MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

15 Sep 2008

Anwar...Sivaji The Boss


Anwar...Sivaji The Boss

Ini hebatnya Datuk Seri Anwar Ibrahim… sandiwara dan lakonan adalah kepakarannya. Jika selama enam bulan beliau dendang syair “dah ada jumlah yang cukup untuk bentuk kerajaan 16 September“ hingga membawa kepada drama “memburu di Taiwan“ kini beliau bawa seloka baru pula.

Selokanya berbunyi "Suasana tidak stabil yang nampaknya sengaja ditimbulkan oleh pihak kerajaan mengundang rasa tidak tenteram di kalangan rakyat terbanyak dan boleh mengancam keselamatan negara,".

Sehubungan itu dalam kenyataannya yang disiarkan dalam blognya, Anwar berkata, pakatan pembangkang mahu bertemu Perdana Menteri dalam waktu terdekat kerana mahu membincangkan soal keselamatan negara dan masa depan politik Malaysia.

Selama enam bulan, apa label yang diberikan oleh Anwar kepada pemerintahan yang ada sekarang. Kerajaan lemah, rakyat tidak lagi mahu bersama kerajaan sekarang hinggalah membawa kepada gambaran kerajaan yang ada akan tumbang 16 September melalui gerakan yang dibuatnya.

Bukan sahaja kalangan orang politik panik dengan kenyataan dan tindakan beliau, malah rakyat sendiri binggung apa yang akan berlaku di negara ini pada 16 September 2008.

Para pelabur sudah tentu mengambil sikap tunggu dan lihat. Mereka sudah tentu tidak mahu mengambil risiko membuat sebarang langkah dengan gambaran yang diberikan bahawa kerajaan akan tumbang sejak enam bulan lalu.

Kini semua punca-punca yang membawa kepada ketidak tentuan dalam negara itu disalahkan kepada kerajaan.

Anwar yang tentu malu besar sebab 16 September tidak menjadi mula mengarang plot baru ’drama Hindi’ untuk memasuki carta popular sepanjang zaman.

Bagi beliau, ketidak tentuan politik yang berlaku dalam negara sekarang berpunca daripada pemerintahan yang lemah.

Diri beliau tidak salah. Jika dilihat baik drama Tamil atau Hindi memang ada watak yang apa pun berlaku dalam kampung itu semua salah orang. Bagi pastikan rancangannya berjaya, semua orang dilagakan dengan cerita orang itu tidak betul dan orang ini pula salah. Dirinya sentiasa betul.

Bagi menutup kelemahan dan pembohongan yang telah dibuatnya terhadap rakyat Malaysia sejak enam bulan lalu, Anwar mengalihkan pandangan semua yang berlaku tidak ada kena mengena dengan dirinya.

Bagi memperlihatkan dirinya hebat, Anwar melalui partinya PKR akan menganjurkan sambutan Hari Malaysia 16 September, Isnin malam di Stadium Kelana Jaya,Selangor.

Menurut rancangannya, Anwar akan berucap menyampaikan perutusan sempena Hari Malaysia 16 September sebagai acara kemuncak perhimpunan yang dianjurkan.

Perutusan beliau tentunya menarik kerana pengumuman kerajaan baru 16 September sepatutnya dibentuk pada hari Selasa.

Inilah hero filem Tamil dan Hindi yang baru. Bak seperti posternya khusus untuk menarik perhatian kaum India pada pilihan raya kecil Permatang Pauh tempoh hari tertera tulisan “Sivaji The Boss” .

Agaknya masyarakat India yang mengikuti filem-filem Tamil dan Hindi memberikan gelaran itu kepada Anwar kerana merasakan memang Anwar seorang pelakon hebat. – 15/9/2008

sumber - Agendadaily.com






3 ulasan:

Unknown berkata...

anuwar ni layak jadi pelakon Tamil & Hindi je...dey berputar belit

patutlah bangsa India sukakan anuwar..boleh ganti Rajnikhan..anyway hebat anuwar lagi berlakon dari Rajnikhan/Shah Rukh Khan

Kalau buat filem Tamil mesti laku...Nalla,rekemenlah anuwar kat mana-mana produser Tamil

wokyoh berkata...

sivaji the boss yang suka makan sireh pinang dan meludah merata-rata...malah air liur yang bercampur dengan sireh pinangnya itu pernah dijilat oleh pencacai pkr yang percaya air ludahan itu penuh berkat dan membawa tuah...
antara orang yang menjilat ludah itu ialah saudara STAN....

Naman berkata...

Stan, yg mana tu?

Yg yakin tahap gaban yg Tun M mengaku bersalah buat penganiayaan menganiaya Anwar dan siap tunjuk clip video tu?