Saya sengaja mengusik Belinda Munira, anak bongsu Mak Cik Musalmah Lebar yang baru berumur 6 tahun.
"Puasa ke tak?"
Dia mengangguk.
"Ye ke? Nampak macam makan tadi?"
Belinda Munira jegil mata, "Mana ada."
"Bukan makan ais krim ke pagi tadi?"
"Tak ada. Lin puasalah. Mama cakap kalau puasa tak boleh cakap bohong. Kucing anjing pun tak cakap bohong."
Saya ketawa.
"Sumpah tak bohong."
Saya lagi ketawa.
Mak Cik Musalmah Lebar menjenguk dari pintu rumahnya, agak-agak mendengar suara saya yang tertawa.
"Hah, Belinda kata dia tak bohong. Dia kata dia puasa." Saya sengaja mengusik Mak Cik Musalmah Lebar.
"Betul Zal. Budak-budak pun tak bohong."
Saya tersengih. "Eh-eh macam nak kata ada orang besar pulak yang bohong?"
Mak Cik Musalmah Lebar menyeluruhi saya, "Parti aku berpecah, parti engkau berpecah kerana dia. Akhirnya musuh Islam bertambah kuat. Dapat apa? Mana ada dapat apa?"
Saya diam tanda bersetuju, masuk ke dalam rumah dan mesej teman saya masuk berbunyi begini:
'Kejayaan berpihak kepada ***** pada 2:45 pm dengan loncatan 30 kerusi plastik dan sebuah kabinet besi beliau mengangkat sumpah jawatan Perdana Menteri di hadapan gambar YDP Agong di rumahnya. Turut hadir pemimpin tertinggi partinya, serpihan PAS Liberal dan sekumpulan peguam.'
Di luar Belinda Munira menjerit, "Kita puasalah. Tak bohong. Orang puasa tak boleh bohong!"
sumber - Faisal Tehrani
1 ulasan:
Jadilah Kerajaan Bunian.
Anuwar 'Raja'
Azizah 'Permaisuri'
Azmin 'Perdana Menteri'
Izzah 'Puteri Bunian'
Hulubalang 'Tian Chua''Sivarasa rasiah' 'Saifudin Nasution'
Dayang-dayang 'Fuziah Salleh' 'Elizabeth Wong' 'Zuraida Kassim'
Catat Ulasan