MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

11 Sep 2008

Ilusi 16 September Anwar Ibrahim


Ilusi 16 September Anwar Ibrahim

Jika sebelum ini PASTI sekarang kata-kata keramat itu sudah bertukar jadi MUNGKIN pula.

Bukan sehari dua tetapi sejak hampir enam bulan lamanya, Datuk Seri Anwar Ibrahim berulangkali buai semua orang dengan al-kisah permaidani merah akan dihamparkan untuknya menapak ke Putrajaya walaupun majoriti orang yang berfikiran waras kabur dan tidak nampak bagaimana perkara itu boleh berlaku.

Sebaliknya apa keadaan sekalipun Anwar telah berjaya menjadi cerita 16 September ini topik paling hangat diperbualkan di sana sini.

Menjelang seminggu sahaja lagi, apa yang diwar-warkan sebagai PASTI yakni tidak boleh tidak akan berlaku telah bertukar kepada MUNGKIN yang tak ada titik.

Lawatan sambil belajar 49 orang ahli Parlimen Kelab Penyokong Kerajaan Barisan Nasional (BNBBC) ke Taiwan telah muncul sebagai ‘ talian hayat ’ bagi beliau untuk bermain dengan waktu lagi.

"Walaupun kita sudah ada sasaran iaitu pada 16 September, tapi gambaran setakat ini hasil perbincangan bersama PAS dan DAP, tarikh itu boleh kita anjak,kalau tak jadi 16haribulan mungkin 20 haribulan kerana tarikh itu juga ada sejarah.

"Jumlah mereka kita sudah ada. Tapi disebabkan mereka pergi lawatan 'menghayati Ramadan' di Taiwan kita perlu tunggu dahulu.

"Tapi saya fikir dalam keadaan sekarang adalah susah bagi mereka untuk gagalkan kehendak dan kebangkitan rakyat," Itulah kata Anwar selepas majlis berbuka puasa di rumahnya di Bukit Segambut,Kuala Lumpur Selasa malam.

Pengakuan terbuka beliau itu dibuat selepas Timbalan Presiden partinya Dr. Syed Husein Ali Isnin menyatakan tarikh 16 September akan dianjak beberapa hari kerana Ahli Parlimen BN yang hendak melompat dikatakan telah dilarikan oleh BNBBC ke Taiwan.

Sebagai rekod, program lawatan BNBBC ke Taiwan bukanlah program wajib. Buktinya ramai juga Ahli Parlimen BN yang tidak mengikuti rombongan tersebut kerana sudah terikat dengan pelbagai program di kawasan masing-masing di sepanjang bulan Ramadhan.

Ini mencetuskan pertanyaan apakah mereka yang sudah set nak melompat perlu berlakon pergi ke Taiwan dan kemudiannya balik terus lompat untuk menyertai kerajaan 16 September

“Lagipun ini bukan pelan baru tetapi dah enam bulan kita dengar Anwar dan orang-orangnya cakap. Cuba fikir ada ke lojik ke tidak para Ahli Parlimen yang sudah ikat janji dengannya nak lompat boleh ikut serta pergi Taiwan. Ini cerita main-main ke apa ni...tak masuk akal langsung.

“Kalau mereka dah tetapkan hati nak melompat pastinya mereka tidak turut serta dalam lawatan itu. Lagipun tarikh mereka pergi itu terlalu hampir dengan tarikh 16 September.Jadi perlu apa mereka pergi juga.

“Bagi saya ini cuma alasan…alasan…dan alasan….” kata seorang pemerhati.

Turut menjadi persoalan ialah kata-kata Anwar beliau ada berbincang dengan PAS dan DAP mengenai tarikh nak ambilalih kuasa itu berikutan perkembangan terbaru ini.

Ini kerana selama enam bulan semasa asyik bercakap di sana sini mengenainya tidak pernah pun Penasihat PKR itu kata beliau nak berbincang dengan dua rakan parti barisan pembangkang itu mengenai tarikhnya.

Malah baru-baru ini Presiden PAS Datuk Seri Haji Hadi Awang ada berkata beliau sendiri tidak pernah lihat senarai mereka yang nak melompat itu.

Siapa yang kenal Anwar tahu ...inilah antara kehebatannya yang tidak dapat ditandingi iaitu membentuk satu ilusi yang menjadi kepercayaan orang yang mendengar.

Jika perkara itu tidak berlaku sekalipun, ilusi baru yang dicipta olehnya dikatakan sebagai sesuatu yang akan berlaku.

Contohnya, semasa menjadi pemimpin pelajar dulu, Akta Universiti dan Kolej menjadi sasaran untuk beliau menonjolkan dirinya sebagai pemimpin pelajar yang hebat.

Sebaliknya masa jadi Menteri Pendidikan selama satu penggal, jangankan akta itu dipinda, satu koma dalam akta itu tidak pernah disentuhnya.

Begitu juga semasa mengadakan demonstrasi di Baling kerana prihatin kemiskinan rakyat di sana.Hampir enam tahun menjadi Timbalan Perdana Menteri, nasib orang Baling tetap kekal seperti dahulu.

Namun Anwar yang hebat mencipta ilusi memberikan alasan, semua itu tidak boleh berubah kerana bekas bosnya Tun Dr. Mahathir sering menghalang reformasi yang hendak dibawanya dalam UMNO dan kerajaan BN.

Namun dalam isu melompat, siapa yang menghalang beliau. Jika benar ada Ahli Parlimen BN yang sudah tekad hendak melompat, ada atau tidak lawatan ke Taiwan ia bukan isu. Lompat tetap lompat.

Seperkara lagi jika pihak-pihak yang dibuai ilusi boleh sedar seketika, salahkah bagi BN untuk memastikan tiada Ahli Parlimennya melompat kerana kerajaan yang dibentuk hari ini adalah kerajaan yang diberi mandat oleh rakyat melalui proses demokrasi pada 8 Mac lalu.?

Wajarkah kerajaan yang dipilih oleh rakyat membenarkan hanya seorang Ahli Parlimen atau 30 orang mereka penentu kerajaan yang hendak dibentuk atau ditumbangkan.

Maka pelbagai alasan akan terus dilontarkan oleh Anwar untuk memastikan ilusi yang diciptanya terus dikagumi.

Jika sekarang lawatan BNBBC ke Taiwan dilihat sebagai halangan ada pemerhati dan orang politik sudah menjangka, selepas ini tuduhan rasuah, sogokan, ugutan, penggunaan polis atau cawangan khas serta 1001 dakwaan akan dibuat oleh Anwar jika tarikh 20 September pula kaput .

Ada kalangan bertanya kenapa orang boleh percaya dengan ilusi Anwar?


Ada yang kata jawabnya mudah sahaja… dalam Al-Quran telah disebut bahawa Nabi Muhammad s.a.w. adalah Rasul yang terakhir. Namun apabila ada seorang lelaki di Hulu Klang Selangor mendakwa dia Nabi, ada juga orang yang percaya dan menjadi pengikutnya.Sedihnya antara mereka ialah golongan professional .

Ingat Pak Man Telo…antara yang turut hangus duit dalam skim cepat kaya itu ialah mereka yang pakai kot dan tali leher.

Jadi apa sangat cakap Anwar…apa lagi setelah melihat beliau menang di Permatang Pauh sedangkan semua orang tahu itu kubu kuatnya. - 10/9/2008

sumber : agendadaily.com





4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

eeee kenapa muka anwar dalam gambar macam tu? takut lah..macam nak makan orang..hahaha

NORA berkata...

Salam sahabat2 yang dikasihi,

Kata orang, kalau nak menipu pun, biarlah kelihatan Professional, supaya tidak menampakkan kebodohan sendiri...

Tiada ahli Parlimen BN yang berakal dan menggunakan akalnya dengan bijaksana akan mempercayai cakap dan janji Anwar. Apa sebab untuk mereka melompat kepada Anwar kerana mereka sekarang ini membentuk kerajaan. Kelebihan, kesenangan dan kuasa di pihak mereka. Kecuali Anwar boleh menjanjikan sejenis kekayaan yang tidak mampu diberi oleh BN. Adakah dia menjanjikan sesuatu yang luarbiasa kepada mereka???

Tiada ahli Parlimen BN yang waras dan boleh berfikir akan percaya Anwar mampu menyatukan Pas dan DAP buat selama-lamanya. Dasar perjuangan yang benar-benar bertentangan antara satu sama lain, agama dan bangsa yang berbeza. Ada 3 persoalan:

1.Apa nasib mereka sekiranya pakatan tersebut pecah dan BN kembali memerintah?

2.Apa pula nasib mereka jika usaha Anwar ini tidak berjaya dan mereka telah pun menyeberangi jambatan PKR?

3.Adakah mereka sanggup untuk menghadapi kemungkinan itu, hanya dengan cakap2 kosong Anwar?

Seperti yang dikomen oleh Mustafa Ali dalam Buletin Utama 10 September 2008, Jika pun terdapat 40 orang ahli Parlimen BN yang lompat parti pada 16 September ini, Anwar masih tidak boleh membentuk kerajaan. Tiada sidang Parlimen berlangsung pada waktu ini. Jika diumumkan pada 16 September, BN mempunyai sehingga pertengahan Oktober untuk mengukuhkan kembali kedudukan. Ini kerana hanya ketika itu Parlimen mula bersidang dan undi hilang kepercayaan terhadap Perdana Menteri boleh dibuat.

Walaupun Anwar mungkin berjaya membawa majoriti ahli Parlimen menyokongnya berjumpa YDP Agong, ia masih tidak mengubah apa-apa kedudukan BN sehingga Agong memanggil sidang Parlimen. Dengan kata lain, 16 September tidak mungkin berlaku peralihan kuasa politik dari BN kepada Pakatan Rakyat.

Tanpa Nama berkata...

yela.. takut tengok rupa dia...

wokyoh berkata...

dia sebenarnya sedang sakit...makin tenat....
penderitaan jiwa yang tidak tertanggung.....
melalak,merapu,menipu...boleh jadi sebab tekanan perasaan yang amat sangat...
makin dasyat lagi ialah beliau cuba untuk membuang tabiat diluar tabii itu...tapi beliau tidak bisa meloloskan diri daripada kantoi dengan lelaki lembut dan jambu....
konflik jiwanya diheret bersama...rakyat pun diheret sama he he he.......namun bagi yang tidak mudah percaya padanya...kadang-kadang tergelak juga sekali sekala dengan lakonan dan lawaknya....
makin tergelak lagi bila lihat si isteri memakai sarung tangan bila menulis dan kesana kemari.....