MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

20 Sep 2008

Amerika perguna Anwar


Amerika perguna Anwar

Oleh ZULKIFLI JALIL

PUTRAJAYA 19 Sept. – Wisma Putra memperoleh maklumat bahawa ada pihak tertentu dari Amerika Syarikat (AS) mempergunakan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk memperkotak-katikkan dan menghuru-harakan Malaysia.

Menteri Luar, Datuk Seri Dr. Rais Yatim berkata, pihaknya dimaklumkan ada rancangan daripada pihak tertentu di AS untuk memastikan Anwar menjadi pemimpin hadapan bagi memudahkan kepentingan negara itu ‘masuk’ ke Malaysia.

Dalam satu strategi penjelasan untuk menangkis tohmahan pihak asing yang menyokong Anwar, Rais berkata, Wisma Putra akan menganjurkan satu seminar yang disertai duta-duta Malaysia yang bertugas di AS, Eropah dan Amerika Selatan di Washington pada 23 September ini.

“Apa sebabnya pihak tertentu di AS begitu taksub nak masuk ke negara ini, bukan kerana sayangkan Anwar, tetapi hendak melihat Malaysia gagal dalam banyak hal.

“Mereka (AS) tak sentuh Thailand, (politik) negara itu lagi teruk (berbanding Malaysia), tapi mereka lebih cenderung kepada Anwar supaya menjadi orang suruhan ketuanya (AS). Dari sudut itu, kita (duta-duta Malaysia) kena tangkis,” kata beliau kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Rais akan berlepas ke New York esok untuk mengiringi Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang akan berada di sana dari 27 September hingga 1 Oktober untuk menghadiri Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA).

Rais berkata, seminar yang akan dipengerusinya itu nanti akan menyediakan duta-duta berkenaan fakta lengkap mengenai sistem perundangan dan kedudukan ekonomi Malaysia termasuk penjelasan tentang Bajet 2009.

“Pihak tertentu di AS ‘kenakan’ kita dan kita harus berkebolehan mengetahui fakta-fakta terbaru tentang perundangan, ekonomi serta soal-soal politik tanah air,” ujar beliau.

Rais menambah: “Fakta-fakta itu kita sediakan kerana kita tidak mahu duta-duta Malaysia membuat penjelasan melulu.”

Beliau juga berkata, keyakinan tinggi Anwar menguar-uarkan pembentukan ‘kerajaan baru’ sejak beberapa bulan lalu mencetuskan keraguan di kalangan banyak pihak tentang siapa di belakang Ahli Parlimen Permatang Pauh itu.

Walaupun akhirnya terbukti apa yang dirancang tidak menjadi kenyataan pada 16 September lalu, namun Anwar masih terus mencanangkan impiannya itu dengan menuntut satu sidang khas Parlimen diadakan pada 23 September ini.

Alasan yang diberikan oleh Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) untuk meminta sidang khas itu diadakan adalah bagi membolehkan usul undi tidak percaya dikemukakan terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Bagaimanapun Abdullah tidak melayan permintaan itu.

sumber - Utusan Malaysia




1 ulasan:

Atui Dtabasan berkata...

AS sentiasa mempunyai pakar-pakar perisik dan pengintip disegenap pelusuk dunia. Pakistan sekelip mata jatuh 'ngam' masa AS hendak serang Afgan. Blok komunis tiba-tiba runtuh. Sadam kantoi dan bermacam lagi seperti yang selalu penulis mereka fiksyenkan. bahkan Osama bin Laden juga bekas agen mereka(mungkin masih)yang sehingga sekarang tidak ditemui atau sengaja tidak ingin ditemui mereka. Mengapa tidak terlintas bahawa di Malaysia juga mereka pasang geng??. Masa aman dan harmoni kita tiba-tiba tergugat!! Apa agaknya hubungan baik nuar ngan AS bermati-matian ingin merampas kuasa.
Memang nuar punya karisma punya kuasa memukau melalui retorik bersemangatnya bahkan lebih hebat daripada Pak Sukarno yang pernah ana alami. Mungkin hampir menyamai kuasa retorik Hitler si misai kontot. Kena ingat si misai kontot naik ke puncak kuasa kerana retoriknya dan tidak lebih daripada itu.