MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

5 Sep 2008

Biar Saya Beritahu Anda Kenapa Tulisan Jawi Tercatat di Papan Tanda Itu..


Biar Saya Beritahu Anda Kenapa Tulisan Jawi Tercatat di Papan Tanda Itu..


Sebagai seorang seniman yang tidak berpihak kepada GAPENA (kumpulan seniman yang menyokong parti pemerintah), juga PAKSI (kumpulan seniman yang menyokong gabungan parti pembangkang) saya berasa amat terkilan dan amat bersedih hati kerana sisa-sisa budaya Melayu-Islam yang sekelumit ini pun dipertikaikan. Apakah sisa yang sedikit ini pun mahu disembelih, dikorban dan dipanggang?



Biar saya beritahu anda kenapa tulisan Jawi tercatat di papan tanda jalan tersebut. Biar saya beritahu kalau anda tidak tahu sejarah (baca: buta). Tulisan Jawi adalah salah satu tulisan terawal yang pernah ditemui di rantau ini. Tulisan ini diterima pakai dan berkembang pesat sejak zaman Kerajaan Islam Pasai yang kemudian digunakan pula oleh Kerajaan Melayu Melaka, Kerajaan Johor dan juga Aceh pada abad ke-17.

Penemuan Batu Bersurat Terengganu yang bertarikh 702H atau 1303M menunjukkan nilai sejarah tulisan ini, berbanding tulisan Rumi yang paling awal ditemui adalah pada akhir kurun ke-19. Tulisan Jawi telah menjadi mangsa sekularisasi selepas kemerdekaan. Tahukah anda, semasa British memerintah pun tulisan Jawi masih merupakan tulisan rasmi bagi Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu. Pemasyhuran Kemerdekaan 1957 bagi negara Malaysia misalnya tertulis dalam abjad Jawi.

Jadi yang sakit hati sangat dengan tulisan Jawi kenapa? Tulisan Jawi telah lama wujud dalam tamadun di sekitar gugusan kepulauan melayu iaitu sekitar abad ke 10 Masehi atau 3 Hijrah.Tulisan inilah yang membangunkan tamadun melayu. Tulisan rumi hanya diterima meluas selepas perang dunia kedua sahaja.

Tulisan Jawi sudah ada 700 ratus tahun di sini. Tidakkah biadab namanya mempertikaikan budaya saya yang berusia selama itu?

Kalau dulu tulisan Jawi diketepikan kerana sekularisasi pendidikan dan minda pemerintah, kini tulisan Jawi akan dipenjurukan lagi oleh pakatan liberal-pragmatik yang akan terus mempertikaikan sisa budaya Melayu-Islam yang masih ada.

Lebih menyedihkan hati saya, ada kumpulan tuan guru yang bersekutu bersama gerakan liberal-pragmatik ini. Bagaimana satu pihak Harakah memperjuangkan tulisan Jawi, satu pihak pula boleh pejam mata terhadap kawan sebantal yang menggunjing tulisan Jawi?

Bukan, saya bukan bercakap mengenai politik. Tak minat dah dengan politik kawanan anjing. Saya bercakap mengenai budaya Melayu-Islam saya yang dipertikaikan.

Sekarang tahukah anda kenapa tulisan Jawi tercatit di papan tanda Jalan Taman Seputeh?

sumber : Faisal Tehrani


5 ulasan:

Kacip Emas Penggalak Insulin Meredakan Diebetes berkata...

Kurang ajar....itu saja yang layak untuk mereka yang mempertikaikan penggunaan tulisan jawi. Cuba lihat siapakah mereka itu yang kurang ajar...siapakah yang menyokong mereka...dan siapakah dibelakang mereka...agenda mereka pasti akan memporak perandakan bangsa melayu yang masih buta & tak sedar diri. Cuba lah bayangkan bangsa majmuk di Malaysia ini iaitu bangsa melayu mempunyai kekurangan & kelemahan kerana tidak memahami bahasa cina & tamil sedangkan bangsa yang lain iaitu bangsa cina & india sejak mereka dari kecil lagi telah diajar untuk memahami bahasa melayu. Sekarang bangsa manakah yang rugi. Tiba-tiba sekarang ada pihak dari bangsa yang untung itu telah berani mempertikaikan pulak penggunaan tulisan jawi. Pemimpin kita dahulu telah membuat kesilapan dalam pendidikan yang tidak saksama antara kaum...dengan mengikut acuan dari penjajah british. Guru-guru inilah yang balik ke Malaysia dan membawa bersama acuan kolonial yang sudah pasti mempunyai aagenda untuk melemahkan bangsa melayu untuk dalam jangka masa panjang...jadi hasil nya seperti apa yang terjadi sekarang selepas 51 tahun. remaja melayu lebih ramai yang merempit, menjadi bohsia, pelakon video amatur lucah, tidak minat belajar, lebih suka hiburan sedangkan anak-anak bangsa lain sibuk mengejar ilmu, menambah kepandaian hingga ke tahap paling tertinggi.

Panglima Perang Cyber berkata...

Siapa beranai mendesak akta ISA/HASUTAN dikenakan ke atas pencaci tulisan jawi ini ?

siapa masih ada 'telur' bab tulisan jawi ini bangun segera tentang kerja gila DAP hina tulisan kita ini ?

Siapa masih berselimut sila bangun !

Telah banyak kita beri dan marilah kita hentikan kerja kotor mereka terhadap agama kita ini...

ada yang masih sanggup agama diperlekeh ?

Gunalah saluran blog kerana ia juga satu cara kita melawan dakyah liar mereka...

salam.

Panglima Perang Cyber

Http://penembak-tepat.blogspot.com

Unknown berkata...

Senang citer,hantar balik je depa kat negara China & India.Baru aman bumi Malaysia ni!!! Pendatang yang tak sedar diri,macam ni lah jadinya

blacksoyfactories berkata...

assalamualaikum,aku berasal dr kuching , aku rs kecewa dengan sikap DAP yang tidak menghormati bangsa-bangsa lain di negara ini serta agama lain..Nie aku nak cerita di Sarawak, ada sebuah bandar klu x salah aku kat bandar Sibu atau Sarikei atau bandar Miri, majoriti penduduk adalah cina sehinggakan bahasa cina diletakkan paling atas dalam signboard jalan..org lain xde nak sibuk2 nak bwk kat parlimen sbb org tau kat ctue majoriti adlh cina(org kt dah mcm Hong Kong kat ctue)..So,klu DAP nak complain pun, DAP perlu ambk kira majoriti penduduk bandar kat ctue cina,melayu atau india..klu kat semenanjung aku rs klu tmpat tue majoriti cina pun xde lar sampai 98% utk sesbuah bandar...klu kat tmpat yg aku kt td lain lar, tue mmg btl2 majoriti sbb nk dekat 98/99%(klu x slh aku) smpai dh rs x kat malaysia lagi..

Mohd Nizam bin Mohd Taha berkata...

Khir Johari lah yang sebenarnya sibangsat yang memansuhkan tulisan jawi...tara ingat sejarah ka?