MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

20 Sep 2008

Permainan Anwar dan Amerika ke atas ekonomi Malaysia ?



Permainan Anwar dan Amerika ke atas ekonomi Malaysia ?

Assalamualikum,

Seperti yang saudara maklum ekonomi Amerika sekarang menuju kemelesetan. Tanda - tanda menunjukkan keadaan semakin akan jadi teruk. Mungkin ke tahap apa yang berlaku di negara Malaysia pada tahun 1998.

1. Kerajaan Amerika telah " bail out " syarikat insuran terbesar didunia iaitu AIG. Anak syarikat AIG di Malaysia ialah AIA. Dana ini berjumlah 85 billion US Dollar dan ini adalah wang rakyat. ( Dana disalurkan melalui Federal Reserve ). Dulu Amerika dan Anwar menentang tindakan kerajaan Malaysia daripada menyuntik dana kedalam syarikat - syarikat besar dan institusi perbankan yang menhadapi masalah gawat dulu.

2. Hari ini ( The Star ), Securities Exchange Commision (SEC) telah melarang institusi kewangan di Amerika dari melakukan urusniaga " short selling ". Dulu kerajaan Malaysia telah melarang urusan " short selling " di pasaran saham dan mereka menentang keputusan yang dibuat.

Genap 10 tahun terbuktillah kebenaran yang dilakukan Tun Mahathir dan kerajaan Malaysia.

Praise be to Allah

akamal1113

-------------------------------------------------------


AIDC menjawab :

Walaikumusalam..

Terima kasih akamal1113 kerana sudi berkongsi maklumat mengenai proses urusniaga Amerika dan kesannya ke atas Malaysia.

Satu pendedahan yang menarik dan mungkin boleh dikembangkan lagi hujah-hujahnya supaya lebih ramai yang memahami.

Soal hubungan Anwar dengan Amerika dan berkaitan dengan ekonomi memang meragukan. Banyak perkara yang dilakukan Anwar lebih kepada menguntungkan diri sendiri dan bukannya menguntungkan rakyat Malaysia.

Dua jawatan yang berkaitan ekonomi yang telah disandang oleh Anwar adalah Konsultan di Bank Dunia dan AJK di International Crisis Group (ICG).

Persoalan pelantikan Anwar di Bank Dunia

Misalnya soal Anwar memuji pelantikan Paul Wolfowitz sebagai Presiden Bank Dunia dalam Bloomberg News, 24 Mac 2005 dalam artikel bertajuk 'Passionate' Wolfowitz Backed by Anwar for World Bank".

Kata Anwar, "Beliau (Wolfowitz) seorang yang sepenuh hati percaya dengan kebebasan dan memahami isu kemiskinan, kemusnahan alam sekitar, keadaan taraf hidup dan isu kesihatan (dan semua itu) menjadi agenda utama Bank Dunia.” Bacaan lanjut klik di sini

Persoalan orang disokong oleh Anwar itu adalah Yahudi Neo-Konservatif 'arkitek perang' ke atas Iraq.

Sebagai balasan kepada pujian dan kempen Anwar sebelum ini, Wolfowitz telah melantik bekas TPM itu sebagai "Perunding Bank Dunia untuk isu-isu antirasuah dan kebertanggungjawaban", pada Jan 2006. Bacaan lanjut klik artikel 1 dan artikel 2.

Penyelewengan, bail out, kronisme dan nepotisme

Persoalan atas dasar apa Wolfowit lantik Anwar menjadi "Perunding Bank Dunia", bukankah di atas dasar kronisme dan nepotisme ?

Wolfowitz sendiri semasa memperkenalkan Anwar kepada staff Bank Dunia pada 19 Jun 2006 mengakui Anwar adalah kawan rapatnya dan pernah bekerja di Bank Dunia pada tahun 1998.

Katanya, "Today I am especially pleased and honored to welcome as our speaker a colleague, a close associate to the World Bank and the development community, and a personal friend, Dr. Anwar Ibrahim...He’s also well-known to us at the World Bank and the IMF because of the instrumental role that he played as Chairman of the Development Community in 1998. He’s been described as one of the forefathers of the Asian renaissance for his passionate commitment to interfaith dialogue and his respect for human dignity.

Anwar juga turut mengakui Wolfowitz adalah kawan baiknya, walaupun beliau mengakui persahabatannya dengan Wolfowitz menimbulkan kecurigai banyak pihak tetapi tidak menjadi masalah kepadanya.

Kata Anwar, "It is very rare that I can get such accolades from a good friend and president of the World Bank, a controversial friend; difficult at times, but a very valued friend through my difficult days"

Baca ucapan bersama antara Paul Wolfowitz dan Anwar di Bank Dunia pada 19 Jun 2006, klik di sini.

Persoalannya apa agenda Wolfowitz melantik Anwar sebagai "Perunding Bank Dunia untuk antirasuah dan kebertanggungjawaban", sedangkan sebelum ini bekas TPM Malaysia itu pernah dipenjarakan kerana rasuah salah guna kuasa ?

Apa kurangnya dengan majikan Anwar, Paul Wolfowotiz juga telah didapati bersalah menyalahgunakan kedudukannya untuk 'bail out' teman wanitanya, Shaha Ali Riza semasa menjadi Presiden Bank Dunia.

Panel khas lembaga pengarah Bank Dunia telah membuat kesimpulan bahawa Wolfowitz melanggar peraturan dan melakukan perbuatan konflik kepentingan,dengan menyalahgunakan kuasa menaikkan gaji Shaha Riza sebanyak 36 peratus iaitu daripada AS$132,660 kepada AS$180,000 setahun dengan jaminan kenaikan sebanyak lapan peratus.

Apakah ini bukan kroni dan nepotisme ? Bukankah kes penyalahgunaan kuasa itu menyebabkan Paul Wolfowitz terpecat daripada jawatan Presiden Bank Dunia?

Kenapa pula Anwar yang dilantik Wolfowitz sebagai Perunding Anti-Rasuah di Bank Dunia tidak menegur penyelewengan majikannya itu ?

Bukankah Anwar juga turut bersetuju dengan penyalahgunakan kuasa itu dengan menghantar surat perpindahan Shaha Riza ke Foundation For The Future (FFF) yang dipengerusikannya.

Sifat Anwar suka berbohong, berbohong kepada rakyat Malaysia mengatakan FFF tiada kaitan dengan Amerika. Berbohong lagi mengatakan beliau tidak terlibat dengan perpindahan Shaha Riza. Tetapi apabila Jawatankuasa etika menerbitkan dokumen hasil siasatan, sepucuk surat yang ditandatangani Anwar telah dijadikan bukti penglibatan Anwar dalam konspirasi menyelamatkan majikannya (Wolfotiz) itu.

Surat yang ditandatangani Anwar sebagai penggerusi FFF, menggunakan logo NGO itu dengan alamat di Washington DC. Klik di sini untuk melihat surat Anwar itu.

Apabila pembohongan Anwar ini terbongkar, beliau telah meletak jawatan sebagai Pengerusi dan Presiden NGO itu.

Bacaan lanjut klik di sini

Apa peranan Anwar di ICG ?

Satu lagi jawatan penting yang masih dipegang hingga sekarang adalah sebagai ahli jawatankuasa International Crisis Group (ICG).

Bukankah ICG dibiayai oleh George Soros yang turut menjadi Ahli Lembaga Pengarah ICG ?

Bukankah penglibatan Anwar dengan ICG, bermakna beliau telah bersekongkol dengan Yahudi Amerika, George Soros yang pernah dituduh penyangak matawang yang telah melemahkan ekonomi Malaysia pada tahun 1997?. Bacaan lanjut klik di sini

Masih menjadi misteri apakah peranan Anwar dalam ICG, dan kerana misteri ini belum terbongkar, maka Anwar masih mengekalkan peranannya dalam NGO itu hingga sekarang.

Saya tidak berhajat untuk mengupas lanjut peranan Anwar dalam ICG untuk kali ini, Insya Allah jika tiada halangan akan ditulis tajuk khusus mengenai topik ini.

Amat menarik topik ini, banyak rahsia yang belum dibongkar.

Kepada 'akamal1113' terima kasih kerana memulakan dan kepada sesiapa yang berminat dengan topik ini elok dimulakan pencarian kerana saya telah berikan beberapa link yang berkaitan.


AIDC
20 September
6.22 pagi
aidceditor@yahoo.com
http://aidc-editor.blogspot.com/


artikel berkaitan

1. Anwar telah khianat Islam ?



3 ulasan:

wokyoh berkata...

Paklah ooo...paklah...
letih aku dengan kerenahmu....
dah tau nuar tu ancaman kepada negara...kenapa dok biar lagi???
nak tunggu dan lihat lagi kah wahai menteri pertahananku yang lembek dan...entah apa-apa lagi lah....

paklah ooooiii...paklah...
dah kata penahanan ISA tanpa bicara...kenapa tangkap teresa kok dengan ISA dan lepaskan pula bila orang tekan sikit...kata hari tu nak tahan 28 hari...najib pula kata...melepaskan teresa tu bukan kerja dia..kerja polis...kalau macam tu..macam kes jenayah la pula...
kalau dengar press statement teresa semalam...pak alah dan najibun tak rasa apa-apa ke??? ...dia kata makanan kat dalam tahanan tu sama level dengan makanan anjing...bagi telur 2 butir pagi dan 2 butir malam...anjing makan telur ke???
atau ada orang sengaja suka-suka bagi teresa 2 biji telur sebab dia tahu teresa tak pernah makan telur lagi!!!...bagi satu biji..tak stabil...bagi 3 biji...ganjil...

lepas tu dia siap nak saman kerajaan lagi...siapa yang untung??? sangkara nair yang untung sebab akan jadi lawyer kes ni lagi...disamping jadi MP..boleh buat side income jugak..kes nuar lagi...

lepas ni kalau semua MP ada firma guaman sendiri...cepat kaya... masalah rakyat tak penting sangat untuk bincang kat parlimen...sebab terpaksa tumpukan kepada kes-kes sendiri yang punyai imbuhan lumayan..jadi sidang parlimen bolehlah ponteng-ponteng sebab ada kes kat mahkamah...

tu sebab kerajaan makin lemah sekarang...banyak sangat MP yang terlibat dalam kes saman menyaman ni...hal rakyat letak tepi..yang penting ialah untuk memboroikan perut masing-masing....

banyak banyak menteri...menteri pertahanan lah yang paling relaxs...tu sebab paklah pilih... menteri ni tak payah menyerang....hanya bertahan je...nak tidur pun boleh sebab lama-lama bertahan...ngantuk juga,jadi apa salahnya tidur..

nak letak jawatan PM...isteri tak puas jalan-jalan luar negara lagi..banyak lagi tempat tak pergi...anak-anak menantu pun tak kaya sangat lagi..nak buat macammana...rakyat tak puas hati tak apa jangan isteri dan anak-anak tak puashati.....kalau orang desak sikit suruh turun...jawab senang je...
"saya banyak lagi tugas yang nak diselesaikan...bla bla bla....batuk batuk sikit...bla bla bla...batuk batuk kecil sikit"

BikiniGirl berkata...

Dr. Mujahid Yusoff Rawa kata:
“Pakatan tidak akan menggunakan cara yang tidak mengikut perlembagaan dan tidak demokratik tetapi akan terus menggunakan cara yang diperuntukan dalam perlembagaan untuk memastikan peralihan kuasa secara lancar.”

Demokratik kah PR jika cuba menindakkan kehendak rakyat terbanyak yang telah memilih BN sebagai pemerintah kerajaan Malaysia yang sah?? Demokratik kah jika cuba melakukan rampasan kuasa dari kerajaan yang sah yang telah dipilih oleh rakyat melalui pilihanraya yang bebas???

pre-love and such berkata...

Ramli Sarip - Pak Kadok Si Pandir

Bersamalah kita teruskan perjalanan
Dengan rasa tabah dan penuh kesabaran
Ketekunan, kecekalan

Biar apa yang menentang perjalanan
Wajarlah kita pastikan pencapaian
Dan tujuan, kejayaan

Peduli segala cemuhan
Yang menghambat kejayaan
Harus kesampingkan

Tak guna kita sorakkan kejayaan
Kalau hanyalah sekadar di pinggiran
Percumalah, perjuangan

Kita kan tak ingin kecundang
Biar pun jiwa mu taruhan
Pastikan kesampaian

Mahukah kita kini ulangi lagi
Kisah pak kadok yang kehilangan
Tanah tergadai dek kebodohannya

Atau mampukah kita menjadi
Si pandir yang cuma berangan-angan
Dan di persia, di persia

La... la... la... pa... pa...
La... la... pa... pa... lah papa