Masuk kali ini sudah dua belas kali Mak Cik Musalmah Lebar memasang lagu Ikhlas Dariku nyanyian Ustaz Akil Hayy. Mula-mula saya rasa macam Mak Cik Musalmah mahu torture saya. Maka pagi tadi, dengan sopan santun ala-ala jiran yang baik; saya bertanya, "Suka lagu ni ke?"
Mak Cik Musalmah Lebar yang kebetulan sedang bersiap untuk ke pasar (bagi menyiapkan 'karibab' untuk jualan di bazaar Ramadhan) tersengih, kemudian membalas: 'Suka sangat, kalau akak boleh tuju lagu ni, nak sangat tuju lagu ni kepada...'
Saya berkerut.
Aku bukan seperti engkau sangkakan
pura-pura di dalam berjuang
aku tak pandai menyulam rahsia
juga tak pandai bermadah pujangga
Jika ada benci dihati
oh katakanlah padaku
relaku terima walau kutukan
asalkan aqidah terjaga
Kerana tidak sanggup lagi
mempermainkan dustur Ilahi
hakikat hati tak terluka
walau zahirnya ada yang ketawa
Tuhan...mohon keampunan
ketelanjuran yang berulang kali
teman...kita patrikan disini
berakhir sebuah lamunan duniawi
terima syukur taufik Ilahi
'Kepada siapa? Pakatan Siplis?'
Dia ketawa. 'Bunyi macam Pakatan Iblis.' Mak Cik Musalmah Lebar menjegil mata.
Pakatan Siplis ialah gelaran yang diberi oleh umat Islam Indonesia kepada Pakatan Sekularis, Pluralis dan Liberalis. Pakatan ini mendapat kekuatan baharu sejak Mac lalu. Bahkan Pakatan Islam pun jadi bersepah dan saling berlaga-laga kerana kepintaran dan kegatalan siplisnya mereka. Sampai tergaru-garu.
Mak Cik Musalmah Lebar menyarung selipar. 'Zal, kau hayati lirik lagu tu. Sangat sesuai untuk orang yang tak tahu malu mengambil hak orang dari jalan belakang.'
Saya sengaja menambah provokasi. 'Maksudnya?'
Mak Cik Musalmah Lebar hela nafas ala-ala Kak Pidah, 'Zal, buat saja kerja yang sedia ada. Tunjukkan kemampuan dengan benda dah ada, yang sibuk nak lorat ambil orang punya kenapa?'
'Tapi dia kata, dia layak dan mampu buat kerja.'
'Perasan.' Balas Mak Cik Musalmah Lebar. 'Aku dah liwat ni. Bye.'
Saya masuk ke dalam rumah, memikir kata-kata ustaz Aziz selepas moreh di surau kami kelmarin, 'Puak-puak Siplis merasakan apa saja boleh...alasannya kadang la iqrah fi deen.'
Dan saya menambah, '...dan lupakan qad tabayyana al rusyd min al ghayy.'
(Memang tiada paksaan dalam agama, kerana kebenaran dan kesesatan itu telah pun nyata!)
sumber - Faisal Tehrani
1 ulasan:
apa sebab penyakit tulang belakang???
biasanya .....disebabkan oleh STD(sexual transmitted disease)....antaranya ialah penyakit siphilis dan gonorrhea...maybe HIV juga...
biasanya virus tu dok sembunyi dalam tulang belakang...spine atau vertebra...tulang yang paling kerap dijangkiti ialah tulang lumbo-sacral atau tulang pinggang...
jadi jika ada orang sakit tulang belakang atau pinggang...fikir-fikirkanlah sebabnya pula....apa tabiatnya...
Catat Ulasan