MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

19 Sep 2008

Taktik Peperangan Anwar Ibrahim


Taktik Peperangan Anwar Ibrahim


0leh AhmadHadeed, Al Muslimin

Nota : AhmadHadeed - Al Muslimin is an Islamic NGO which takes care the affair of Malay Muslim and ALL Muslim in general.We are one ummah and as practicing Muslims we have to take care the affair of the Ummah. As just a portal to news , the news published here is in no way reflect the stand of Al Muslimin

Satu kehebatan Anwar ialah kemahiran menakutkan lawan nya dengan menggunakan taktik ' gempak'. Gempak ialah bahasa Kedah dan bahasa Terengganunya ialah " 'Repok'. Bahasa indonesianya ialah 'gertak sambal'. Gertak sambal ialah memukul lesung untuk menakutkan lawan. Walau pun orang yang di 'gempak' tidak takut namun orang yang mendengar 'gempak' akan merasa risau. Orang Melayu memang cepat risau. Kalau susah sikit dah risau. Maka orang yang risau akan mengambil jalan ringkas untuk menhilangkan kerisauan iaitu berpadu dengan pihak yang di rasa kuat dan menguntungkan.

Bila musuh kena 'gempak' maka musuh akan 'gabra'. Bila musuh 'gabra' maka musuh akan membuat perkara yang kelam kabut dan akhirnya dari kelam kabut inilah timbul keretakan . Anwar banyak menggunakan teknik ' power of perception' untuk menghitamkan image Najib dan juga Dollah. Atantuya di gunakan untuk menghancurkan Najib dan Tape Lingam di gunakan untuk menghancurkan Mahathir. Kapal karam di guna untuk melemahkan BN dan Kaki Tidur di guna kepada Pak Lah.

Anwar adalah the master of perception dengan menggunakan taktik 'riding the giant 'atau menunggang raksasa. Dua raksasa yang di tunggang oleh PKR ialah PAS dan DAP. Pas menjadi kaki kanan dan DAP menjadi kaki kiri dan kepala nya ialah Anwar. Dari segi fizikal kepala adalah kecil namun walau kecil kepala dapat mengkoordinasi kaki kiri dan kaki kanan raksasa untuk meredah periuk api dan gunung ganang.

Perbuatan Anwar 'shopping' MP Sabah dan Sarawak untuk mencapai cita citanya membina Malaysia baru tidak beretika dan semua dunia menggangapnya tidak beretika. Biasa nya 'merging' dan 'parting' hanya berlaku dalam tempoh yang di izinkan dan di terima ramai tetapi Anwar telah menghalalkan usaha tidak beretika ini demi untuk membina Malaysia baru.

Malaysia baru yang Anwar mahu bina bukan format Malaysia yang mendapat kemerdekaan pada 31 ogos 57 tetapi Malaysia baru format baru berlandaskan 16 sept apabila Serawak dan Sabah masuk Malaysia . Mungkin besar Anwar akan menukar sambutan hari merdeka pada 16 sept untuk memadamkan sejarah kemerdekaan yang di dirikan pada 31 ogos yang lebih menguntungkan orang Melayu.

Jelas niat Anwar ialah merombak pelembagaan Malaysia sekarang kepada semangat kemerdekaan yang lebih pluralism dan lebih sekular semasa Sabah dan Serawak masuk Malaysia . Tarikh 31 ogos tarikh Tanah melayu merdeka dari penjajah pada Anwar tidak melambangkan kemerdekaan sebenar kerana Anwar mahu konsep keadilan yang sama rata sama rasa buka pro Melayu sekarang. Bagi Anwar Kemerdekaan baru bukan nya merdeka dari British tetapi merdeka dari cengkaman pemerintahan pro melayu.

Kebangkitan perjuangan Anwar berlandaskan dendam politik dengan memperalatkan situasi politik orang bukan Islam yang benci kepada pemerintah pro Melayu .
Orang bukan islam memang sudah begitu benci kepada pemerintah Malaysia yang di anggap meng anak tiri orang bukan Bumiputera dan mereka sudah sangat merindui satu ' pemberontakan politik' menentang regime pro melayu namun risiko terlalu tinggi. Kebangkitan komunis sudah gagal maka kebangkitan sekarang adalah 'second revolution 'kaum bukan Islam menentang regime pro melayu atau pro bumiputera.

Mujurlah mereka mendapat Anwar yang turun dari penjara untuk menyelamatkan mereka dari terus menjadi ' rakyat kelas kedua' dan kebetulan Anwar mempunyai dendam politik peribadi terhadap BN yang telah mempenjarakannya. Maka bertemulah air pasang dan air dari hulu mengalir dan apa yang akan berlaku hanya Allah yang tahu.

Kita sebagai ummat Islam berdoa kepada Allah di bulan Ramadan ini agar Allah jauhkan dari kita dari bala umum yang akan menimpa bukan saja kepada orang politik tetapi kepada ummat Islam seluruhnya. Kita telah melihat bagaimana Iraq yang begitu sensasi mahu menguling Sadam telah di gunakan oleh orang tertentu untuk berkuasa dengan campurtangan kuasa hostile maka apabila system collapse yang tinggalnya ialah failed state of iraq.

Kita melihat Umat Islam di Filifina menjadi political minority kerana silap pecaturan kuasa. Kita melihat turki yang kuat hancur di tangan kamal attartuk . Kita juga lihat Singapura yang dulunya Temasik sekarang menjadi milik orang kafir.

Ya Allah jauhilah kami dari bala sebegini.

sumber - al Muslimim

Artikel berkaitan

1. Anwar dengan politik casanova

2. Anwar tak layak jadi ahli politik Malaysia

3. Estada kawan rapat Anwar gesa perang besar ke atas MILF

4. Anwar Ibrahim: Dari pejuang Islam ke pejuang sekular

5. AL-MUSLIMIN: Analisa Politik Ummah Semakin Menarik




1 ulasan:

wokyoh berkata...

suruh bersumpah ngan saiful
tak nak...
sumpah MP cepat je..
sekarang si saiful sihat dan masih tak kena laknat lagi rasanya...
tapi sinuar ni...semakin hari semakin merapu dan meracau nampaknya...
tahukah anda apakah laknat yang paling berat atas dunia ni selain dari mati???...maka laknat itu ialah sakit....sakit apa yang paling susah nak diubat???....sakit jiwa....sakit yang satu ni....akan dibenci dan dibuang oleh masyarakat,terlepas hukum feqah,tiada dosa pahala...tak sembahyang pun tak apa...sehingga akal kembali waras....

dia ingat dia tak akan kena bala bila tak bersumpah...tapi bagaimana dengan sumpah saiful....sesungguhnya Allah maha adil lagi maha mengetahui...

ingatlah...pangkat,kuasa ,dunia dan segala isinya akan memburu orang yang cintakan akhirat dan tidak terpengaruh kepada dunia yang sementara ini...manakala orang yang cintakan dunia,pangkat dan kuasa akan lari dari mereka...semakin dikejar..semakin jauh ia meninggalkan kita...

semoga anwar bertaubat nasuha dan kembali semula kejalan yang benar...sementara pintu taubat dan rahmat masih terbuka..amin.