05 September 2008
Dr Novandri Hasan Basri
Berikut adalah laporan akhbar di dalam MalaysiaKini hari ini;
Pegawai timbalan perdana menteri hari ini menafikan mengarahkan Ramlang Porigi, imam Masjid Wilayah Persekutuan, mengatur majlis sumpah laknat Mohd Saiful Bukhari Azlan, 15 Ogos lepas.
Prof Madya Khairil Annas Jusoh berkata kenyataan yang dibuat oleh Ramlang, ketika membuat penjelasan di tengah-tengah kehangatan kempen pilihanraya kecil di Permatang Pauh, seperti dimuatkan dalam beberapa laporan bulan lepas "adalah tidak benar".
Menurut agensi berita itu lagi, beliau turut menegaskan tidak pernah mengenali Ramlang dan "tidak pernah pada bila-bila masa pun menghubungi, bertemu, berinteraksi atau bercakap dengan beliau."
"Oleh itu, tuduhan Ramlang yang mendakwa bertemu saya di Masjid Wilayah Persekutuan dan bahawa sayalah yang mengatur dan menguruskan majlis sumpah Saiful adalah satu pendustaan," kata Khairil Annas.
Beliau dilaporkan menambah, pada masa dan ketika Ramlang mendakwa bertemu dengannya di Kuala Lumpur, beliau sebenarnya berada di Pulau Pinang bersama anggota keluarga dan sahabat handai.
Berikut pula adalah temuramah Suara Keadilan on-line bersama Ramlang Porigi pada 25hb Ogos 2008. Di antaranya :-
SK: Apa yang mendorong Ustaz mengatakan semasa sidang akhbar bahawa Ustaz merasakan apa yang dilakukan oleh Saiful adalah perancangan satu konspirasi?
RP: Saya ingin jelaskan ada seorang yang saya kenal, dialah yang mengatur sumpah Saiful. Yang saya pasti gambarnya dipaparkan didalam internet dimana beliau bergambar bersama Saiful Bukhari di hadapan pejabat Timbalan Perdana Menteri, Najib Razak. Saya rasa jawatannya adalah Pegawai Khas kepada Najib.
SK: Apakah isi perbincangan pegawai khas tersebut dengan Ustaz?
RP: Apabila saya bertemu dengan beliau di masjid dia bertanya sama ada saya salah seorang daripada empat imam yang akan menyaksikan sumpah Saiful.Saya menjawab saya ada majlis akad nikah yang hendak saya langsungkan dan kalau saya sempat saya akan menyaksikan sumpah Saiful.
SK- Dan adakah beliau yang dimaksudkan oleh Ustaz sebagai pegawai khas kepada Najib itu menghubungi Ustaz selepas itu?
RP- Tidak ada.
Penulis dapati sebenarnya, intipati perbualan Ramlang dengan pegawai khas itu sangat ringkas dan Ramlang sebenarnya tidak ditekan atau dipaksa kerana Ramlang boleh pula berdolak dalih dengan berkata "...dan kalau saya sempat saya akan menyaksikan sumpah Saiful."
Dan semua tahu, jika seseorang itu diarahkan atau dipaksa, seseorang itu terpaksa mengikut perintah tanpa melawan atau pun bergantung kepada kelapangan orang itu.
Tetapi Ramlang jelas mengatakan yang sebaliknya dan boleh pula "....kalau sempat saya akan menyaksikan sumpah Saiful" !
Makanya, masih bolehkah kita menerima alasan beliau itu atau pun beliau sebenarnya telah diperalatkan oleh parti Keadilan ?
Dan amat menyedihkan apabila Ramlang Porigi membuat penilaian yang terburu-buru dan cetek hanya berdasarkan sebuah foto di dalam internet. Padahal, sebagai seorang yang berkedudukan tinggi, beliau sepatutnya mendapatkan gambaran yang jelas dan tidak berat sebelah sebelum menuduh sesiapa.
Sekarang, Prof. Madya Khairil Annas telah menafikan dakwaan Ramlang Porigi dan Khairil mempunyai ALIBI kukuh (berada di Pulau Pinang bersama keluarga dan kawan-kawa beliau).
Apakah tindakan Ramlang Porigi selepas ini? Bersembunyi sekali lagi? Atau mahu membuat surat akuan sumpah (statutory declaration) seperti Petra dan Dr Osman?
Jika ya, apakah Ramlang sudah lupa bahawa sumpah di atas nama Allah swt adalah yang terbaik dan sepatutnya di terimapakai serta didokong penuh oleh orang berpendidikan agama seperti beliau sendiri?
sumber : novandri.blogspot.com
5 ulasan:
lu tu yang bebal... hidup nak cari untung perot sendiri saje.. bela la kerajaan lu tu.. idup kita patutnya lebih baik dari sekarang kalau bukan BN haprak ni...
fikiranlicin memang melayu contoh. Blog sendiri kosong, yang tahu ialah komen orang, memang layak jadi kaki bangkang, kalau ada 100 orang dalam kampung hancur jadinya
FIKIRANLICIN...HAHAHAHA!
MEMANG FIKIRAN KO LICIN..HABUK PUN TARAK..SATU SEN TAK BLEH GUNA..BODO MACAM HARAM..BEBAL BERTINGKAT2..MAK BAPAK SURUH BLAJAR, KO PEGI MEMAIN..DAH BESAR2 JADIK BEBAL GINI, PI MENYALAK TAK TENTU ARAH PULAK..NI KES TAK PAKAI OTAK LA NI..
HAHAHAHA~
FikiranLicik==>PEMBELOT BANGSA MELAYU
fikiran lincin ...otak hang memang licin la..buang la songkok hang tu ..hang la melayu bodoh .memang tak pakai otak pun terlampau taksub sgt kat anwar ..pemimpin agung depa.
Catat Ulasan