“Kalau tiba masa saya perlu memilih antara Islam dengan parti, saya tetap akan memilih Islam walaupun saya tahu akibatnya saya akan kehilangan dan kerugian,”.
Itulah pendirian Ahli Parlimen Kulim Bandar Baharu, Zulkifli Noordin setelah menerima notis Parti Keadilan Rakyat (PKR) memintanya memberi tunjuk sebab mengapa tindakan disiplin tidak boleh diambil terhadapnya dalam isu bantahan forum anjuran Majlis Peguam pada 9 Ogos lalu.
Sekadar catatan, Zulkifli adalah Ahli Parlimen yang bertanding menggunakan lambang PKR tetapi daripada segi keanggotaan parti, beliau adalah ahli PAS.
Tindakan beliau mengetuai Himpunan Aman Umat Islam membantah forum anjuran Majlis Peguam pada 9 Ogos selain dipertikai pucuk pimpinan PKR turut dikritik sekutu parti itu, DAP.
Menerusi blognya, Zulkifli berkata, kesalahan yang beliau didakwa lakukan adalah kerana menghalang forum "Masuk Islam: Artikel 121(1A)" yang jelas menghina Islam dan institusi Islam yang dianjurkan secara terbuka oleh Majlis Peguam walaupun bantahan jelas dibuat oleh umat Islam dari pelbagai lapisan dan latar belakang.
“Saya mengambil sikap dalam keadaan Islam dihina saya akan tetap mempertahankan Islam, walaupun akan bercanggah dengan pendirian mana-mana pihak.
“Kalau tiba masa saya perlu memilih antara Islam dengan parti, saya tetap akan memilih Islam walaupun saya tahu akibatnya saya akan kehilangan & kerugian, tambahan dalam keadaan Pakatan Rakyat dijangka mengambil alih kerajaan pada 16 Sept,” katanya lagi.
Menurut Zulkifli, biarlah beliau rugi duniawi daripada rugi disisi Ilahi.
Beliau yang akan berdepan dengan Jawatankuasa PKR seperti dijadualkan pada 9 September nanti yakin yang hak tetap akan dilindungi Allah.
Apa juga tindakan terhadap peguam ini pasti memberi kesan kepada PKR. Sama ada berat atau ringan, PKR pastinya mahu menjaga hati DAP yang turut mahu ahli parlimen tersebut dikenakan tindakan kerana bantahan terhadap forum tersebut.
Sanggupkah PKR mengorbankan kesetiaan Zulkilfli dalam isu ini. Mahu atau tidak, penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim pastinya tidak mahu kehilangan satu kerusi parlimen yang boleh merencatkan perancangan 16 Septembernya. - 7/9/2008
sumber : Agendadaily.com
3 ulasan:
Salam AIDC....
Di pagi ini saya cuba merenung sejenak....
banjir dan hujan lebat di kedah,pulau pinang,perak....
ribut taufan di selangor....
tanah runtuh di penang......
cuma di kelantan saja yang masih ok lagi setakat ini...mungkin sebab doa tok guru nik aziz kot....atau lepas ni lebih teruk dari penang,perak,kedah dan selangor...hanya Allah yang tahu...
apakah kejadian ini menandakan bala dari tuhan atau rahmat dari tuhan???...
kejadian tanah runtuh di p.pinang....kalau di renung-renung sama dengan kejadian tanah terbalik atau bumi terbalik.....cuma tempatnya saja bukan di permatang pauh ....
apakah kejadian laknat Allah bumi dibalikkan semasa zaman nabi luth akan berulang???...
semoga negara kita dijauhkan dari bala sebegitu...
setiap kejadian Allah adalah untuk manusia berfikir....
namun...yang pasti...kiamat makin dekat...namun manusia masih lagi belum bersedia....
semoga negara kita aman makmur dan rakyatnya sejahtera....semoga pihak yang membawa agenda yahudi-zionis kafir musyrikin akan hancur berkecai...dibumi bertuah ini....
saya cukup yakin dengan keberkatan doa nenek moyang kita dulu...seperti tok kenali,tokku paloh QUTUBUL ZAMAN ,dan lain-lain kekasih Allah...berkekalan hingga kehari ini....insyaAllah....
Tak patut jika Anwar terus berdiam diri dan membiarkan bekas peguam Liwat beliau ini dikenakan tindakan.
atau inikah yang Anwar mahukan ?
Wallahu A'lam
Panglima Perang Cyber
http://penembak-tepat.blogspot.com
Salam,
Semoga Allah pelihara kita dr pemerintah yang zalim menguasai kita.
sila ke http://kerja-nabi.blogspot.com/
Wassalam
Catat Ulasan