MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

16 Okt 2008

Anwar kena tempelak di parlimen



Anwar kena tempelak di parlimen


1. Hari ke-2 di Parlimen, Anwar sekali-sekala merujuk teks ucapannya, kadang membaca saja catatannya, kadang-kadang nada Anwar bergetar-getar, terketar-ketar, wajahnya menjadi bengis seperti hendak makan orang, tetapi bahasanya menyindir MP BN supaya bercakap cara sopan & beradab, bukan biadap ( penulis rasa Anwar mengata dirinya sendiri ).

2. Anwar memberi contoh Nabi Allah Yusuf yang dikurniakan 7 tahun subur dengan hasil pertanian kemudian Anwar menyamakan kisah nabi Joseph dalam Bible 7 tahun yang senang dan 7 tahun yang sukar. Adakah Islam serupa dengan Kristian? Anwar memberi Intrepetasi Islam sama saja dengan Bible. Kata Anwar lagi perbelanjaan negara harus merujuk kisah ini. Apabila YB Non Muslim PKR kata semua agama sama saja,..Anwar diam tidak membantah.

3. Anwar menuduh kerajaan masih melaksanakan dasar kontrak untuk keluarga dan kenalan, tidak telus tidak melalui tender. Namun apabila Dr Puad Zarkashi bertanya apa yg dia lakukan semasa menjadi TPM dengan memberi kontrak2 kepada kroninya seperti Syarikat Abrar,MRCP dll Anwar diam tidak menjawab!

4. YB Bintulu persoal siapa Menteri Pendidikan tahun 1980an kerana semasa itu orang Cina sgt susah dapat peruntukan membina sekolah Cina walaupun diminta beberapa kali. Semasa jadi Menteri Kewangan juga sgt susah memohon projek untuk pembangunan di Sarawak, tetapi hari ini menjadi Ketua Pembangkang Kerajaan semuanya salah belaka. Anwar terduduk diam menundukkan mukanya apabila MP Bintulu membalas hujah-hujah Anwar.

5. Kemudian MP Bintulu menempelak lagi Anwar kerana Anwar hari ini mengambil contoh konon perbelanjaan mengurus Taiwan lebih rendah berbanding Malaysia,MP Bintulu bertanya kenapa dulu sewaktu menjadi Menteri Pelajaran, Anwar tidak iktiraf pun lulusan Taiwan, tapi hari ini Anwar suruh pula contohi Taiwan/China konon sgt canggih.

Wajah Anwar kemerah-merahan!

6. Anwar menghujah konon Malaysia ini negara bertamadun dan ISA perlu dihapuskan tetapi,apabila Dr Puad Zarkashi mengingatkan satu forum mengenai ISA yg dihadiri oleh Ustaz Hadi Awang, ketika itu Anwar menyatakan ISA mesti dipertahankan kerana ISA penting untuk keselamatan negara. Anwar membela Teresa yg ditahan 7 8 hari di Kamunting, tetapi tidak membela Datuk Ibrahim Ali yg ditahan ISA dahulu, malah Anwar menentang penghapusan ISA.

7. Penulis dapati Anwar memang tidak boleh berhujah dengan konkrit,bahasa Anwar penuh dengan bunga2. Anwar bijak bercakap pasal rasuah, ketirisan, kronisma, salahguna kuasa, suruhanjaya itu suruhanjaya ini...malangnya Anwar tidak menghuraikan intipati semua itu.Yang Anwar huraikan ialah kerajaan rasuah, kerajaan tiris,kerajaan kroni, kerajaan salahguna kuasa...Anwar tak huraikan siapa dia? Bila? Dimana? Berapa jumlah?Siapa penerima siapa pemberi? Anwar hanya cakap Menteri pemberi kroni keluarga penerima!( Anwar seolah-olah bercakap pasal dirinya sendiri semasa menjadi TPM merangkap Menteri Kewangan suatu ketika dahulu ).

Sebab itulah penulis tidak hairan kenapa sebelah petangnya dewan hampir tak cukup korum, bisik punya bisik rupanya MP PR pun bosan dengan celoteh Anwar? Siapa MP PR itu adalah Rahsia penulis! YB Zulkifli pun tiada di tempat duduknya sejak sebelum Ramadan lagi.

sumber - Jentayubaka


9 ulasan:

USD berkata...

Aku cuma mampu ketawa hahahahahahahahahahahhahahahahahahahahhaha!!!!!

wokyoh berkata...

saya pun nak tumpang gelak bersama.
ha ha ha ha he he he he..kah kah kah.

orang sastera memang pandai mengammbarkan bunga....indah warnanya...harum semerbak baunya...segar jiwa raga...idaman kumbang serata...lambang kasih teruna.....bla bla bla...

mana ada orang macam anwar puja bungi tahi ayam,bunga lalang atau bunga plastik???

auta je anwar ni....

rizal berkata...

wakahkahakakhhhhhhh...kelakar la lu anwar mcm badut sarkas

IPOH MALAY berkata...

yang galak menyokong anwar pun semua golongan yang modah dialalikan akademi fantasia je..

kesian... oh kesian...

NORA berkata...

Salam...

Ya, jika kita baca beberapa komen yang ditulis oleh penyokong taksub Anwar, ada yang megatakan mereka suka memaki hamun dan biadap kerana vocab bahasa Melayu dan bahasa Inggeris yang baik telah dimonopoli dek orang-orang BN. Hmm, lihatlah bagaimana mentaliti mereka yang mengakui bahawa mereka memang kurang sopan.

Tahniah kepada MP2 BN kerana telah memulang paku buah keras kepada Anwar. Benar bahawa jika kita suka buka aib orang, Allah juga tidak akan tutup aib kita. Dari elok2 orang tak tahu, jadi semua tahu. Kuasa Allah itu melangkaui segala-galanya.

wallahu'alam

Kutu Pintar berkata...

waduhhh..itulah anuwar..pada dengar mainan anuwar..baik main kutupintar..murah, selamat & lumayan..Utk bacaan & rujukan kutupintartrg.blogspot.com

zek berkata...

Salam

agaknya memang dato seri sengaja 'dimenangkan' di permatang pauh agar mereka boleh debate face to face. sebelum ni dato seri selalu bagi alasan bahawa beliau difitnah dan sekarang beliau ada untuk menjawab fitnah-fitnah itu. Nah sekarang buktikan samada fitnah atau kebenaran. kalau boleh rakyat tidak mahu lagi alasan KONSPIRASI atau teori Einstein, teori Fibonaci atau juga teori String... nanti org kampung tanya 'apa tuh?' mula2 mmg org excited tapi lama2 org akan tahu juga maksud sebenar dan terasa diperbodohkan.
"pengetahuan adalah RAJA , tapi pengetahuan yg digunakan adalah RAJA yg berKUASA" ---> dipetik dari sebuah artikel.

Truth prevails berkata...

I'm not surprised...after all he just an orator!!Now..'tit for tat' la dato' seri!!

I think in the case of Permatang Pauh,Dato Seri telah "TERmenang due to the political tsunami in the Govt when some people determined not to vote for the BN,which gave gr8 opportunity for DSAI to win.Still, we respect the democracy...but again,these days he claims '@THE CHAMP' for Msian welfare and survival!!If anyone remember,in 1997 this is the guy who was calling for creative destruction that would cause pple losing jobs...I don't think he even consider that..

..obviously his craziness and desperado to become the champ(PM)lately has something to do with his mannerism going down the hill!!!

....pathetic DSAI!!

Tanpa Nama berkata...

tokwan ada gambar pak lah berserban, mari tengok di blog tok http://tokwan.wordpress.com..


tokwan nak ketawa juga boleh ? cuma nak betulkan kain jap.

takut ada 'terjulur' keluar.

ok satu dua tiga...


hahahahihihihihuhuhuhuhuhu


aduhhhh...penat juga yer.

jumpa lagi..nak balik dulu