MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

4 Okt 2008

Gambar Anwar Disembur Cat


Gambar Anwar Disembur Cat


oleh : MSO

GAMBAR Penasihat PKR dan juga bakal Perdana Menteri ke-6, Anwar Ibrahim di papan tanda mengucap selamat hari raya yang di pasang di peersimpangan jalan ke Universiti Islam Antarabangsa (UIA) ke Jalan Lama Bentung telah disembur dengan cat sehingga tidak menampakan langsung mukanya.

Dua lagi gambar Ahli Parlimen Gombak, Mohd Azmin Ali dan ahli Parlimen Kuala Krai. Dr Mohd Hatta Ramli bagimana pun tidak diapa-apakah.

Apakah motif pengkhinatan berkenaan? Dan siapakah yang bertanggungjawab melakukannya. Perbuatan itu bukan saja vandalisme politik namun mereka yang tidak bertamadun dan tidak tahu profesionalisme dalam politik.

Dalam pada itu pemasangan papan tanda berkenaan menimbulkan tanda tanya kepada umum apabila gambar ahli Parlimen Kuala Krai, Dr Hatta turut sama terpampang di situ tanpa dimasukkan sama gambar Bulan Purnama penuh iaitru lambang partinya. Apakah relevannya gambar Bendahari Agung Pas itu turut sama tertera di papan tanda berkenaan yang terletak jauh dari kawasannya?

Beliau sepatutnya memasang papan tanda bagi mengucapkan selamat menyambut Ramadhan dan Idul Fitri di kawasannya di Kuala Krai dan bukannya menempel di papan tanda Keadilan itu.

Di Kuala Krai semasa saya lewati bandar berkenaan malam tadi tidak ternampak satu pun papan tanda seumpama itu yang tertera gambar Dr Hatta mengucapkan selamat hari raya kepada pengguna jalan raja Gua Musang - Kuala Krai. Apakah ketiadaan itu menandakan Dr Hatta akan bertukar kawasan tidak lama lagi atau selewat-lewatnya dalam pilihan raya akan datang? [gn kel 1:50 pm 30/09/08]

sumber : msomelayu.blogspot.com

2 ulasan:

hilbert berkata...

Kes sembur-menyembur ini memangpun budaya ahli-ahli PKR sendiri sejak dahulu lagi, sudah biasa bagi mereka. Itu memang diajar kepada mereka supaya, buat apa saja kerana itu dinamakan kebebasan mutlak, tiada sesiapapun boleh melarang. Budaya macam itu memang digalak anwar sendiri.

bzz berkata...

Sembur cat? Ada org tu sokong si kaki bakar...