MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

15 Sep 2008

PENGIKUT ANWAR LEBIH TAKSUB DARIPADA PENGIKUT ASHAARI


PENGIKUT ANWAR LEBIH TAKSUB DARIPADA PENGIKUT ASHAARI

Ahmad Lutfi Othman

Nota : Rencana ini ditulis oleh Subky Latif, dipetik dari buku "Buku Bertemu Ruas" kelolaan Ahmad Lutfi Othman, Penerbitan Pemuda, 1994. Sekarang beliau Ketua Pengarang Harakah

Satu perkara yang ditonjolkan dalam usaha kerajaan memerangi Arqam dan meruntuhkan personaliti pemimpinnya, Ustaz Ashaari Mohamad ialah soal fanatik dan taksub. Ketaatan dan sokongan pengikut-pengikut Arqam yang agak tinggi itu disifatkan sebagai satu sikap taksub dan taksub itu tidak sesuai langsung dengan Islam.

Saya tidak berhajat untuk menafikan segala tuduhan taksub itu kerana perkara itu boleh diputuskan oleh setiap orang yang mengikuti perkembangan. Jika orang bersetuju yang pengikut Arqam itu taksub, bukanlah kerana mereka telah diyakinkan oleh Pusat Islam dan Majlis Fatwa Kebangsaan, tetapi mereka boleh membuat perbandingan sama ada UMNO bercakap mengenainya atau tidak.

Saya pun bersetuju bahawa taksub itu suatu sikap yang tidak betul. Tetapi kalau amalan taksub itu ada di negara ini, ia bukanlah menjadi sifat dan masalah pengikut Arqam sahaja, malah ia juga adalah masalah dan penyakit yang ada pada UMNO dan badan belia Islam yang memiliki seorang “syeikh”.

Betapa adanya orang yang sanggup mati mempertahankan Dr. Mahathir dan akan berbuat apa saja bagi mempertahankan kedudukan Dr. Mahathir juga satu masalah yang besar dalam UMNO sekarang. Adanya orang yang berpendirian betapa susahnya negara kalau tidak ada Dr. Mahathir, malah maju mundur Malaysia bergantung juga kepada kepimpinan Dr. Mahathir adalah satu bentuk taksub yang menjadi barah UMNO sekarang.

Bukankah itu satu sikap taksub? Dalam semua pilihan raya sekarang gambar Dr. Mahathir mesti dipamerkan. Malah dalam pilihan raya kecil, gambar beliau lebih banyak dari gambar calon. Bukankah ia satu dorongan taksub?

Usaha mendewa-dewakan Dr. Mahathir hingga menamakan beliau Wira Dunia Ketiga dan berbagai-bagai lagi adalah satu perbuatan yang boleh menanamkan sifat taksub dan ia diusahakan oleh orang-orang yang memang taksub dengannya.

Sikitkah bilangan imam-imam dan ustaz-ustaz yang mencium tangan Dr. Mahathir pada hal sikap dan pendirian beliau dalam hal-hal yang membabitkan isu agama diketahui umum. Mereka sendiri tahu. Tapi mengapa mereka mencium tangannya dan memujanya?

Ia adalah disebabkan oleh pendewaan dan taksub kepadanya. Pendewaan dan taksub itu bukan sekadar orang kampung yang tua yang sekolag atap dulu saja. Maka saya terbaca sebuah makalah mengenai simposium kebudayaan Melayu antarabangsa beberapa tahun lalu yang disampaikanoleh seorang yang dianggap cendiakiawan Islam muda di negara ini, berijazah doktor falsafah, menganggap Dr. Mahathir seorang pemimpin Islam yang hebat malah layak jadi khalifah.

Orang tahu kehebatan pimpinan beliau, tetapi untuk melayakkannya sebagai khalifah adalah suatu yang payah untuk disepakatkan. Tidak dinafikan ada orang fanatik terhadapnya akan beranggapan demikian. Tetapi kalau seorang ilmuan Islam bertaraf doktor falsafah pun beranggapan demikian, apakah ahli ilmuan itu bukan seorang yang taksub?

Terlalu banyak lagi contoh-contoh yang boleh diberikan bagi menyokong betapa Dr. Mahathir didewakan dan beliau pun suka orang mendewa-dewakan beliau.

Sementara itu kisah sekitar seorang syeikh yang tak perlu namanya disebutkan adalah juga menyimpan dan merebut orang-orang yang fanatik atau taksub kepadanya. Dia juga dikelilingi oleh orang-orang yang taksub.

Orang-orang yang mengelilingi syeikh ini juga terdiri dari orang hebat-hebat. Orang-orang berpendidikan agama, cendiakiawan Islam, profesor dan orang kaya-raya. Mereka fasih hadis dan firman. Mereka tekun berusrah dan membawa buku-buku karangan ahli fikir Islam dunia. Pendek kata orang yang tidak membaca tidak ramai bersamanya.

Orang-orang ini semua tidak akan menerima pandangan lain yang bertentangan dengan kemahuan syeikhnya. Politik wang itu adalah kotor. Semua orang tahu. Syeikh juga benci akan amalan itu. Malah syeikh ikut menentangnya.

Tetapi apabila syeikh berkata bahawa amalan itu suatu realiti dan tidak dapat dielak untuk mencapai matlamat, maka yang keji itu dibenarkan. Maka pada ketika yang sama syeikh juga main duit. Kenyanglah tembolok setengah orang-orang yang terlalu sayangkan syeikh tadi.

Guru-guru Islam itu tahu bahawa Israel itu musuh. Mereka bersama-sama menentang Anwar Sadat yang mengiktiraf Israel dulu. Tetapi sekarang Israel bertambah kuat.

Rakan-rakan syeikh tidak lagi bersuara menentang Israel. Israel hampir diiktiraf sekarang. Penyokong-penyokong syeikh tentunya masih tidak senang dengan Yahudi. Tetapi kerana syeikh bisu, bisu belaka mereka.

Syeikh belum berhajat untuk menjadi panglima Imam Mahadi dan belum terfikir untuk menjadi Imam mahadi tetapi diyakini kalau syeikh ditakdirkan gila lalu berkata dia khadam Imam Mahadi, nescaya sebilangan dari orang-orang syeikh tadi akan gila macam gila orang-orang lain juga.

Ada sesetengah orang menunggu akan datangnya Imam Mahadi. Tetapi ramai pula orang taksub tadi tidak tidur siang malam menunggu bilakah syeikh nak jadi orang yang paling besar dalam dunia.

Kalau cara menjadi orang besar itu boleh dicapai melalui orang besar yang ada mati dulu, maka mereka mungkin berdoa supaya segeralah orang besar mati. Kalau caranya terpaksa tunggu dan patuh kepada orang yang ada selagi dia ada, maka semuanya tidak menentang segala keburukan yang berlaku bagi memastikan tiada halangan bagi syeikh menggantikan orang besar.

Bukankah ini satu taksub yang berbahaya juga? Cuma orang-orang yang taksub tadi berjaya menyembunyikan taksubnya dalam berbagai-bagai baju. Tetapi jelas mereka tidak sedar yang mereka taksub dan tidak akan mengakui yang sifat taksub sudah membelenggunya.

Mereka merasa senang mengatakan orang lain yang taksub. Dengan membidas orang lain taksub, mereka fikir mereka tidak taksub. Bezanya mereka berduit dan berpelajaran tinggi, berpangkat profesor dan sebagainya, tetapi profesor yang taksub.



2 ulasan:

wokyoh berkata...

ya....
memang saya dan berjuta rakyat negara ini masih taksub dengan tun dr mahathir...tapi rasanya memang patut kami taksub dengannya...kejayaan demi kejayaan membangunkan malaysia ketahap ini membuktikan tun bukan orang biasa yang hanya pandai berkata-kata
...beliau adalah pemikir dan pemimpin yang bijak...seorang negarawan ulung yang tiada bandingannya...

ya..memang nampak pendekatan tun agak sekular...namun tun bukanlah manusia hipokrit yang mengambil kesempatan untuk melacurkan agama yang mulia demi cita-cita politik peribadi semata-mata.

bagi saya soal rasuah syurga dan ganjaran pahala jika memangkah pas adalah satu dosa besar. soal syurga dan pahala bukan urusan kita manusia..maka usahlah berlagak alim dan cuba menyatakan islam itu pas dan pas itu islam....

bagaimana saya mahu menghormati pemimpin pas yang dulu menuduh umno kafir kerana berpakat dengan MCA MIC sedangkan mereka sendiri sekarang ini bersekongkol dengan peliwat dan kafir harbi?

bagaimana saya ingin menghormati seorang tok guru yang mengatakan boleh berkawan dengan syaitan kerana saya tahu syaitan itu musuh kita yang paling nyata...

bagaimana saya mahu menghormati mereka sedangkan mereka mengharamkan hadhari tetapi meluluskan projek untuk babi???malah mereka berusaha menghapuskan tulisan jawi dan menghapuskan azan pula.

bagaimana saya masih percaya yang suara wanita adalah aurat dan haram untuk pertandingan musabaqah al qur an sedangkan betapa ramai wanita pas atau keadilan kini melalak atas pentas ceramah politik dan menjadi pemimpin pula sedangkan diterima baik oleh tok-tok guru pas dan hadi sendiri beri tugas ketua pembangkang kepada azizah di parlimen pula...

bagaimana saya harus berdiam diri sekiranya nyata hindraf,bar council,amerika,yahudi-zionis semakin lantang menekan kita...

bagaimana mungkin saya boleh mendiamkan diri bila agama,social contract,ketuanan melayu,DEB dan hak keistimewaan melayu dicabar?????

..................................

tun seorang pemimpin yang ada prinsip perjuangan...siapa kata tun tak sayangkan umno kerana keluar umno dulu??? dalam sejarah...adakah pernah tun melompat ke parti lain???

tun sebagai manusia biasa pasti ada tersilap langkah sekali dua...namun adakah dengan sedikit kesilapan itu boleh melenyapkan segala jasa dan pengorbanan tun selama ini untuk negara tercinta ???

bila sirih pulang kegagang,
bila bunga pulang ketangkainya...
bila Allah menggerakkannya...nescaya tidak ada daya upaya selain Allah untuk menghalangnya...

bila ilmu agama dituntut dijalanan...
bila berguru tiada baiah...tiada musyafahah...bila tariqat terputus sanadnya..
bila ilmu tidak diamalkan...umpama pohon tidak berbuah...

manakan sama orang yang merasai manisnya buah dengan orang yang hanya petah berbicara pasal buah dan keenakan buah sedangkan dia sendiri belum pernah merasai lazat dan manisnya buah...
itulah batas yang membezakan yang hak dan yang bathil...kesedaran inilah dinamakan kamalul yakin yang makamnya lebih tinggi dari ainul yakin dan haqqul yakin yang selalu diwar-warkan oleh S.H ALATTAS....penulis pembodek yang dulu bodek tun dan sekarang ini dok bodek paklah pula...dan banyak melanyak tun pula...paklah ditolong oleh wali la...wali apa??? wali songo???wali tidur???

ketaksuban orang yang tidak cukup ilmu atau berlagak sudah pandai segalanya...boleh membawa kepada kesesatan yang nyata....maka pengikut al-arqam adalah contohnya.... ustaz ashaari sendiri dulu pernah mengadakah muhabalah minta petunjuk dari tuhan...malah doa muhabalahnya disalin dan diedar seluruh negara....ketika berkrisis dengan jakim dan kerajaan.....namun Allah telah memberikan jawabannya....al-arqam diharamkan...dan ashaari sendiri ditimpa stroke dan lumpuh.... namun dr mahathir yang dianggap jahil itu masih sihat dan dia tidak jatuh...tapi beri laluan pada paklah....sama juga peristiwa sembahyang hajat beramai-ramai di stadium 1998...kononnya supaya diturunkan bala bencana kepada si mahafiraun mahathir,kepala dan bapak segala konspirasi...namun Allah memberi jawabannya...tun masih sihat tetapi anwar masuk penjara...

maka...
siapakah pemimpin yang anda ikut???...pemimpin yang dibenci oleh israel-zionis tetapi tidak mampu menggugatnya kerana kebijakan hujahnya
ataupun pemimpin celaka yang disambut dengan hamparan permaidani merah oleh musuh rasul dan musuh Allah....
fikir-fikirkanlah sendiri semoga tafakur anda disinari nur hidayah dariNya....

salah satu tanda-tanda orang yang beroleh rahmat Allah ialah orang yang diberi panjang umur,sihat tubuh badan,kuat ingatannya,sentiasa cenderung kepada kebajikan,tidak tamak haloba kepada pangkat kebesaran,bila jadi pemimpin ..sanggup pula turun dari kerusi yang empuk memberi laluan kepada orang lain...

tapi aku juga hairan kerana masih ada tok guru yang dulunya menuduh tun gila kuasa...tetapi bila tun dah lama bersara...dia masih dikerusi empuknya...tak turun-turun...malah makin rakus menagih kuasa...walaupun sejak akhir akhir ini nampak semakin semput...dia beralasan rakyat masih memerlukannya...dan sejak akhir akhir ini isu kronisme pula adalah dibenarkan dan diamalkan dalam islam di zaman nabi..apabila dia sendiri terlibat dan terkena batang hidungnya.....kalau paklah..bagi menantu...dia pun bagi menantu jugak...tapi pengikutnya taksub juga.....masyaAllah...

Tanpa Nama berkata...

Masjid Kinrara sokong Teresa kena ISA
Jimadie Shah Othman | Sep 15, 08 5:08pm
Pengerusi Masjid Bandar Kinrara, yang menerima petisyen membantah penggunaan pembesar suara untuk beberapa kegiatan agama, bersetuju dengan tindakan kerajaan menggunakan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) ke atas exco kanan Selangor, Teresa Kok.

Abdul Rahman Nasir berkata, secara umumnya, perkara sensitif membabitkan agama "tidak boleh dimainkan".

"Perkara ini tidak boleh dimainkan. Terutama sekali di negeri Selangor ini, bukan saja (berkenaan) agama Islam, tetapi apa agama pun (tidak boleh dimainkan)."

Penahanan Teresa dipercayai mempunyai kaitan dengan petisyen sekumpulan 189 penduduk sekitar Seksyen 5, Bandar Kinrara yang meminta pihak masjid tersebut memperlahankan penggunaan pembesar suara untuk aktiviti keagamaannya.

Perkara itu bagaimanapun dinafikan oleh Teresa, yang juga ahli parlimen Seputeh.

Bercakap kepada Malaysiakini petang ini, Abdul Rahman bagaimanapun enggan memberikan komen lanjut berkenaan isu itu kerana pihaknya cuma sebagai penerima petisyen dan tidak tahu-menahu tentang perkara lain di sebalik isu itu.

Masyarakat Islam setempat pula, menurut Abdul Rahman tidak memberikan sebarang reaksi terhadap penahanan itu dan bertindak seperti biasa.

"Kita tidak ada apa. Sudah lama dah masjid ini dibina. Itulah, persoalannya, kenapa sekarang? Kalau tidak puas hati, pindahlah.

"Dari dulu lagi waktu hendak beli rumah, pelannya sudah ada, sini masjid, sini taman permainan. Kenapa dulu beli di sini?" katanya.

Selain Teresa, pengendali blog Malaysia Today Raja Petra Kamaruddin dan wartawan Sin Chew Daily Tan Hoon Cheng turut ditahan di bawah akta kontroversi itu, Jumaat lalu.

Tan bagaimanapun dibebaskan sehari selepas itu.