MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

5 Sep 2008

Kenapa Anwar puja nombor 916..

Suara Keadilan terbaru fokus nombor 916..Akhbar tabloid ini lidah rasmi Anwar Ibrahim. Ahli kaji bintang boleh meramalkan maksud di sebalik nombor itu. Apakah ada kaitan dengan Nalakarupan Pengarah Magnum atau Vincent Tan, pengarah nombor sport toto ?. Kedua-dua pengarah tokey judi itu pernah ada hubungan dengan Anwar satu ketika dahulu..


Kenapa Anwar puja nombor 916..


“Nine One Six – 916”, ceh waah, Blogmaster guna english title pulak untuk posting blog kali ini….

Selama dua hari Blogmaster telah menghadiri satu seminar berkaitan Ekonomi dan Prestasi Pasaran Saham Asia Tenggara yang bertempat di sebuah Institusi Latihan di Lembah Klang.

Sepanjang sessi ini, Blogmaster telah berpeluang untuk bersembang dengan beberapa pegawai pegawai ekonomi swasta dari kaum tionghua, kebanyakkannya dari bidang perbankan dan terlibat dengan dagangan saham antarabangsa.

Apa yang menariknya, kumpulan ini turut memberikan perhatian serius kepada senario politik negara. Tumpuan mereka sangat fokus kepada Nine One Six [916]. Pada tahun tahun sebelum ini apabila kita melewati bulan September, maka teringatlah kepada Nine One One peristiwa 11 September 2001 dimana gugurnya bangunan pencakar langit di Amerika Syarikat.

Kini, dalam negara kita, kelihatannya seperti rakyat menantikan suatu peristiwa “kununnya” bersejarah, iaitu penubuhan kerajaan baru yang akan diketuai oleh Ketua Pembangkang yang baru sahaja menduduki kerusi Parlimen Permatang Pauh, Dato Seri Anwar Ibrahim.

Paul Wolfowitz, Yahudi beraliran neo-konservatif, Amerika pula percaya kepada nombor "911". Berpandukan kepada nombor itu, Wolfowitz sebagai Timbalan Setiausaha Pertahanan Amerika telah mengayang Iraq yang dituduhnya sebagai punca serangan ke atas WTC Amerika (911). Setelah Iraq ditumbangkan dan Saddam Hussein mati dibunuh, Yahudi beraliran Zionis ini masih gagal mencari bukti kaitan Saddam dan Iraq dengan serangan WTC. Rupa-rupanya nombor '911' hanyalah justifikasi untuk Zionis melumpuhkan negara Islam dengan slogan yang dianutinya iaitu "Regime Change". Apakah Anwar yang puja nombor "916" juga penganut aliran neo-konservatif "Regime Change", melakukan serangan memusnahkan bangsa sendiri walaupun membelakangkan demokrasi?


SANDIWARA ANWAR IBRAHIM?

Persoalan sewaktu dalam sembang sembang bersama mereka, adakah ianya akan benar benar berlaku peralihan kerajaan pusat pada 16 September nanti?

Kesemua mereka memberikan pandangan yang negatif dan tidak yakin kepada soalan ini. Agak sukar untuk mendapatkan seramai 31 Ahli Parlimen yang mesti membuat suatu keputusan BERANI secara terang terang berpaling tadah kepada kerajaan sedia ada. Malah akan menjadi suatu persoalan yang PENTING bagi kesemua 31 Ahli Parlimen ini untuk berdepan dengan pengundi pengundi yang telah memberikan amanah serta mandat mereka memenangkan Yb Yb tersebut atas tiket BN bukannya Pakatan Rakyat!!

Namun yang menjadikan perbualan begitu rancak adalah mempersoalkan betapa konfidennya Anwar Ibrahim membuat kenyataan demi kenyataan sehinggakan “berani” mahu mengistiharkan cuti umum dan “membentangkan” bajet 2009 sebagai Perdana Menteri yang baru…!!

Secara jujur Blogmaster bertanya kepada rakan rakan yang bersembang, selain daripada mereka tidak yakin dengan berlakunya peralihan kerajaan, kenapakah mereka tidak mahu ianya benar benar berlaku? Jawapannya ialah, mereka pasti sekiranya inilah cara Anwar mengambil alih kerajaan, maka akan berterusanlah keadaan “political unrest” dan ekonomi negara akan hancur!

Pada pandangan mereka, apabila Anwar berjaya membawa masuk Ahli Parlimen Lompat seramai 31 orang, sudah tentulah Yb Yb ini akan “dibalas” dengan jawatan penting seperti Menteri, Timbalan Menteri, Setiausaha Parlimen dan sebagainya. Bagaimana pula nasib 81 Yb Pakatan Rakyat yang sedia ada? Ramai yang selama ini “setia dan tawaduk” kepada Anwar akan terlepas peluang dan kempunan jawatan penting…..!

Akan berlakulah tidak puas hati dan “kisah Ahli Parlimen lompat siri ke 2” akan terjadi membabitkan Yb Yb pergi sertai Barisan Nasional pula. Maka, gugurlah jawatan Perdana Menteri Anwar Ibrahim, rakyat akan jadi pening dan keliru…..

Pelabur asing tak akan yakin dengan kestabilan politik negara kita!


Presiden PAS, Datuk Seri Hj Hadi Awang pernah membuat kenyataan sekiranya barisan Ahli Parlimen yang melompat masuk ke kandang Anwar ini tidak menguntungkan melayu dan islam, belum tentu PAS akan kekal bersama Pakatan Rakyat.

Dalam interbiu terbaru oleh Malaysikini.TV bersama salah seorang pimpinan kanan PAS, Mat Sabu secara terus terang tidak setuju dengan cara pengambilan kerajaan dengan membawa masuk Ahli Parlimen melompat menyertai Pakatan Rakyat. Beliau mengingatkan kepada sejarah dimana pernah terjadi dua Yb Semangat 46 “melompat” tinggalkan Angkatan Perpaduan Umah [APU] di Kelantan dan kembali kepada Barisan Nasional, ketika itu pimpinan PAS telah melemparkan berbagai kenyataan dan mengutuk keras tindakan kedua-dua Yb tersebut…. Jelaslah pada pandangan ikhlas Mat Sabu, sekiranya itulah perkara yang pernah mereka tentang, maka kenapa harus mereka pula laksanakan tindakan negatif ini sekarang…?

Mat Sabu juga secara terbuka menyatakan beliau lebih rela untuk menunggu sehingga Pilihanraya ke 13 untuk mengambil alih sepenuhnya kerajaan pusat dimana beliau yakin Pakatan Rakyat mampu untuk menang.

Tambah beliau lagi, seharusnya Pakatan Rakyat buktikan prestasi mereka di lima kerajaan negeri yang baru untuk menjadi testimoni agar rakyat akan selepas ini memberikan mandat untuk kerajaan baru pada Pilihanrya umum yang akan datang.


916 ALIHKAN PERHATIAN ISU LIWAT?

Kalau diambil kira kenyataan ikhlas Mat Sabu sepertimana yang dinyatakan diatas tadi, bahawa beliau sanggup tunggu sehingga Pilihanraya umum ke 13 untuk ambil alih kerajaan pusat, maka terbukti bahawa Anwar Ibrahim “gelojoh” dan punyai sebab mahu tergesa gesa cuba menduduki kerusi Perdana Menteri. Apakah Anwar bertujuan mahu mengalihkan isu liwat beliau terhadap Saiful Bukhari Azlan?

Kesimpulannya Anwar memang cekap untuk alihkan isu liwat beliau. Jelas sekarang tidak ada sesiapa pun, mahupun media bercerita tentang tarikh perbicaraan kes liwat Anwar keatas Saiful Bukhari Azlan. Sebabnya, seluruh media, pegawai pegawai kerajaan, wakil rakyat BN dan pemimpin negara lebih tertumpu kepada “wayang” Anwar untuk ambil alih kerajaan pada 16 September.


AHLI AHLI PKR TAKSUB PADA ANWAR

Sewaktu berkempen di Permatang Pauh, Blogmaster bersama sama teman teman lain berkesempatan untuk duduk semeja makan minum bersama dengan dua [2] Ahli Parlimen PKR dan beberapa ADUN PKR dalam beberapa pertemuan sulit yang berasingan. Hampir kesemua mereka sendiri tidak yakin dengan peralihan kerajaan 16 September, malah sepertimana yang dinyatakan diatas tadi, mereka turut memberikan gambaran akan tinggalkan PKR sekiranya barisan kabinet Anwar nanti tidak akan menguntungkan mereka yang selama ini setia kepada parti yang telah memperjuangkan pembebasan Anwar Ibrahim.

Namun begitu, masih ada juga Yb Yb PKR yang mahu Anwar menjadi PM tetapi tidak berani menafikan isu liwat terbaru boss mereka. Mereka secara jujur mengakui bahawa setidak tidaknya inilah “peluang” untuk mereka menjadi Yb, ruang mencipta rekod sejarah hidup mereka. Jelas terbukti disini lahirlah Sikap Tidak Apa.

Dalam perbualan kami, ada salah seorang pemimpin PKR yang TAKSUB kepada Anwar sehinggakan membuat pengakuan bahawa “sekiranya Anwar itu peliwat sekalipun, dan aku nampak ianya berlaku depan mata aku, aku tetap nak Anwar jadi PM..” Na’uzubillah…..,! mengucap panjang kami semua terkedu!

sumber : medan-info-kita.blogspot.com



6 ulasan:

Unknown berkata...

Terbukti Ahli Parlimen PKR bukanlah ikhlas untuk menjaga kepentingan rakyat. Mereka hanyalah mahukan jawatan & wang ringgit.

Sesiapa yang memangkah ahli-ahli YB PKR ini samalah seperti 'menjolok sarang tebuan'

zek berkata...

Di wilayah Khilafah Islamiyyah Othmaniyyah, sebagaimana yang dinyatakan di peringkat pembentangan sejarah, Khilafah Islamiyyah telah dijadikan sasaran dari luar dan dalam oleh pihak yang kononnya ingin membebaskan ummat yang berada di dalam kekuasaan Khilafah Islamiyyah. Di luar, Khilafah Islamiyyah diserang bertalu-talu dari segenap sudut dan di dalam pula berlaku berbagai tekanan juga dari berbagai sudut yang menuntut pembaharuan. Berbagai strategi samaada revolusi, peperangan atau diplomatik yang dihadapkan kepada Khilafah Islamiyyah yang memaksanya tunduk dan terus tunduk tanpa mampu untuk berbuat apa-apa lagi kerana sokongan yang diharapkan dari rakyatnya juga sudah tiada. Tragedi yang paling besar yang melanda ialah Penjajahan Mesir oleh Napoleon Bonaparte yang juga merupakan perancangan oleh Kuasa-Kuasa Besar Eropah bagi memulakan strategi ‘pecah-dan-perintah’ mereka. Mesir dijadikan sasaran kerana kedudukannya yang strategik, wujudnya Universiti Al-Azhar, sejarah tamaddunnya yang lama dan sokongan dari Yahudi-Kristian Bersekutu Mesir yang tegar yang amat menyanjung persekutuan baru Kristian-Yahudi yang baru berlaku di Peranchis. Mereka telah mula merasakan ruang untuk bernafas dengan kedatangan Napoleon dan kelemahan Khilafah Islamiyyah. Napoleon Bonaparte kemudiannya hanya meninggalkan Mesir dengan memindahkan kuasanya ke tangan seorang makhluk yang berAgama Islam tetapi berhati seperti mereka iaitu Muhammad Ali Pasha yang akan dibantu oleh rakyat Mesir dari kalangan Yahudi-Kristian Bersekutu yang telah menerima 'ijazah' yang telah ditinggalkan oleh Intelektual Peranchis yang datang bersama-sama Napoleon untuk menakluk Mesir. Jadi, tidak hairanlah kerangka kenegaraan Mesir sehingga kini amat mengagumi Wacana Intelek dari Peranchis. Muhammad Ali Pasha inilah yang merupakan di antara makhluk pertama yang beroperasi dengan gigihnya untuk merosakkan imej dan kredibiliti Khilafah Islamiyyah Othmaniyyah di mata Ummat Islam sendiri dari dalam.

Serangan beliau ke atas Syria dan Beirut kononnya atas nama Khilafah Islamiyyah telah mencemarkan imej Khilafah Islamiyyah dengan teruk terutamanya di mata majoriti Ummat Islam yang tidak sedar dan memulakan kebangkitan nasionalis terhadap Khilafah Islamiyyah. British pula kemudiannya mengambil peluang sebagai ‘pembebas’ Syria dan Beirut yang dengan itu bermulalah pengembangan peranan secara langsung Imperialisma Barunya ke atas wilayah timur-tengah yang secara perlahan-lahan menusukkan jarum-jarum pecah-dan-perintahnya dengan lebih sistematik bersama-sama dengan Peranchis keatas Khilafah Islamiyyah Othmaniyyah.

Demikianlah peranan seorang Bapa Modenisasi dan Industrialisasi Mesir; Muhammad Ali Pasha yang dibanggakan oleh Anwar Ibrahim yang mana asas kepada Program Pembaharuan Islam oleh manusia yang telah dikawal sepenuhnya oleh British dan Peranchis melalui WACANA SYAITANI mereka, seperti Muhammad Ali Pasha itu pula, yang ingin dilaksanakan dan diteruskan oleh Anwar Ibrahim atau jenis pembebasan dan kebebasan yang ingin diulangi semula oleh Anwar Ibrahim di zaman ini. Sesungguhnya pencerahan sains dan falsafah yang dibawanya dan mereka-mereka yang sama pemikirannya dengan Muhammad Ali Pasha ini, walau sesiapapun dia, adalah berpaksi kepada menghidupkan semula WARISAN PENYEMBAHAN TAGHUT yang lama dan kuno yang telah ditenggelamkan bersama-sama dengan Fir’aun di dalam Laut Merah ketika Allah subhanahu wata’ala menolong Nabi Musa alaihissalam dan pengikut-pengikut Baginda alaihissalam.

Deejayeesa berkata...

tu lah bang nuar BERAHI-m

Deejayeesa berkata...

tu lah bang nuar BERAHI-m kita

Deejayeesa berkata...

tula dia bang nuar berahi-m

jjamain berkata...

anda2 semua tahu tak siapa yg menamatkan tulisan jawi di sekolah2 kita? siapa menteri pelajaran tu? pada tahun bila?