MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

13 Sep 2008

Amerika panggil duta M'sia, bantah operasi ISA



Sep 13, 08 2:33pm
Amerika Syarikat telah memanggil duta Malaysia ke Washington untuk membantah operasi penangkapan di bawah ISA ketika pembangkang berusaha untuk mengambil alih kuasa di Kuala Lumpur.

Ilango Karuppannan, dipanggil oleh Jabatan Negara Amerika selepas seorang ahli politik, seorang blogger terkemuka dan seorang wartawan, ditangkap di bawah ISA, yang membolehkan mereka ditahan tanpa bicara, kata satu sumber diplomatik.

Operasi itu dilancarkan ketika wujudnya kebimbangan di Kuala Lumpur bahawa kerajaan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi merancangkan melancarkan operasi penangkapan ketika ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berusaha untuk menubuhkan kerajaan baru apabila ahli-ahli parlimen BN menyertai Pakatan Rakyat.

"Pandangan dan bersuara mengenai politik secara aman merupakan satu hak asasi dan amat penting dalam demokrasi," kata seorang pegawai Jabatan Negara kepada AFP.

"Amerika Syarikat percaya bahawa kerajaan Malaysia perlu menyediakan layanan dan proses sewajarnya, yang konsisten dengan undang-undang Malaysia dan standard antarabangsa," kata pegawai itu yang tidak mahu namanya disebut.

"Kita mengharapkan negara-negara yang mengamalkan demokrasi yang memperjuangkan kebebasan menyuarakan pandangan politik, tidak menyekat kebebasan tersebut," katanya.

Ini adalah kali kedua Ilango dipanggil oleh Jabatan Negara Amerika bulan ini.

Sebelum ini, beliau dipanggil selepas Anwar didakwa atas tuduhan liwat - satu tuduhan yang didakwa oleh ketua pembangkang itu, sengaja direka oleh kerajaan selepas kalah teruk dalam pilihanraya umum Mac lalu.

Menteri Luar, Datuk Rais Yatim sebelum ini mengecam Washington yang didakwanya telah campurtangan dalam urusan dalam negeri Malaysia.

Tetapi Setiausaha Negara Amerika, Condoleezza Rice berkata, Washington akan terus bersuara mengenai kes-kes yang membabitkan hak asasi manusia dan politik "dalam semangat hormatnya kepada Malaysia".

Dibangkitkan di Sidang PBB

Ketiga mereka yang ditahan di bawah ISA semalam ialah blogger Raja Petra Kamaruddin; ahli Parlimen DAP, Teresa Kok dan wartawan Sin Chew Daily, Tan Hoon Cheng.

Tiga buah akhbar - akhbar berbahasa Cina, Sin Chew Daily; akhbar berbahasa Inggeris, The Sun dan akhbar rasmi PKR, Suara Keadilan - turut diberi surat tunjuk sebab berhubung laporan mereka mengenai perkembangan politik semasa.

"Amerika Syarikat amat mempercayai bahawa kebebasan akhbar dan kebebasan bersuara menjadi asas dalam demokrasi," kata pegawai itu lagi.

Badan-badan hak asasi manusia turut mengecam penahanan mereka, dengan mengatakan ia merupakan satu penyalahgunaan kuasa oleh kerajaan Abdullah.

Amnesty International mahu Amerika Syarikat menimbang untuk membangkitkan kes tersebut dalam persidangan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) sekarang, di mana terdapat satu forum khas yang meneliti keadaan hak asasi manusia di negara-negara anggota PBB, kata Pengarahnya bagi Asia Pasifik, T Kumar.

Kataya, kerajaan mesti membebaskan kesemua tahanan ISA dan tidak menggunakan undang-undang tersebut sebagai alat untuk mengekalkan kuasa politik.

Human Rights Watch dari Amerika pula berkata, tindakan Malaysia itu akan memburukkan reputasinya jika mereka yang ditahan itu tidak dibebaskan.

"Nampaknya kerajaan Malaysia merasakan ia hanya boleh mengekalkan kuasa dengan memenjarakan wartawan dan ahli-ahli politik pembangkang," kata Timbalan Pengarahnya bagi Asia, Elaine Pearson.

"Taktik seumpama itu tidak ada tempat dalam demokrasi moden," tambahnya.

- AFP

sumber : Malaysiakini.com


6 ulasan:

bzz berkata...

Amerika dan hak asasi manusia?

Hahahaha...

Guatanamo? Patriot Act? Anwar pejam mata saja... zZzZzZzZzZz... Tak nampak...

Unknown berkata...

Menyibuk betul la Amerika.Jaga negara ko sudahlah,jangan nak tunjuk ada kuasa pulak.suka ati kerajaan lah nak tahan siapa pun.abis tu depa dah buat silap,tangkap je la

Tak abis-abis nak menyusahkan orang.Kang bom sekali lagi baru tau

Stan berkata...

bzz dan cik kiah....Saya tanya kamu dua adakah seimbang untuk menangkap mereka? Siapa yang mulakan ini? Apa maksud Demokrasi? Kita boleh cakap Amerika tepi sidikit tapi adakah ini betul? Saya pun tak suka USA tapi penangkapan ini sangat drastik...Kenapa baru hukum gantung 3 tahun?

Tanpa Nama berkata...

Ironinya, negara Amerika Syarikat, negara yang kononnya civilised, bebas, mendokong hak-hak kemanusiaan dan pernah masuk campur hal ehwal negara dan juga mengecam akta Keselamatan Dalam Negeri, sebenarnya juga telah mencipta Akta Patriot yang menyerupai ISA dan menahan tahanan di Kem Guantanamo Bay, Cuba.

Hundreds of people remain detained in Guantánamo, without charge and with little hope of a fair trial. Despite international outrage and the US authorities’ own stated wish to close the camp, Guantánamo is still holding detainees illegally.

Hundreds languish in cruel, inhuman and degrading conditions, including detainees who have been cleared for release.

Detainees continue to be transferred to the camp from secret CIA custody and elsewhere, confirming Guantánamo’s role at the heart of the US network of unlawful detention.

BACA LANJUT DI SINI :

http://novandri.blogspot.com/2008/09/siapa-pernah-kata-isa-jahat.html


salin oleh :

Penulis Cyber
http://beritamalaysiakini.wordpress.com

amrbt berkata...

bantah!!!
bantah tindakan amerika laknatullah.

kenapa negara celaka ini nak menyibuk urusan orang lain?
apa motif sebenar amerika negara yang menjajah dan membunuh umat Islam di Irag, di Afghanistan dan menaja Israel, terlalu MEMBELA dap dgan pkr? Harap orang Islam/ Melayu fikir2kan.

Tanpa Nama berkata...

Salam sejahtera.

Saya tak nak komen tentang sikap Amerika kerana kita semua faham tentang perangai negara tersebut yang mahu semua dunia ikut demokrasi cara dia.

Tapi yang saya tak faham adalah masyarakat Islam Malaysia yang menggelar mereka adalah pejuang Islam terutama PAS, Pertubuhan Pelajar Islam Di Universiti dan yang lainnya. Semasa isu karikatur menghina nabi Muhammad SAW pada tahun 2006 yang dilukis dan dikeluarkan oleh akhbar Denmark dan cuma di cedok oleh beberapa akhbar tempatan, ramai yang berarak dengan sepanduk dan poster menentang dan menunjuk kegarangan umat Islam Malaysia dalam mempertahankan nabi Muhammad SAW. Saban jumaat di masjid-masjid demontrasi dan ucapan bersemangat di laungkan terhadap kejadian tersebut.Khutbah jumaat juga memuatkan cerita yang sama.

Tapi kini Malaysia Today secara terang menghina nabi kita dengan memberi gambaran Nabi Muhammad sebagai seorang tidak bermoral kerana menghalalkan rompakan keatas orang lain untuk membiayai Islam. Nabi juga dikatakan berkahwin dengan perempuan berumur 9 tahun berpoligami, membunuh orang kafir dan membuat keuntungan dari perniagaan hamba abdi.Masyarakat tidak boleh menyalahkan Osama Laden atau Sadam Husein membunuh orang awam kerana nabi Muhammad pun melakukan perkara yang sama.Orang Islam di Malaysia juga dikatakan munafik kerana menindas agama lain dan menyalahguna kuasa.

Secara terang-terang celaan ini berlaku dibumi tercinta Malaysia. Tetapi ada siapa yang berarak untuk membuat protes,PAS ke, pelajar ke, Persatua Islam Universiti ke yang begitu gah bercakap dalam demontrasi membantah kehadiran penyanyi Barat semasa hari Kemerdekaan di Masjid negara. Kemana semua mereka ini. Apa yang mereka buat cuma demontrasi anti bajet di UM.Itu lah yang mereka tahu. Politik, politik, politik.

Sah semua mereka ini seperti musang berbulu ayam berpura-pura sehingga ketahap mempermainkan kemunian dan kesucian agama Islam sendiri.

Kenapa mereka tidak membantah dan berdemo. Jawapannya kerana yang membuat onar adalah sekutu mereka.