MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

28 Sep 2008

Malaysia Suarakan Kebimbangan Dengan Campurtangan Amerika

Daripada Mokhtar Hussain

NEW YORK, 28 Sept (Bernama) - Malaysia menyuarakan kebimbangan di Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) berhubung cubaan Amerika Syarikat (AS) baru-baru ini yang mempersoalkan undang-undang dan pentadbiran badan kehakimannya.

"Jika mahu, kami juga boleh mempersoalkan asas perundangan dalam penahanan tanpa perbicaraan di Teluk Guantanamo, tetapi kami tidak berbuat demikian sepertimana kami juga tidak mempersoalkan tindakan masyarakat dalam bidang kuasa lain," kata Menteri Luar Datuk Seri Dr Rais Yatim.

Rais berucap pada perhimpunan agung ke-63 badan dunia itu di sini pada Sabtu bagi mewakili Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang sebelum ini membatalkan lawatannya ke sini.

"Ia perlu ditegaskan sekali lagi - kita tidak ada hak untuk campurtangan, dalam sebarang bentuk manifestasi atau atas sebarang dalih atau keadaan, dalam hal ehwal dalaman negara-negara lain," kata Rais.

Washington sebelum ini memberi amaran kepada Malaysia agar penyiasatan dan pendakwaan terhadap ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak patut "bermotifkan politik" dan perlu dilakukan mengikut undang-undang.

"Walaupun hubungan sejenis dan perkahwinan sesama jantina diterima di California, ia tidak bermakna liwat yang merupakan jenayah di banyak negara di Asia perlu dipersoalkan atau dipersendakan," kata Rais.

Anwar yang juga Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) menghadapi pertuduhan meliwat bekas pembantunya.

Rais berkata demokrasi di Malaysia kekal segar dan progresif dan undang-undang yang digubal di Parlimen kekal menjadi teras kewujudan Malaysia sebagai sebuah negara yang berdaulat dan merdeka.

Dalam ucapannya, Rais juga membandingkan krisis kewangan semasa yang sedang dialami AS dengan Krisis Kewangan Asia pada 1997.

"Masalah yang dihadapi syarikat-syarikat Asia adalah berpunca daripada kuasa luar manakala masalah yang sedang dihadapi syarikat-syarikat kewangan AS adalah akibat perbuatan mereka sendiri.

"Perlu ditanya, kenapa tindakan yang diambil oleh kerajaan-kerajaan di Asia, khususnya Malaysia, untuk menyelamatkan syarikat-syarikat mereka sendiri sedekad yang lalu dianggap salah manakala langkah jaminan terhadap syarikat-syarikat kewangan AS dianggap betul?" katanya.

Di Washington, Kongres AS dan pentadbiran Bush sedang merundingkan pelan menyelamat US$700 bilion bagi membantu industri kewangan yang tenat, jaminan terbesar sejak Zaman Kemelesetan.

Pelan menyelamat itu memberikan kuasa kepada Washington untuk membeli aset yang digadaikan daripada institusi kewangan AS bagi tempoh dua tahun akan datang.

Untuk memastikan masalah itu tidak berulang, Rais menggesa masyarakat antarabangsa "memeriksa lebihan-lebihan terhadap apa yang dikenali sebagai keajaiban "bijak pandai kewangan" yang telah menyebabkan penderitaan teruk".

Beliau berkata Malaysia menyokong pandangan yang ketua-ketua korporat tidak harus melemahkan entiti mereka dengan mempunyai pakej bayaran terlalu tinggi.

Rais juga menggesa Majlis Keselamatan untuk segera menyelesaikan masalah pelanunan di perairan antarabangsa di mana Malaysia dan beberapa negara lain telah menjadi mangsa.

Beliau juga menyuarakan harapan Malaysia yang negara-negara pesisir di Teluk Aden di mana dua buah kapal Malaysia ditawan oleh lanun, mengambil langkah perlu dalam memastikan keselamatan pelayaran di perairan masing-masing.

Sebanyak 65 anak kapal warga Malaysia dan 15 warga Filipina di atas kedua-dua kapal itu dijadikan tebusan di Somalia.

Lanun terbabit, bagaimanapun telah membebaskan anak kapal sebuah daripada kapal itu, MT Bunga Melati 5, menurut laporan agensi berita antarabangsa.

Rundingan sedang diadakan bagi pembebasan anak kapal sebuah lagi kapal, MT Bunga Melati Dua

sumber - bernama

5 ulasan:

wokyoh berkata...

tahniah rais...kalau kat PBB...berani pulak dia bersuara ye...
tapi hari tu kat singapura duduk sebelah perempuan negro rice tu nampak gelabah juga dia...

naibnabi akhir zaman berkata...

Khilafah Dan Nubuwah

[PART 1]

Salam TUN,

1. Maaf TUN. Apa yang saya nampak sekarang ialah UMNO, PAS, PKR, DAP dan etc. akan berkubur selepas ini. Kelam kabut berlaku krn melayu-islam telah berebut kuasa pemerintahan. Yahudi dan sebahagian besar musuh islam menanti2 saat yg sekian lama mereka nantikan. Kerana mereka sgt takuti & percaya setelah mengkaji Quran dan Hadis bahawa islam akan bangkit dari Timur setelah sekian lama ditindas oleh mereka. Mereka berusaha siang dan malam untuk menghalang keputusan Allah ini.

2. Kebangkitan islam datang bila Allah bantu umat islam. Bila bantuan Allah akan datang?
Bantuan Allah akan datang bila org islam bangun meneruskan kerja nabi. Apa itu kerja nabi? Kerja nabi ialah mengajak manusia kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran.
Apa itu kebaikan? dan apa itu kemungakaran?
Kebaikan ialah manusia menerima dan setuju bhw Tiada tuhan selain Allah, Tiada yg beri manfaat atau mudarat selain Allah, Tiada berkuasa selain Allah dan Muhammad adalah Pesuruh Allah.
Kemungkaran ialah manusia mempersekutukan Allah dgn selain dr Allah spt memuja dan menyembah selain Allah.

3. Ini bermaksud orang islam perlu bangkit buat kerja nabi iaitu mengajak orang yg belum islam tanpa paksaan utk terima islam. Maknanya orang islam perlu mendakwahkan kalimah yg mulia ini kpd mereka utk mereka terima. Inilah kerja nabi.

4. Bila orang islam buat kerja nabi spt Nabi saw maka bantuan Allah akan datang. Sepertimana firman Allah, Kamu bantu Allah (sebarkan agama spt Nabi SAW lakukan) , maka Allah akan bantu kamu.
Kerja Nabi merupakan Nubuwat. 13 tahun Nabi saw menjalakan Nubuwat.
Sahabat2 nabi saw memeluk islam dan bersama2 nabi menjalankan Nubuwwat. Dengan jalankan kerja Nabi, sahabat dikurniakan iman yg teguh di hati mereka. Yg mana sebelumnya mereka adalah hanya golongan jahiliah.
Iman teguh dihati ialah kalimah iman, Tiada tuhan selain Allah ada dihati mereka. Kalimah iman masuk dlm hati mereka melalui perantaraan kerja nabi.
Inilah sebab sahabat bertukar dr golongan yg jahiliah kepada golongan yg mulia. Setelah sahabat memiliki iman yg teguh dgn Allah. Maka, di Madinah Allah bantu Nabi dan sahabat2nya. Allah kurniakan janji Allah kpd mereka iaitu bantuan Allah. Di Madinahlah Allah turunkan byk perintah2 Allah.

5. Di Madinahlah Allah kurniakan Khalifat(kuasa pemerintahan) kpd Nabi dan sahabat. Inilah orang PAS mahu dan faham, dgn dpt kuasa dpt jalankan hukum2 Allah termasuk hudud. Mereka sebenarnya lupa kuasa pemerintahan diberi oleh Allah setelah segolongan dr manusia di muka bumi Allah ada IMAN yg Allah mahu.

6. Maaf TUN, pemerintahan yg Allah kurniakan kpd TUN dan pemimpin2 kita sebelum TUN adalah kurniaan Allah. Dan pemerintahan sedemikian yang Allah beri selama ini berjalan krn tiada segolongan manusia yg ada iman spt yg Allah mahu. Sebab itulah pemilihan pemimpin berdasarkan parti(sistem orang barat yg menghasilkan manusia yg berpuak2 dgn parti masing2). Tetapi tidak berdasarkan siapa yg paling beriman dan beramal soleh dr kalangan kita sbgmana pemilihan pemimpin/ketua yg berlaku semasa zaman Abu Bakar r.a, Umar r.a, Uthman r.a dan Ali r.a.
Kenapa tiada iman yg Allah mahu di hati?
Krn umat islam di Malaysia dan seluruh dunia tinggalkan perintah Allah yg pertama setelah jadi islam.

7. Maaf TUN, sebenarnya selama ni pejuang2 kemerdekaan dan TUN digunakan oleh Allah utk berbuat baik kpd anak bangsa utk bebas dari cengkaman penjajah. Apabila umat islam berbangsa melayu bangun buat kerja nabi, cara nabi dan pengorbanan spt nabi maka, mereka bukan sahaja berbuat baik kpd umat melayu sahaja malahan mereka berbuat baik kpd seluruh bangsa2 di dunia ni utk bebas dari cengkaman kemusyrikan dalam hati bg umat islam selama ni dan cengkaman musyrik orang2 yg belum islam dgn mempersekutukan Allah dan patung berhala spt yg dilakukan oleh Nabi saw dan sahabat2.

8. Apakah perintah Allah yg pertama? perintah pertama ialah buat kerja nabi. Iaitu mengajak orang yg belum islam tanpa paksaan utk terima dan setuju bhw Tiada tuhan selain Allah, Muhammad adalah pesuruh Allah. Iaitu mendakwahkan kalimah Lailahaillallah MuhammadaRasulullah kpd org bukan islam. DAN kpd yg islam diajak kpd perintah2 Allah. Apakah kesan bila buat kerja nabi? Kesannya ialah Allah akan masukkan kalimah iman dalam hati spt sahabat2 nabi.

9. Setelah terima islam, sahabat2 tak masuk madrasah utk kuatkan iman. Sahabat tak belajar ilmu byk2 spt yg dikhabarkan kpd kita setiap kali duduk dalam majlis ilmu di masjid atau surau utk kuatkan iman. Apakah sahabat2 buat sehingga mereka dpt iman yg Allah mahu?

10. Mereka buat perintah Allah yg pertama. Iaitu kerja nabi. Cthnya, Abu Bakar r.a telah buat kerja nabi dgn mendakwahkan kalimah kpd kwn2nya yg belum islam. Hari pertama 4 org. Kedua 5 org. Dan semua sahabat2 setelah masuk islam mereka bersama buat kerja nabi.

11. Disini orang PAS hilang punca. Nak kuasa pemerintahan dgn jalan sistem berparti. Mereka yakin dgn kuasa pemerintahan dpt jalankan pemerintah islam spt di Madinah. Mereka LUPA, nabi dan sahabat2 dpt kuasa setelah mereka jalankan NUBUWWAT, 13 tahun di Mekah. Kemudian Allah kurniakan mereka KHALIFAT (pemerintahan), 10 tahun pd zaman Nabi hidup di Madinah. kemudian diteruskan khalifat pd zaman Khulafak Ar-Rasyidin. Sebab itu sampai sekarang PAS belum dibantu oleh Allah. Sebab yakin dgn kuasa dpt jalankan pemerintahan islam.

12. Allah tak suka dgn yakin sedemikian. Allah tak bersekutu dgn kuasa utk tegakkan agama. Kalaulah Nabi perlukan kuasa nak jalankan agama Allah. Dah lama Nabi terima tawaran Abu Jahal utk beri kuasa sebagai ganti Nabi saw hentikan dakwah kalimah Allah kpd manusia. Allah dan Rasul tak perlukan kuasa utk tegakkan agama. Kuasa diberi kpd manusia sbg dugaan kpd manusia.


[PART 2]

13. Kepada yg tidak ada iman, kuasa didapatkan utk bolot harta dunia. Kpd yg ada iman spt sahabat2, kuasa pemerintahan digunakan utk sebarkan agama spt Ayat Allah dibawah;

Surah AnNur. [55] Allah menjanjikan orang-orang yang beriman dan beramal soleh dari kalangan kamu (wahai umat Muhammad) bahawa Dia akan menjadikan mereka khalifah-khalifah yang memegang kuasa pemerintahan di bumi, sebagaimana Dia telah menjadikan orang-orang yang sebelum mereka: Khalifah-khalifah yang berkuasa dan Dia akan menguatkan dan mengembangkan agama mereka (agama Islam) yang telah diredhaiNya untuk mereka; dan Dia juga akan menggantikan bagi mereka keamanan setelah mereka mengalami ketakutan (dari ancaman musuh). Mereka terus beribadat kepadaKu dengan tidak mempersekutukan sesuatu yang lain denganKu dan (ingatlah) sesiapa yang kufur ingkar sesudah itu, maka mereka itulah orang-orang yang derhaka.

14. Disini jelas, Allah akan kurniakan pemerintahan kpd orang2 yg beriman. So, orang akan tanya, siapa lagi yg sekarang betol2 ada iman yg Allah mahu spt sahabat? Inilah yg Nabi saw bgtau, lebih kurang bunyi hadis..selepas zaman aku, islam akan kembali lemah, dan islam akan bangkit kembali dari timur...satu golongan yg iman mereka kuat spt waja yg dikurniakan panji2 hitam (kuasa pemerintahan)iaitu banu tamim. Inilah yg diidamkan oleh Shaari dr Arqam. Dia dan pengikutnya menyangka merekalah banu tamim yg Nabi saw sebutkan tu.

15. Tetapi ternyata sekali sangkaan mereka meleset krn Arqam telah Allah tundukkan. Satu perkara yg Allah suka, Allah akan bantu dan tambah kekuatan spt Nabi saw dan sahahat2 di Mekah, asalnya sikit dan lemah. Tetapi usaha yg Nabi saw dan sahabat2 jalankan ialah usaha yg HAQ, akhirnya Allah bantu mereka.Di Badar mereka menang, 313 versus 1000. Arqam? Allah hancurkan mereka....

16. Jadi nyata sekali, yahudi cuba patahkan dan cuba menidakkan apa yg Nabi saw bgtau dlm hadis tadi. Mereka cuba sungguh2 utk halang banu tamim dr menjadi benar2 wujud di timur. Mereka manyangka PAS, UMNO, Arqam......tp tidak sama sekali.

17. TUN, Allah akan kembalikan orang islam berkuasa di muka bumi Allah bila org islam jalankan dakwah nabi2, iaitu ajak manusia yg belum islam kpd islam. dan ajak yg dah islam kpd perintah2 Allah (perintah pertama buat kerja nabi dan kedua solat)

18. Bila segolongan org islam buat kerja nabi, Allah akan bantu org islam. Allah akan angkat dr kalangan yg buat kerja nabi jd ketua org islam. Dia akan memimpin kita dgn mengajak kita meneruskan kerja nabi kita. Mereka2 ini teruskan dakwah nabi spt yg berlaku di Madinah. Dimana sahabat2 dihantar oleh Rasulullah saw utk dakwahkan raja2 Rom dan Parsi utk terima islam. Kalau raja2 mereka menolak, mereka diminta bayar jizyah, kalau enggan barulah ketiga perang atas maksud agama bukan perang kerana dunia sbgmana org islam perang sekarang.

19. Mereka akan dakwahkan Presidan2 Amerika, Ketua2 negara spt Lim Kit Siang Karpal Sigh Lim Guan Eng utk masuk islam. Mereka akan bgtau kpd yg tak mahu islam ini utk terima islam. Apabila mereka masuk islam, mereka jadi saudara kita dan apabila ini berlaku hilanglah apa yg mereka tuntutkan sbgmana yg dituntut oleh Hindraf dan Cina2 sekarang. Allah buat mereka tuntut itu ini drpd kita orang islam krn SALAH kita sendiri org islam tidak tunaikan hak mereka yg sebenar iaitu diajak kpd Allah dan terima islam. Apabila kita org islam tunaikan hak dan perintah Allah yg pertama ni (dakwah mereka kpd kalimah) maka Allah akan ambil tggjwb utk pelihara dan bantu kita drpada disusahkan oleh mereka2 yg telah diajak pd islam tp enggan menerimanya. Hari ini kita disusahkan oleh mereka2 semua ni krn kita belum tunaikan tggjwb yg sebenar kita terhadap mereka2 ni sbg azab Allah terhadap kita krn lari drpd tggwjb sebenar spt yg Nabi Yunus terima sehingga ditelan ikan NUN krn lari dr kerja dakwah.

20. Inilah zaman org islam dikurniakan kembali KHALIFAT setelah mereka2 ini jalankan usaha NUBUWWAT. Inilah kebangkitan islam dari timur yg digeruni oleh Yahudi.

21. Sebab itulah dikatakan tadi UMNO, PAS, PKR, DAP akan berkubur setalah ini. Orang islam akan diangkat jd ketua (KHALIFAT) sbgmana janji Allah dlm surah AnNur-55 diatas tadi. Setelah mereka jalankan NUBUWWAT.

22. TUN janganlah bersedih, Allah akan angkat pemimpin yang baik setelah ini setelah mereka2 ini jalankan perintah Allah yg utama ini iaitu jalan NUBUWWAT. Setelah ini bukan Pak Lah, bukan Anwar, bukan Najib, bukan Hj Hadi dan bukan sesiapa melainkan orang yg Allah sayang diangkatkan jd ketua orang2 islam...Insyallah.

23. Saya doakan dgn adanya pemimpin yg Allah kehendaki ini, semua hasrat TUN utk melihat orang islam kembali gemilang dan terbilang, maju dan berkualiti akan Allah makbulkan. Jambatan bengkok, double railway akan Allah siapkan...orang melayu-islam akan Allah ubahkan jd islam yg cemerlang.

24. Singapura dan Yahudi akan gigit jari melihat orang2 islam di Malaysia menerima bantuan Allah.

Wassalam....

naibnabi akhir zaman berkata...

Salam AIDC,

Jika diizinkan Allah, jemputlah berkongsi maklumat di http://kerja-nabi.blogspot.com/ utk meneliti pendapat2 yg dilontarkan. Memang pendapat byk dilontar utk TUN tapi sy mengira bagus utk AIDC menelitinya.

Di sana banyak komen2 diberi kepada artikel2 TUN di www.chedet.com

AIDC berkata...

Salam naibnabi akhir zaman,

Insya Alah saya akan datang melawat blog saudara.

Abd Bashid Harun berkata...

"Anwar yang seperti orang yang kelemasan melemparkan satu hujung tali ke arah "sang penyelamat" dan apabila mereka sampai di tebing, "sang penyelamat" membelit lehernya dengan hujung tali yang satu lagi