MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

11 Okt 2008

Anwar Ibrahim Berangan Lagi


Anwar Ibrahim Berangan Lagi


Anwar Ibrahim terus menerus berangan hendak menjadi Perdana Menteri lagi. Sesudah tiga kali ramalannya untuk menjadi PM tidak menjadi iaitu pada 16 September, 23 September dan 1 Oktober. Anwar menetapkan pula tarikh yang keempat iaitu pada 8 Disember 2008, iaitu sebelum Hari Raya Aidiladha untuk menjadi Perdana Menteri. Selepas ini akan ada tarikh yang lain pula kalau tidak jadi 8 Disember?

Anwar mengumumkan tarikh 8 Disember dalam satu ceramah Perdana Aidilfitri di Padang Perdana, Kota Bharu. Saksinya ialah Husam Musa dan Nik Aziz Nik Mat. Apa akan berlaku jika tarikh yang keempat ini juga tidak menjadi kenyataan? Apakah Anwar akan terus menerus menyalahkan pihak lain sebagai kegagalannya untuk menjadi PM?


Sehingga kini Anwar masih belum lagi menyahut cabaran PAS untuk mengemukakan senarai nama 31 orang ahli parlimen yang bakal melompat. Sampai bila orang orang PKR dan PAS akan terus mempercayai Anwar? Mengapa beriya iya benar Anwar hendak menjadi PM? Tidak bolehkah tunggu sehingga pilihan raya umum seterusnya? Seharusnya daripada terus berangan angan hendak menjadi PM, Anwar laksanakan dulu tanggungjawab sebagai ahli parlimen di Permatang Pauh.


AZRINIZAM IBRAHIM
Presiden Gabungan Pemimpin Mahasiswa Malaysia (GPMM)

sumber - Anginperubahan.blogspot.com

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Salam
Berilah apa tarikh pun...angan-angan mat jenin sukar jadi kenyataan...yang kena tipu adalah rakyat....disuruh mengharap benda yang tak pasti...lebih baik jangan layan buat sakit kepala sahaja...kita tumpukan pada kerja-kerja kita... biar anwar dengan tarikh-tarikhnya yang sampai bila tidak tahu kan jadi kenyataan
wassalam

p/s:orang PAS pun dah makin meluat,Husam Musa dan Nik Aziz serta pihak erdogan sahaja dok percaya lagi,yang lain semua tutup telinga,takut menanah dengar kisah mat jenin.

sumandak bayu berkata...

Orang Cina kata kalo dah masuk keempat kali maknanya orang ni tak boleh dipercaya langsung... (tak bawa nasib oooo)

Tapi kalo orang Melayu biasanya guna pepatah Melayu takkan nak tengok pisang Berbuah 2 kali....

Kalo India pula yang penting perkara boleh dipusing semula (putar alam)paling utama boleh hidup juga la......(Tapi bukan semua orang INDIA Macam tu yeeee)

LU PIKIRLAH SENDIRI....