHD inilah yang banyak merosakkan agama,ambil agama separuh separuh…malah ada yang dulunya mencanangkan manifesto ingin menjadikan islam sebagai addin iaitu cara hidup..selepas itu ditukar kepada…membangun bersama islam mengikut selera mereka…selepas itu ditukar lagi kepada Negara berkebajikan….dan sekarang ini berpakat dengan kafir DAP dan siapa saja hatta syaitan pun boleh dijadikan kawan untuk menegakkan ketuanan rakyat yang kononnya lebih afdal ,lebih adil dan saksama.Politik matlamat menghalalkan cara semakin rakus dipraktikkan baik oleh jentera umno atau pas sendiri tidak boleh dinafikan lagi.

Kembali kita kepada perbincangan awal…saudara panglima juga ada menyebut ibnu Taimiyyah adalah fanatik wahabi.Maka saya ingin menarik perhatian saudara panglima kepada siapa sebenarnya golongan wahabi ini.Untuk pengetahuan saudara ibnu Arabi adalah tokoh yang hidup sebelum ibnu Taimiyyah dan muridnya Ibnu Qayyim .Al Arabi sebagaimana yang dikenali ialah tokoh yang mempelopori ilmu tasauf peringkat tinggi atau muntahi malah dikatakan juga ajaran wahdatul wujud adalah lanjutan perkembangan fahaman al Arabi.Saya tidak ingin membahas lebih lanjut berkaitan dengan wahdatul wujud disini,sekadar saya nyatakan bahawa saya amat bersetuju dengan ilmu tasauf peringkat tinggi atau muntahi sheikh Hamzah fansuri yang dikatakan orang kebanyakan adalah wahdatul wujud itu…namun jika kita teliti ajaran fansuri dan muridnya sheik shamsudin ,ilmu ketuhanan yang mereka kupas adalah jauh lebih tinggi dan bukannya wahdatul wujud atau martabat tujuh yang kita pernah dengar atau yang telah difatwakan sesat itu.





Ibnu Taimiyyah dan Ibnu Qayyim sebenarnya adalah dua tokoh islam hebat yang telah dipalit noda kemuka mereka oleh pejuang ilmu tasauf yang tidak bertanggungjawab berkurun lamanya hingga kini .Jadi saya tidak hairan jika saudara panglima amat membenci Ibnu Taimiyyah….sebenarnya golongan wahabi atau golongan anti tasauf ini telah banyak menggunakan hujah ibnu Taimiyyah dalam menegakkan benang basah mereka…namun malangnya Ibnu Taimiyyah sudah tiada untuk mempertahankan dirinya.Siapa yang berfahaman wahabi ini sebenarnya???…mereka adalah mereka yang mengikut fahaman Muhammad Ibnu Wahab pada abad ke 18 lagi…mereka ini kononnya berjuang untuk kembali kepada Al-qur an dan hadis tetapi nampaknya mereka lebih banyak menghukum orang lain sebagai sesat.Hakikatnya fahaman wahabi inilah yang digunakan oleh penjajah barat untuk mengumpulkan sokongan orang arab demi menjatuhkan kerajaan mekah,Madinah dan Hijaz yang telah dipimpin oleh para Sharif mekah dari jurai Saidina Hassan selama 800 tahun.Maka sekitar tahun 1924,mereka telah menaikkan seorang ketua Arab Badwi dari keluarga bani Saud menjadi raja yang menguasai Semenanjung Arab sehingga negeri itu dikenali sebagai Arab Saudi,sempena nama ketua kabilah Badwi ini.Itulah asal usul kabilah Badwi yang memang tidak layak menjadi penjaga atau Khadamul Haramain tanah haram Mekah dan madinah.


Sebenarnya pihak yang mengaku ingin memperjuangkan islam ini Cuma boneka barat yang hanya pandai menghabiskan wang,harta serta hak rakyat hasil kekayaan minyak Negara arab dan juga hasil pendapatan daripada berjuta-juta manusia yang mengerjakan haji dan umrah.Ternyata mereka amat bodoh dalam membela nasib umat islam di palestin yang ditindas yahudi.
Untuk menyokong hujah saya ,mari kita lihat apakah pandangan Ibnu Taimiyyah dalam kitabnya yang berjudul “Risalatul-Furqan”,halaman 631,beliau berkata “ Yang dimaksudkan hadith Tsaqalain ialah sabda nabi”Ku tinggalkan kepada kalian dua bekal,Kitabullah” dan kemudian beliau mewasiatkan supaya semua kaum muslimin berpegang teguh padanya.Beliau melanjutkan…”dan keturunanku,ahlulbait ku.Kalian kuingatkan kepada allah mengenai keturunanku,ahlul baitku:…diulang 3 kali dan seterusnya…Ibnu Taimiyyah juga dalam kitabnya “Al washiatul kubra”…halaman 297 menerangkan…”Para anggota keluarga rasulullah s.a.w wajib dipelihara sebaik baiknya.Allah telah memberi hak kepada mereka untuk menerima bahgian dari seperlima ghanimah(harta rampasan perang) dan Allah telah memerintahkan ummat islam menyampaikan selawat kepada mereka bersama selawat yang disampaikan kepada rasulullah.Dalam kitabnya yang berjudul Al-Aqidatul-Wasithiyyah pula Ibnu Taimiyyah dengan tegas membenarkan sikap dan pendirian kaum Ahlus sunnah terhadap ahlul bait rasulullah s.a.w dengan katanya”Mereka mencintai ahlul bait rasulullah s.a.w yang oleh mereka dipandang sebagai para pemimpin dan mereka jaga baik baik haknya,berdasarkan wasiat rasulullah yang di ucap di Ghadir Khum:”Kalian kuingatkan kepada Allah mengenai ahlul baitku”!...Ibnu Taimiyyah menegaskan hal itu setelah menyatakan sikapnya yang sama sekali tidak dapat membenarkan pandangan kaum Rawafidh(golongan yang sangat ekstrim menyintai imam ali) yang membenci dan mencerca para sahabat nabi,dan pandangan kaum Nawashib(golongan yang tidak mempercayai keutamaan Ali dan ahlul baitnya) yang selalu menggangu ahlul bait rasulullah baik dengan perkataan maupun dengan perbuatan….Nah jelas disini Ibnu Taimiyyah begitu menghormati dan membela ahlul bait….bagaimana pula boleh dikatakan jenis wahabi fanatik oleh saudara panglima perang cyber…untuk rujukan saudara panglima ..baca lagi kitab karangan Ibnu Taimiyyah yang membela ahlul bait ini dalam kitabnya Risalah Darajatul-Yakin di halaman 149.

Berbalik kita kepada perjuangan asal kita….pernahkah saudara panglima mendengar sebuah nama hebat seorang insan bergelar Muhammad Nafs Al-Zakiyah bin Abdullah satu satunya anak cucu rasulullah dari jurai keturunan Saidina Hassan yang pernah dicatat oleh sejarah pernah dibai’at sebagai khalifah iaitu diangkat dengan sumpah setia oleh semua golongan ummat islam setelah sekian lama takhta itu dirampas oleh Muawiyyah menjadi hak milik bani umayyah dari tangan saidina hasan melalui tipu helah?peristiwa ini berlaku pada sekitar 132 hijrah atau 750 masihi.
Tahukah saudara panglima bahawa Muhammad Nafs Al-Zakiyah ini pernah dianggap imam al mahdi pada zamannya kerana namanya yang serupa dengan nama nabi dan adalah dari keturunan nabi pula.Beliau kemudiannya dikhianati oleh anak cucu Saidina Abbas,yang bernama Abul Abbas al saffah untuk mewujudkan kerajaan bani Abbasiyah yang bertahan selama 500 tahun pula.

Tahukah saudara panglima , manusia hebat ini tidak mati dibunuh di Baghdad sebenarnya seperti yang tertulis dalam sejarah. beliau inilah yang berkelana dari bagdad ke mekah lalu ke hadralmaut,yaman.Dari yaman terus ke Nusantara dengan gelaran Nakhoda Khalifah,memimpin rombongan 100 orang pendahwah yang mengislamkan Perlak 1200 tahun,kerajaan islam terawal dalam sejarah bumi serambi mekah sebelum kerajaan samudera-pasai dan selepas itu kerajaan islam Aceh.

Tahukah panglima keturunan mereka inilah adalah bani Tamim sebenar yang akan bangkit diakhir zaman nanti yang membawa panji-panji hitam dari timur membantu imam Al mahdi.

Tahukah saudara panglima bumi kelantan,kedah,pattani dan aceh ini dulunya adalah satu yang disebut serambi mekah sebelum dipecahkan oleh bongkah ais besar lalu memisahkan aceh dan semenanjung melayu melalui selat melaka.

Tidak terfikirkah oleh saudara panglima kenapa yahudi zionis dari dulu lagi begitu ingin sekali menakluki bumi semenanjung emas ini???begitu ingin sekali menawan selat melaka itu.

Mungkin saudara panglima juga pernah membaca hikayat raja-raja pasai….dan pernah berjumpa dengan sebuah hadis nabi dalam hikayat ini yang menyatakan satu wasiat nabi berkaitan asal usul keturunan baginda di samudera dan apakah amanah besar yang perlu dipikul oleh anak cucu nabi di nusantara ini pada akhir zaman.

Tahukah saudara panglima bahawa satu waktu dahulu pernah ada sebuah kerajaan melayu tua yang bernama Kerajaan Langkasuka(di sebut sebagai Lang Ya Shu dalam bahasa cina),diperintah oleh seorang raja bernama Sang Tawal berpusat di kota mahligai. Kerajaan melaka pun tidak boleh mengalahkan kerajaan Langkasuka sehinggalah raja melaka terakhir iaitu sultan mahmud shah berkahwin dengan puteri langkasuka yang bernama Puteri Onang Kuning lalu melahirkan Sultan Muzaffar shah iaitu sultan pertama perak itu pada tahun 1531.Sang Tawal mempunyai 3 orang puteri dan seorang putera iaitu puteri cik siti wan kembang,puteri chendana , puteri linang cahaya dan sultan mahmud shah.Puteri chendana telah berkahwin dengan sultan malikul zahir sultan pasai anakanda sultan malikus salih atau merah silu,raja lagi wali bagi kerajaan samudera pasai manakala puteri linang cahaya telah berkahwin dengan syed jamaluddin kubra yang merupakan moyang kepada wali songo itu.cik siti wan kembang adalah pemerintah asal negeri serendah sekebun bunga iaitu kelantan asal,manakala sultan mahmud shah telah menggabungkan beberapa buah negeri disemenanjung tanah melayu,kerajaan Champa di kemboja dan kerajaan samudera pasai menjadi sebuah empayar yang besar bernama Empayar Chermin.

Ramai yang mengkeji keturunan Tun mahathir dari sebelah bapanya,penulis seperti pak habib menghina tun berasal dari karla India,hanya paklah yang punyai keturunan arab yang diwar warkan,tapi ramai yang tidak tahu dan berbicara tentang nasab keturunan tun dari sebelah ibunya…ibunya bernama Wan tempawan bt Wan Hanafi itu adalah dari keturunan bangsawan sejati kedah iaitu wan mat saman perdana menteri kedah yang terkenal itu.Sebagaimana yang kita ketahui orang yang bernama Wan ,Nik atau Che dipangkal nama ini baik dari kedah atau kelantan adalah ada hubungkait pertalian darah keturunan diraja hingga ke salsilah raja raja melayu lama iaitu raja Langkasuka,sebuah Negara yang telah hilang dalam lipatan sejarah dan perlu dicari oleh setiap mereka yang menggelarkan diri mereka pejuang sejati untuk Alif(agama),Ba(bangsa) dan Ta(tanahair)

Saudara,buangkanlah segala yang keruh,ambil yang jernih,marilah kita bersama sama berjuang untuk menegakkan kalimah Toyyibah dibumi bertuah ini kerana itu adalah amanah dan tanggungjawab kita yang utama.Kenalilah diri kita,identiti kita dan asal usul kita yang sebenar sebelum berjuang kerana ia adalah sumber inspirasi dan penjana semangat untuk berjuang. Musuh kita yang utama ialah syaitan,zionis dan dajjal.

maafkan sekali lagi sekiranya komen saya diatas mengguris hati paklah,pak habib dan saudara panglima...maafkan saya.
saya bukannya benci sangat pada paklah,tapi bagi saya paklah banyak sangat berlembut dalam banyak hal sehingga bangsa lain sesuka hati meminta itu ini dari kerajaan seperti hindraf itu.Saya juga bukan pengikut taksub tun,kalau saudara panglima mengikuti komen komen saya di blog chedet.com...malah sejak akhir akhir ini tun sendiri jarang menyiarkan komen saya kerana saya juga tidak bersetuju dengan beberapa perkara yang tun buat seperti keluar umno dan mengkritik umno dari luar parti menambahkan lagi beban umno untuk bangkit memperkasa wadah perjuangan bangsa.

Salam perjuangan…

Wassalam.

wokyohmektot@yahoo.com
October 17, 2008 11:41 AM

adibeta berkata...

kpd panglima perang siber dan wakyoh...ini pendapat ana..

Walaupun keturunan baik sekalipun namun yang menentukan adalah amal dan iman kita...tak usah nok bergaduh..

Ya betul...Pak Lah dan Che Det adalah antara negarawan...namun melebelkan pak lah dgn lebel tersebut dan angkat che det tinggi adalah tak kena...

Yang lebih penting sepatutnya ilmu dan kemahiran yang dikurniakan ALLAH itu kita gunakan untuk menyedarkan rakyat...tulislah sesuatu...sebarkanlah ilmu-ilmu yang mendedahkan keboborakkan Pakatan Rakyat.Kemumukakan bukti-bukti, dalil-dalil.

Mungkin itulah sumbangan kita untuk Agama, Bangsa dan Negara.Jauh lebih baik daripada 'berperang' sesama sendiri.

HEBAT kita bila mengalahkan lawan tetapi DAYUS bils menjatuhkan kawan.
................ADIBETA