MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

18 Okt 2008

Isu lompat parti :Minggu pertama sidang Parlimen berlalu sepi



Isu lompat parti : Minggu pertama sidang Parlimen berlalu sepi


Mereka yang berminat dengan isu pembangkang nak tawan Putrajaya menerusi lompat parti Ahli Parlimen Barisan Nasional mungkin akan dapat ‘ feel ‘ suasana semasa jika berada di Parlimen sepanjang minggu lalu.

Pada waktu ada yang merasakan tentunya timbul excitement bila Dewan Rakyat mula bersidang balik pada Isnin 13 Oktober suasananya hingga ke hari Khamis bila sidang ditangguhkan untuk sambung ke minggu depan boleh kata biasa-biasa saja.

Ini mengenangkan kehangatan cerita Penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim mendesak Perdana Menteri supaya adakan sidang tergempar Parlimen kerana pembangkang macam dah tak sempat-sempat nak buat usul tidak percaya terhadap kerajaan atas dakwaan ‘ sudah ada jumlahnya ‘ Ahli Parlimen Barisan Nasional yang nak melompat.

Malah sebilangan pemerhati yang berkunjung ke Parlimen dan para wartawan yang membuat liputan hairan melihat senario relaks dan tak wujud keadaan resah gelisah di kalangan para Ahli Parlimen BN serta tanda-tanda red alert macam kerajaan nak terbalik bila-bila masa saja disambar oleh pembangkang.

Lebih menarik dari tinjauan Agendadaily isu lompat parti ini semacam tidak diambil peduli dan tidak diperbualkan sangat oleh kalangan ahli parlimen baik BN maupun pembangkang.

“Hairan juga tengok isu yang sebelum 16 September dulu macam nak meletup dunia punya riuh dah sejuk macam tak ada apa-apa,”kata seorang aktivis politik yang dua tiga kali melawat parlimen untuk melihat suasananya.

Katanya mungkin mereka yang di luar sana menduga macam-macam tetapi suasana di parlimen nyata adalah sebaliknya.

Hakikatnya kalau nak tahu isu itu tengah mengelegak atau tidak suasana di Parlimen dimana semua Ahli Parlimen berkumpul dan bersidang adalah penentu suhunya.



Apakah gambar ‘ penghulu’ Parlimen yakni Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz boleh duduk bersembang dan bergelak ketawa dengan Anwar yang juga Ketua Pembangkang sambil kena teh tarik di ruang rehat para Ahli Parlimen petang Khamis ini dapat memberi indikasi kepada senario itu.

Turut sama menyertai mereka ialah ahli Majlis Tertinggi UMNO yang bekas Ketua Menteri Melaka Tan Sri Rahim Thamby Chik yang datang melawat beberapa rakan di Parlimen petang itu.

Lain-lain yang ada di situ ialah Ahli Parlimen PKR Machang Saifuddin Nasution dan Ahli Parlimen PKR Subang N Sivarasah dan Ahli Parlimen Gombak Azmin Ali- 17/10/2008

sumber - Agendadaily.com

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

politik memang begitu...politik bukan peribadi...kawan tetap kawan...di gelanggang kita bercakaran...di luar menjadi kawan...tapi kena profesional, takut terbongkar strategi...
seperti Pak Lah dan Tun ,di luar kita nampak dingin tapi saya percaya mereka mampu tampil mesra bila berjumpa... sebab politik bukan peribadi...tentang peralihan kuasa..nazri aziz mungkin sudah boleh baca permainan anwar...anwar hanya berretorik semata-mata...sebab itu dia diam sahaja...kawan sendiri pun boleh kenal... cakap anwar tak boleh pakai...agar ahli politik ini semua berjuang untuk agama,bangsa dan negara...yang tersasar macam dsai..kita pakat tolak ramai-ramai

wassalam

sumandak bayu berkata...

salam bro,
Sumandak setuju benar dengan ulasan dan pandangan kumbang.... kawan akan menjadi lawan bila kita berkecimpung dalan dunia politik.. hanya tahap profesional kita aje yang boleh mengariskan hubungan ni.

Tapi Bro susuah gak kita nak tau diri kita ni profesional atau tidak sebab kadang-kadang politik juga akan menghancurkan hubungan dalam keluarga ni kan lagi setakat hubungan kawan.

LU PIKIR LA SANDIRI.....