MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

8 Sep 2008

Anwar Ibrahim panel NED



Gambar, Anwar Ibrahim (kiri sekali) termasuk salah seorang anggota ahli panel National Endowment for Democracy (NED). Hanya Anwar dan Zainab Bangura (perempuan berkulit hitam dan bertudung), yang beragama Islam, sedangkan majoriti yang lain adalah Yahudi dan Nasrani. Turut kelihatan dalam foto adalah Lorne Craner, Presiden IRI (berdiri di belakang, no 5 dari kiri), Carl Gershman, Presiden NED (berdiri di tengah di depan patung).

NED dan IRI merupakan dana Amerika yang dikawal oleh Yahudi, Neo-Konsevatif, Amerika. Tulang belakang neo konservatif dalam pentadbiran Amerika Syarikat sekarang ialah Dick Cheney (Naib Presiden Amerika Syarikat, berbangsa Yahudi).

NED dijadikan sebagai perkakas kewangan politik untuk menakluk negara-negara yang dianggap tidak demokratik tanpa melalui cara peperangan. Di Venezuela dan Cuba, NED telah berkali-kali campurtangan untuk menjatuhkan Hugo Chavez dan Fidel Castro, namun tidak berjaya. NED ditubuhkan sejak 1983 di bawah pentadbiran Ronald Reagan untuk menjayakan Project New American Century (PNAC).

Gambar: Sean McCormack, jurucakap White House yang membela Anwar dari Washington.


NED diletakkan di bawah pengawasan United State Agency for International Development (USAID) yang berada terus di bawah Jabatan Negara Amerika Syarikat. Di bawah tanggungjawab USAID juga ditempatkan CIA, sebuah agensi perisikan Amerika. Dalam bulan Julai 2005, Anwar didapati telah bertemu secara tertutup dengan USAID. Sebelum itu, Anwar telah berjumpa dengan Wolfowitz di Pentagon pada awal Februari 2005. Maka tidak menghairankan semua, mengapa Sean Mc Cormack (Jurucakap White House, orang kanan Condoleeza Rice) bersuara dari Rumah Putih untuk membela Anwar dalam kes liwat.

Pada 1 Disember 2005, ketika Anwar Ibrahim hadir memberi ucapan dalam "The Future of Muslim Democracy" di New York. Di New York di hadapan Gershman, Anwar mendakwa berlakunya ketidak adilan dalam proses pilihan raya kecil di Pengkalan Pasir, Kelantan. Anwar mendakwa pilihan raya yang dikendalikan oleh SPR sebagai tidak adil.

Anwar dakwa lima buah negara asing bersetuju untuk datang memantau dalam pilihan raya umum ke-12. Anwar ajak Carl Gershman (Presiden NED) datang dan tinjau pilihan raya umum ke-12 di Malaysia.


Selepas 7 hari berlalunya pilihan raya umum, pada 15 Mac 2008, Carl Gershman betul betul hadir di Malaysia. Siapakah Carl Gershman ini? Dia adalah Presiden kepada sebuah tabung pembiayaan demokrasi Amerika Syarikat iaitu NED. Selepas kedatangan Carl Gershman pada 15 Mac 2008, kedengaran desas desus ada wakil rakyat BN yang cuba dibeli oleh Pakatan Rakyat di Sabah dan Sarawak.

NED ialah dana yang diwujudkan untuk mencapai Project New American Century (PNAC). Apakah Malaysia tiada dalam radar rancangan PNAC ini? Baru baru ini Dick Cheney (Naib Presiden Amerika Syarikat) telah melawat Georgia yang baru sahaja berkonflik dengan Russia. Condoleeza Rice (Setiausaha Negara Amerika) pula mengunjungi Libya buat pertama kali selepas 55 tahun. Lawatan untuk mengukuhkan hubungan atau merancang sesuatu di Georgia dan Libya selepas pasca pentabiran Bush nanti?.



Di negara-negara Islam, NED membawa agenda "Islam dan Demokrasi' dengan memberi bantuan kepada NGO, individu dan parti yang disokongnya. Bantuan NED dan International Republican Institute (IRI) dalam pilihan raya sesebuah negara akan menaikkan proksi yang akan pro kepada Amerika Syarikat.

Buktinya di Nicaragua, Haiti dan Panama, proksi Amerika pernah dibantu oleh NED dan berjaya dalam pilihan raya umum. NED menaja Marc Bazin (Bekas pegawai World Bank) untuk menjadi Presiden di Haiti dengan dana bantuan NED sejumlah USD$ 9 juta pada tahun 1990. NED juga pernah menaja Nicholas Ardito Barleta (bekas Presiden World Bank) untuk menjadi Presiden di Panama.

Dalam konteks Islam, apakah hubungan politik yang begitu akrab dengan golongan neo-konservatif dibolehkan? Dalam Surah Al-Baqarah ayat 120 dan Surah Al-Maidah, ayat 51, umat Islam diperingatkan agar berhati hati dengan Yahudi dan Nasara. Renungkanlah.

AZRINIZAM IBRAHIM
Presiden Gabungan Pemimpin Mahasiswa Malaysia (GPMM)

sumber : Anginperubahan.blogspot.com


Tiada ulasan: