MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

6 Okt 2008

Benarkah PKR agen Zionis ?



Benarkah PKR agen Zionis?


oleh: Keris Terbang

Persoalan yang sentiasa bermain-main di benak majoriti rakyat. Sehingga baru-baru ini ’mereka’ mencabar agar sebarang pertuduhan terhadap ’mereka’ sebagai agen Amerika dapat dibuktikan.

Meskipun telah banyak pendedahan berupa bukti yang terang lagi nyata di atas penglibatan Datuk Seri Anwar Ibrahim (DSAI) yang berkaitan dengan Amerika dan Zionis seperti yang didedahkan dalam internet, di sini penulis cuba mengajak untuk melihat beberapa lagi bukti dari sudut yang lain pula bagi menyokong pendedahan tersebut.

Walau bagaimanapun, pendedahan ini bukanlah bermaksud menyahut cabaran ’mereka’ tetapi sekadar ingin mencabar ’mereka’ kembali agar membuktikan segala pendedahan ini tidak benar sama sekali. ’Mereka’ juga dicabar agar menafikan dengan bukti akan segala penglibatan dan perancangan DSAI melalui Amerika dan Zionis seperti yang telah dikupas dan didedahkan satu-persatu melalui internet.

“Dan sekiranya Kami kehendaki, tentulah Kami akan memperkenalkan mereka kepadamu (wahai Muhammad), lalu engkau tetap mengenalinya dengan tanda-tanda (yang menjadi sifat) mereka; dan demi sesungguhnya, engkau akan mengenali mereka dari gaya dan tutur katanya. Dan Allah mengetahui segala yang kamu lakukan.” (Surah Muhammad : 30)

Lambang Jahanam

Rasulullah S.A.W. pernah memberi amaran melalui sabdanya yang bermaksud, “Sejak terciptanya manusia hingga datangnya Hari Kiamat, tak ada fitnah lebih besar daripada fitnahnya Dajjal” (Riwayat Muslim, Misykat, hal. 472).

”Aku benar-benar akan memperingatkan kalian tentang Dajjal. Tidak ada seorang nabi melainkan ia pernah memperingatkan kaumnya tentang masalah tersebut. Tetapi aku akan mengatakan kepada kalian suatu ucapan yang belum pernah dikatakan oleh seorang nabi pun sebelumku. Dia itu (Dajjal) cacat (sebelah matanya) sedangkan Allah tidaklah cacat (sebelah mata)” (Riwayat Bukhari, Sahih Jami’ Shogir 3495 / Al-Bany)



Logo bagi Pertubuhan Illuminati ini boleh dilihat pada matawang Amerika, USD1.00 (Federal Reserve Dollar Bill). Ia juga terletak di belakang Mohor Amerika Syarikat.

Illuminati ialah golongan elit dalam hirarki pertubuhan Freemasons. Illuminati dalam bahasa Arab bermaksud Al-Nuroniyyin iaitu ”Pemegang Cahaya”.

Pertubuhan yang turut dikenali sebagai ’Pertubuhan Cahaya’ ini adalah sebuah organisasi rahsia yang telah ditubuhkan pada 1 Mei 1776 oleh Dr. Adam Weishaupt, seorang Profesor Theology di Universiti Angold State, Jerman. Beliau merupakan salah seorang anggota Freemasonry yang telah keluar dari agama Kristian lalu menganut fahaman Atheisme.




Di awal penubuhannya, Weishaupt telah diarahkan oleh Rothschild untuk mengemaskini protokol Yahudi dari versi lama kepada versi baru di samping melaksanakan segala persiapan untuk menyambut kedatangan Dajjal.

Secara ringkasnya, misi pertubuhan ini adalah untuk mewujudkan pemerintahan tunggal kerajaan Yahudi di dunia; ’One World, One Country, One Nation’.

Modus operandi mereka adalah dengan cara memecah-belahkan penduduk dunia agar saling bermusuhan, berperang sesama sendiri yang akhirnya akan memusnahkan diri dan negara sendiri, institusi-institusi kerajaan dan agama. Kemudian, barulah mereka masuk sebagai penyelamat yang membawa ’cahaya’ (constructive chaos).

Simbol mata yang bercahaya di puncak piramid melambangkan mata Iblis, Lucifer yang mengawal semesta alam. Mata yang juga dikenali sebagai ‘The All Seeing-Eye’ (Mata yang dapat melihat segala sesuatu) ini merupakan Tuhan bagi mereka untuk memerintah dunia. Sekaligus membawa makna bahawa Tuhan mereka itu bermata satu.

Piramid itu pula merujuk kepada ’The Great Pyramid’ di Giza, Mesir yang juga merupakan lambang ilmu sihir pada zaman kewujudannya.

Siri abjad Latin, MDCCLXXVI seperti yang tertera di tapak piramid bermaksud tahun 1776 yang juga merujuk kepada tarikh penubuhan Illuminati pada 1 Mei 1776. Selain itu, tarikh ini juga adalah tarikh bermulanya penggunaan matawang Amerika Syarikat.

Air yang mengelilingi piramid tersebut ialah air laut yang terdapat di sekitar Segitiga Bermuda. Menurut Muhammad Isa Dawud dalam bukunya berjudul ’Dialog Dengan Jin Islam’, Segitiga Bermuda yang terletak di Lautan Atlantik adalah Pusat Pentadbiran Kerajaan Iblis dalam misinya menyesatkan manusia.

Fasa ayat dalam bahasa Latin, ”ANNUIT COEPTIS” di atasnya bermaksud “He Has Favored Our Undertakings” manakala fasa ayat ”NOVUS ORDO SECLORUM” yang tertera di bawahnya pula membawa maksud ”New Order of the Ages”.

Sekarang, bandingkan dengan ini pula,




Logo 3-dimensi Pertubuhan Illuminati jika dilihat dari sudut pandangan atas akan menampakkan sebelah mata yang sedang melihat ke arah kita (The All Seeing-Eye), bentuk segiempat tepat piramid (segiempat yang tidak sama) dan juga air laut. Bukankah pandangan dari sudut ini akan menampakkan satu bentuk yang hampir menyamai lambang Parti Keadilan Nasional (KeADILan)?

Jika Pertubuhan Illuminati mengambil mata satu Iblis, Lucifer sebagai simbol mengawal dunia, KeADILan pula mengambil sebelah mata DSAI sebagai simbol sekaligus menjadi orang yang diangkat dan dipuja untuk memerintah negara. Siapakah pula DSAI di kalangan agen-agen Zionis?

Simbol mata dalam logo Pertubuhan Illuminati adalah merujuk kepada ‘The All Seeing-Eye’ (Mata yang dapat melihat segala sesuatu) manakala mata dalam lambang KeADILan sepertimana termaktub dalam keterangan lambangnya merujuk kepada ”Mata Yang Terbuka”. Bukankah hanya dengan mata yang terbuka mampu untuk melihat segala sesuatu?

”Mata Yang Terbuka” itu juga ditafsirkan mereka sebagai lambang cahaya yang menyuluh perjuangan menegakkan keadilan; mencerminkan hati nurani yang mendorong parti mencapai perubahan. Bukankah simbol mata yang terdapat dalam logo Pertubuhan Illuminati juga dikelilingi cahaya? Adakah ini bermakna KeADILan juga adalah cawangan atau agen kepada ’Pertubuhan Cahaya’ tersebut?

Adakah ini satu kebetulan atau petanda kepada sebuah kebenaran? Yang pasti, kebenaran bukanlah satu kebetulan.

Modus operandi dan matlamat mereka juga hampir menyamai kaedah yang digerakkan oleh ahli-ahli Pertubuhan Illuminati dalam misi menjadikan bumi hanya satu negara dan dikuasai hanya satu bangsa. Mereka melakukan ’constructive chaos’ dengan menyebarkan fitnah untuk memecah-belahkan perpaduan negara bagi mewujudkan keadaan saling bermusuhan dan benci-membenci, berperang sesama sendiri yang akhirnya akan meruntuhkan institusi kerajaan, agama dan bangsa.

Kemudian, mereka akan hadir sebagai penyelamat yang membawa ’cahaya’ dan harapan sepertimana termaktub dalam manifesto Pilihan Raya Umum Ke-12, ”Harapan Baru Untuk Malaysia”.

Mereka berazam untuk menakluk Malaysia bagi mewujudkan hanya satu fahaman agama (internationalisme) dan satu bangsa (Malaysian Malaysia) sambil membawa slogan Zionis iaitu Freedom – Equality – Fraternity (Kebebasan – Persamaan – Persaudaraan).

Adakah ini satu kebetulan atau petanda kepada sebuah kebenaran? Yang pasti, kebenaran bukanlah satu kebetulan.




Bagaimana dengan logo ini pula? Inilah logo bagi Columbia Broadcasting System (CBS), antara jaringan media terbesar di Amerika yang dikuasai Zionis. Sejarah menyebut bahawa segolongan ahli Illuminati yang tidak berpuas hati dikenali sebagai ‘Columbian’ telah mengasaskan persekutuan Amerika Syarikat.

Maka dengan sebab itulah huruf D dan C pada perkataan Washington D.C. merujuk kepada ‘District Of Columbia’. Mereka mengawal kerajaan persekutuan Amerika, kesemua media, gereja-gereja di Vatican City, universiti-universiti dan sebanyak 500 syarikat-syarikat mewah.

Tahun Kebangkitan Zionis

Sepertimana yang disebutkan dalam buku ‘Morals And Dogma’ karangan Albert Pike, tahun 1999 adalah tahun kemunculan Lucifer sebagai ‘Tuhan Cahaya’ (The God Of Light). Mereka meramalkan bahawa penghujung tahun 1999 adalah tarikh akhir dari segala kejayaan agama di muka bumi dan berakhirnya segala bentuk penentangan terhadap Zionisme. Seterusnya, kerajaan Zionis akan bangkit untuk memerintah millenium baru yang bermula awal tahun 2000.

Mereka juga percaya akan kemunculan ‘perajurit syaitan’ yang akan menyerang penganut-penganut agama dogmatik di sebelah timur dunia yang berada di atas garis lintang Khatulistiwa. Bagi memastikan ramalan ini menjadi kenyataan, mereka sendirilah yang akan mewujudkan agen-agen rahsia (provokator) untuk mencetuskan kekacauan seterusnya memudahkan jalan buat mereka melaksanakan misi “reformasi millenium baru”.

Ajaran Zionisme mempunyai cita-cita untuk menyatukan dunia dengan mengandaikan bahawa seluruh umat manusia perlu dibebaskan dari dogma agama. Penduduk dunia harus patuh kepada satu pemerintahan dan satu kekuatan yang digambarkan sebagai Baphomet (Dewa Berkepala Kambing).

Menurut Drs. H. Toto Tasmara pula dalam bukunya berjudul ‘Dajal Dan Simbol Setan’, Baphomet akan melaksanakan tugasnya sehingga akhir tahun 2003. Kemudian, barulah seluruh umat manusia akan berada di bawah pengawasan Tuhan Lucifer (’The All Seeing-Eye’). Hal ini sangat diyakini oleh anggota-anggota Freemasons sebagaimana termaktub dalam ‘Ordo Antichrist Illumninati’.

Demikianlah perancangan yang cukup halus didalangi oleh agen-agen rahsia Zionis sehingga tertubuhnya KeADILan pada 4 April 1999 apabila parti-parti pembangkang yang tertubuh sebelumnya didapati masih gagal untuk menakluk negara.

Ini diperkukuhkan lagi apabila sebelum penghujung tahun 2003, KeADILan mula bergabung dengan Parti Rakyat Malaysia (PRM) pada 3 Ogos 2003 untuk membentuk sebuah parti politik yang lebih padu dan kuat, dikenali sebagai Parti Keadilan Rakyat (PKR). Sekaligus menepati kehendak Baphomet untuk menamatkan misi sebelum akhir tahun 2003.

Perhatikan bahawa bagaimana perancangan demi perancangan diatur sehinggalah DSAI berjaya dibebaskan setahun kemudiannya pada 2 September 2004. Sejak itu, seluruh pertubuhan politik pembangkang seolah-olah bernaung dan bergantung di bawah kibaran lambang PKR, ”Mata Yang Terbuka” (The All Seeing-Eye?).

Adakah ini satu kebetulan atau petanda kepada sebuah kebenaran? Yang pasti, kebenaran bukanlah satu kebetulan.

Bukan sahaja KeADILan, malah Malaysian For Free Election (MAFREL) yang berkait-rapat dengan parti politik pembangkang juga ditubuhkan sebelum akhir tahun 1999. MAFREL yang mempunyai pekerja-pekerja yang dibayar dalam US dolar mendapat pembiayaan dari National Endowment For Democracy (NED) manakala NED pula mendapat tajaan dari United States Agency for International Development (USAID).

NED banyak terlibat dalam membeli, mencaturkan atau menentukan kerajaan di seluruh dunia. NED menyalurkan wang terutamanya sewaktu musim pilihan raya bagi mencaturkan kerajaan di Cuba, Venezuela, Costa Rica, Haiti, Panama, Nicaragua, Iran, Iraq, Afghanistan, Slovakia, Bulgaria, Serbia, Ukraine, Russia, Macedonia, Georgia, Belarus, Indonesia, Filipina, Thailand dan lain-lain.

Bersandarkan ini, tidak mustahil Malaysia juga menjadi mangsa melalui parti-parti politik pembangkang negara.

Marc Bazin pernah menerima bantuan USD36 juta daripada NED semasa pilihan raya Haiti pada tahun 1990; Nicolas Ardito Barletta Vallarino menjadi Presiden Panama bagi tahun 1984 juga dengan dana bantuan NED; George H. W. Bush pernah menyalurkan USD9 juta melalui NED bagi membolehkan Violeta Barrios de Chamorro menjadi Presiden Nicaragua pada tahun 1990. Maka tidak hairanlah jika mahu dikaitkan bahawa DSAI juga mendapat pembiayaan bagi memastikan beliau menjadi Perdana Menteri Malaysia satu hari nanti.

Kesemua ini jelas menunjukkan bahawa agen-agen Zionis sememangnya sedang merealisasikan cita-cita dan ramalan mereka. Inilah agenda-agenda yang digerakkan untuk Malaysia demi melaksanakan misi pemerintahan tunggal kerajaan Zionis menjelang abad millenium.

Rahsia Di Sebalik Angka

Terdapat satu kaedah pengiraan menggunakan kod matematik yang telah ditemui oleh sarjana pertanian Mesir, Rashad Khalifa. Melalui kaedah pengiraan ini, beliau telah mendedahkan bahawa Al-Quran mempunyai inter-locking system yang menyebabkan Al-Quran tidak boleh diubah sama sekali walaupun satu huruf. Ini sekaligus membuktikan mukjizat Al-Quran itu sendiri. Kertas kerja beliau berhubung dengan penemuan ini telah dibentangkan di Pameran Islam Sedunia di London pada tahun 1976.

Perhatikan bahawa KeADILan ditubuhkan dalam tahun 1999 manakala Pertubuhan Illuminati pula telah pun wujud sejak tahun 1776 lagi. Jika dibuat kaedah pengiraan mengikut kod matematik yang telah diperkenalkan oleh Rashad Khalifa, langkah pengiraannya adalah seperti berikut:

1999 = 1 + 9 + 9 + 9 = 28 = 2 + 8 =10 = 1 + 0 = 1 (nombor yang terhasil adalah 1)
1776 = 1 + 7 + 7 + 6 = 21 = 2 + 1 = 3 (nombor yang terhasil adalah 3)

Kewujudan dua pertubuhan ini secara tidak langsung saling lengkap-melengkapi bagi melaksanakan misi Amerika dan Zionis terhadap Malaysia sebagai satu-satunya negara Islam yang masih berdiri teguh. Jika digabungkan dua angka yang terhasil ini untuk menjadikannya satu angka yang lengkap, maka terhasillah angka 13.

Bagi penganut dan pendokong Zionisme, angka 13 amat bermakna buat mereka kerana angka ini adalah angka kekuasaan ’Prince Of Darkness’. Angka 13 inilah yang membentuk item-item tertentu dalam logo Pertubuhan Illuminati dan Mohor Amerika Syarikat.




Jika diamati semula logo Pertubuhan Illuminati, lapisan batu-batu yang membentuk piramid tersebut disusun dalam 13 barisan. Manakala perkataan ”ANNUIT COEPTIS” di atasnya mengandungi 13 abjad. Pertubuhan ini juga mempunyai 13 anggota Majlis Tertinggi.

Bagi Mohor Amerika Syarikat pula, terdapat 13 bintang Nabi Daud (Star Of David) di sebelah atasnya, 13 daun beserta 13 buah Zaitun di sebelah bawah kirinya dan 13 anak panah di sebelah bawah kanannya. Manakala moto dalam bahasa Latin, ”E PLURIBUS UNUM” yang bermaksud “Many In One - one nation made up of many states” juga mengandungi 13 abjad.

Sedarkah kita bahawa KeADILan secara rasminya ditubuhkan pada 4 April 1999, iaitu jatuh pada minggu ke-13 bagi kalendar tahun 1999. Manakala penggabungan KeADILan dan PRM yang membawa kepada penubuhan PKR telah berlaku pada 3 Ogos 2003, iaitu minggu ke-31 bagi kalendar tahun 2003.

Adakah ini satu kebetulan atau petanda kepada sebuah kebenaran? Yang pasti, kebenaran bukanlah satu kebetulan.

Rangkaian Kod Simbol

Kita lihat pula beberapa keajaiban melalui simbol bagaimana perancangan sulit agenda Zionis terhadap negara sebenarnya telah lama diaturkan melalui parti-parti pembangkang negara sejak sebelum merdeka lagi.



Gambar pertama adalah simbol bagi pertubuhan berkaitan Illuminati manakala gambar ke-2 yang memaparkan kepala kambing (Dewa Baphomet) adalah lambang Church Of Satan, sebuah pertubuhan yang ditubuhkan sebagai jaringan atau rantaian kepada agenda Zionis. Pertubuhan ini telah ditubuhkan di San Fransisco pada 30 April 1966 oleh Anton Szandor LaVey.

Simbol ke-3 pula adalah ‘Star Of David’ yang telah diketahui umum sebagai lambang kepada orang-orang Yahudi sepertimana dapat dilihat pada bendera Israel.

Simbol atau identiti yang digunapakai dalam gerakan atau pertubuhan yang berkaitan Illuminati atau Freemasons biasanya berbentuk mata atau ‘The All Seeing-Eye’ (mata yang dapat melihat segala sesuatu), bintang (Star Of David), jangkalukis (compasses) & sesiku (square), huruf ‘G’ (membawa maksud ‘God’), kepala kambing (Dewa Baphomet), burung hantu dan lain-lain simbol rahsia yang terlalu jarang didedahkan walaupun kepada ahli-ahlinya.

Sebab itulah kesemua ahli-ahli dalam barisan pembangkang, PKR terutamanya tidak menyedari akan rahsia simbol ini kerana perancangan sulitnya disusun atur dan digerakkan oleh agen-agen Zionis yang terpilih dan dilantik.

Sekarang, bandingkan dengan ini pula,




Gambar menunjukkan penggabungan parti politik antara KeADILan yang baru berusia 4 tahun dengan PRM yang telah pun berusia 48 tahun pada 3 Ogos 2003. Simbol kebanggaan PRM yang ditubuhkan pada 11 November 1955 ini telah dinyahkan lalu digantikan dengan sebelah mata yang cukup berkuasa, sentiasa terbuka dan mampu untuk melihat segala sesuatu.

Perhatikan bahawa kepala seladang yang dipilih sebagai simbol dalam lambang PRM sama seperti kepala kambing yang digunakan dalam Church Of Satan (Gereja Syaitan). Jika merujuk kepada lambang sebenar PRM, cogwheel yang melingkari kepala seladang itu mempunyai 13 gigi, sama seperti jumlah item-item tertentu yang terdapat pada logo Pertubuhan Illuminati dan Mohor Amerika Syarikat.

Adakah ini satu kebetulan atau petanda kepada sebuah kebenaran? Yang pasti, kebenaran bukanlah satu kebetulan.

Jika disingkap kembali fatwa Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pada 23 Januari 1999, beliau pernah mengutarakan, ”Jika DAP ikhlas nak tolong PAS, saya terima. Usahkan DAP, syaitan pun saya terima.”

Kata-kata tersebut telah diucapkan oleh beliau untuk menjustifikasikan ‘perkahwinan’ partinya dengan DAP menjelang Pilihan Raya Umum 1999.

Kata-kata ini telah diucapkannya kira-kira 3 bulan sebelum pelancaran rasmi penubuhan KeADILan. Jika benar beliau adalah seorang ulama’, sudah tentu beliau mampu untuk menggunakan kekuatan mata hati untuk melihat atau sekurang-kurangnya sedar bahawa iblis dan syaitan itu selama-lamanya adalah musuh yang nyata bagi Allah dan manusia.

Jadi, siapakah sebenarnya ’syaitan’ yang dirujuk oleh Nik Aziz? Atau yang dimaksudkannya sebagai ’syaitan’ adalah syaitan itu sendiri?

Sekali lagi beliau mengulanginya dengan tegas pada Februari 1999 dalam satu ceramah yang dibuat di Kota Bharu,

”…Dan bersungguhnya ambo baru ni, ambo kata kita akan terima siapa dia nak sokong kita hatta syaitan sekalipun. Bila ambo kata lagu ni, ada seorang. Hai! Dia kata kecek ni cermat sikit kan jadi rosak akidah. Orang hok kecek ni orang Kelantan juga. Baru jadi timbalan menteri. Dianya hok parti rosak akidah, dia beringat kita takut rosak akidah.”

Adakah ini satu kebetulan atau petanda kepada sebuah kebenaran? Yang pasti, kebenaran bukanlah satu kebetulan.

Perhatikan pula kod rahsia isyarat tangan yang ditunjukkan oleh agen-agen Zionis di bawah. Bukankah ini kod isyarat ’Kepala Kambing’? Simbol kepala kambing dipilih sebagai mewakili scape goatism (teori mencari kambing hitam), bersesuaian dengan perancangan dan pelaksanaan teori konspirasi dalam setiap gerakan rahsia mereka untuk menakluk setiap negara di dunia.

sumber - sahabat mantap

6 ulasan:

NipsNips berkata...

banyak sangat pengaruh conspiracy theorist nih..hehehe..
macam terlampau taksub ngan cerita2 misteri la pulak bila aku baca..
nak percaya?..wallahualam..
cerita ni macam gabungan da vinci code+UFO+Klu klux klan (KKK)+etc..etc..

bagus buat novel nih..hehehehehehehe

menarik!

Tanpa Nama berkata...

salam.

saya tidak tahu, tapi saya seperti terasa bahawa ada satu maklumat paling asas yang tidak dilakukan penganalisis yang menulis ini: siapa yang merekacipta logo pkr tersebut?

maklumat asas ini perlu untuk memperlihatkan rasional penganalisis terhadap hujah-hujahnya itu. kebetulan berlandaskan kebenaran, atau vice versa, boleh dipertimbangkan dengan maklumat asas tersebut.

ia lebih kurang sama dengan karya seni yang lain; karya terbentang lalu diberi tafsiran mengikut logik, teori dsb. mungkin pula kesamaan dan kemiripan ditemui antara karya. dan adakah itu kebetulan atau kebenaran, boleh saja dipertikaikan.

pada saya, penulis artikel ini telah membentangkan analisisnya dengan baik dan menarik, tetapi tertinggalkan maklumat paling asas tersebut. maka analisisnya belum dapat dikatakan 'sempurna'.

sekadar pandangan. wassalam.

zek berkata...

Salam...

'New World Order' telah pun di annouce oleh Presiden Bush .Pengumuman dibuat pada 11 September 1990 (di bilik presiden) dan 11 September 1991 semasa US Congress bersidang.

http://www.youtube.com/watch?v=7a9Syi12RJo

Persoalannya di sini apakah sebenarnya 'New World Order' yg dicanangkan oleh US itu? Dan adakah bekerjasama dgn pendokong New World Order ini adalah sesuatu yg akan mengembalikan kegemilangan Islam?

Doc Marquis, di dalam bukunya, "Secrets of the Illuminati", telah melukiskan "Great Seal of the New World Order" (Logo TataBaru Dunia) ,menggambarkan pelbagai pengaruh dan organisasi yang secara aktifnya terlibat dalam apa yang dipanggil "New World Order" atau TataBaru Dunia.

Dua pertubuhan yang utama dan terkenal-Freemasonry dan Illuminati mendahului senarai kelompok elit dunia yang mengawal segala percaturan dunia hari ini. Setiap pemerintah, presiden, raja dan pemimpin korporat dunia tidak terlepas dari cengkaman dua pertubuhan syaitan ini. Mereka berselindungkan dengan nama kebajikan sosial. Mereka memberikan dana-dana untuk membantu mangsa perang, pelarian, bencana alam dan lain-lain tetapi pada masa yang sama mereka juga membiayai industri pornografi, pengedaran dadah, penyeludupan dan kegiatan mafia.

Pertubuhan seperti The Round Table,ditubuhkan bersama oleh Cecil Rhodes (hartawan berlian) dan ejen Rothschild, Alfred Milner.
Fungsi : Hidden hand disebalik situasi dunia menerusi BANTUAN BANK DUNIA dalam usaha menekan kerajaan sedia ada dalam usaha memaksa supaya tunduk dan menyokong perlaksanaan dan pembentukan New World Order.

'The Round table' adalah seperti induk dan mempunyai pula badan2 dan anggota lain yg berfungsi untuk menyokong gerakan supaya menjadi lebih cekap dan efisyen.
1. Council on Foreign Relation (CFR) pula ditubuhkan oleh Rockefellers bagi menguasai pelaburan, ekonomi seterusnya politik dunia. Kesemua anggota-anggota majlis ini adalah orang-orang kenamaan yang amat penting seperti para presiden, ahli politik, ahli ekonomi, pemimpin tentera dan badan intellijen serta ahli perniagaan.
2.The Bilderberg Group pula diasaskan oleh Joseph Retinger dan Putera Bernhard dari House of Orange (bekas pegawai SS Jerman, seorang perisik melalui syarikat kimia I.G Farben dan kemudiannya menjadi pengerusi Shell Oil).
3.The Trilateral Commission yang diasaskan oleh David Rockefeller dalam tahun 1972-73 bertujuan menyatukan polisi Amerika Syarikat, Eropah dan Jepun secara rahsia.

Ada byk lagi pertubuhan rahsia yg semuanya menjurus ke arah pembentukan New World Order ini cthnya Club Of Rome,Royal Institute of International Affairs, The United Nations dll...

Kesemua pertubuhan elit ini pula mempunyai cabang2 kecil yg menyusup dalam bidang , politik, agama, ekonomi, sosial dan mungkin kita juga terjebak dalam pertubuhan yg kita tidak sedari sama sekali sebagai antara PLAN TATABARU DUNIA atau pun NEW WORLD ORDER.

eden berkata...

aku tertarik dengan pengiraan2 yg ada.Cuba penulis buat ramalan/kiraan bila anwar n gang akan merasmikan/mendaftar PR sebagai sebuah parti yg sah di malaysia.
TQ

Naman berkata...

Kalau cerita freemason atau zionis ni saya teringat Lee Kuan Yew itu pun member Bohemian Grove. Siapa tau prestijnya Bohemian Grove ni dia akan sedar betapa tingginya kedudukan yang diberikan oleh geng mata satu ni pada orang tua tu.

Terpaksalah orang tua tu ikut ritual perhimpunan yang diadakan setiap tahun dengan upacara pelik2. Kononnya wanita asalnya tidak dibenarkan masuk dan sebarang ritual seks yang membabitkan wanita digantikan dengan lelaki.

Dalam tahun 1998, ada seorang isteri kepada tentera Amerika yang mendedahkan majoriti orang2 Amerika yang teringin nak jadi pemimpin tertinggi atau nak naik cepat ke atas dalam tentera, politik ataupun nak berkuasa diwajibkan menjalani ritual tertentu iaitu ritual homoseksual.

Nama wanita tu saya tak ingat. Boleh tengok kat Youtube pun ada. Berani betul dia dedahkan nama2 pemimpin Amerika yg terbabit. Sorang pun tak berani nak saman dia.

IPOH MALAY berkata...

benda ilmiAH.. Kalau diceritakan kat budak ulu otak separuh masak... mula la dia kata khayalan... novel dan sebagainya... sebab tak tercapai dek akal dorang yang cetek tu... sepatutnya kalau tak puas hati pun... cuba la diam dulu... buat kajian lanjut... pastu sua la dalil hangpa kat sini....daripada dok komen memalukan diri kat sini.. komen kosong... cakap serupa budak tarik ganja.. nol.. kosong.. takda fakta..

kalau nak kata pandai pun... sesetengah budak melayu ni bukan pandai tara mana.. belajar tinggi sampai U... sembahyang lima waktu... dok ikut black metal... ikut kepala kambing.... ikut 'anti-christ' padahal 'anti-christ' tu dajjal dalam bahasa inggeris... kesian jugak lah... tapi nak terajang kepala depa pun ada...bila marah depa... depa kata mana ada apa.. ikut muzik je... fatwa pujangga bapak depa...

kadang-kadang.. sesetengah manusia je dibuka mata hati untuk melihat yang mana intan yang mana kaca...

anyway.. terima kasih kerana berkongsi ilmu... walaupun perkara ini telah diketahui... artikel ini memantapkan lagi pengetahuan yang ada..