MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

13 Sep 2008

PKR hantar wakil buru BN di Taiwan

PKR hantar 5 pegawai ke Taiwan untuk buru wakil-wakil BN bagi merealisasikan cita-cita Anwar jadi PM 16 September tercapai. Dari kiri, Low Chee Chong (AMT PKR), Elizabert Wong (Ketua Penerangan Wanita PKR), Fauziah Salleh (AMT PKR), Tian Chua (Ketua Penerangan PKR) dan Saifuddin Nasution Ismail (Pengarah Strategik PKR).

PETALING JAYA: Ketika lima pemimpin kanan Parti Keadilan Rakyat (PKR) tiba di Taiwan dengan mendakwa sekumpulan Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) telah pun bersetuju mengadakan perbincangan melompat parti, anggota BN-BBC terbabit dipercayai akan meninggalkan negara itu awal pagi esok

mStar Online difahamkan sebahagian anggota BN-BBC akan berlepas ke Hong Kong manakala beberapa Ahli Parlimen akan kembali ke tanah air.

Dalam pada itu, Timbalan Pengarah Pilihan Raya PKR, Fuziah Salleh ketika dihubungi sebentar tadi berkata, misi mengadakan perbincangan dengan beberapa Ahli Parlimen BN bermula malam ini.

Kata Fuziah, beliau akan menggunakan masa dengan sebaik mungkin bagi memastikan matlamat mereka 'menjejaki' Ahli Parlimen BN di sana mencapai sasarannya.

"Kami dimaklumkan mereka (Ahli Parlimen BN) telah tukar rancangan asal dan akan 'melarikan diri' ke Hong Kong esok pagi," kata beliau ketika dihubungi di Taipei malam ini.

Ditanya sama ada beliau dan empat lagi wakil PKR punyai masa yang cukup untuk mengadakan pertemuan dengan Ahli Parlimen BN, beliau berkata perkara itu bukan satu masalah.

"Walaupun mereka nak 'lari' esok, tapi kita ada banyak masa untuk bincang. Tengah malam ini dan awal pagi esok selepas sahur pun boleh bincang lagi," katanya dengan yakin.

Malam ini wakil PKR akan menghadiri majlis makan malam bersama pejuang reformis Taiwan, Simyntec.

Fuziah berkata, tindakan Ahli Parlimen BN yang akan ke Hong Kong itu menunjukkan seolah-olah mereka mengiakan bahawa penubuhan kerajaan pada 16 September akan benar-benar berlaku.

"Kalau mereka kata lawatan mereka itu sebagai lawatan yang normal, mengapa perlu tukar rancangan di saat-saat akhir?," katanya.

Ditanya sama ada wakil PKR akan turut mengekori Ahli Parlimen BN ke Hong Kong beliau berkata: "Tidak perlu rasanya, kita mampu laksanakan tugas kita di sini."

Sementara itu, Timbalan Pengerusi Kelab Penyokong-penyokong Barisan Nasional (BN-BBC), Datuk Bung Moktar Radin pula menafikan rombongan mereka akan menuju Hong Kong esok.

"Mana ada kita ke Hong Kong (esok). Lawatan kita sudah habis hari ini.

"Esok dan lusa sudah ada Ahli Parlimen kita yang mula pulang (ke Malaysia)," katanya.

Bung berkata, dua ahli Parlimen akan pulang esok namun enggan mendedahkan nama mereka.

Selain Fuziah, empat wakil PKR yang kini berada di Taiwan ialah Pengarah Strategi PKR, Saifuddin Nasution, Ketua Penerangannya, Tian Chua serta Ahli Majlis Tertinggi. Low Chee Chong dan Ketua Penerangan Wanita PKR, Elizabeth Wong

Tian berkata, sehingga kini Pakatan Rakyat berkeyakinan bahawa pada 16 September ini kerajaan baru persekutuan akan dibentuk.

“Hingga kini kami telah berjaya... langkah seterusnya berkaitan dengan perkara-perkara teknikal iaitu sama ada kita berjaya mengadakan pertemuan dengan Agung dan juga memastikan proses peralihan itu berlaku dengan aman dan teratur,” kata beliau ketika ditemui di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, Sepang hari ini.

Tambah beliau, setelah wakil PKR pulang Ahad ini, kepimpinan PR boleh membuat satu rumusan dan membuat pengumuman bahawa "kita telah berjaya dalam agenda 16 September."

Dalam pada itu, beliau juga mengesahkan akan mengadakan perbincangan dengan sebahagian Ahli Parlimen BN mengenai pelan transfomasi kerajaan pada 16 September seperti yang dirancangkan.

Rombongan seramai 49 Ahli Parlimen iaitu anggota Kelab Penyokong Kerajaan Barisan Nasional (BN-BBC) kini berada di Taiwan sempena lawatan sambil belajar pertanian berteknologi tinggi.

Mereka dijadual pulang ke tanah air pada 17 atau 18 September ini.

PKR, salah satu parti komponen Pakatan Rakyat, memutuskan untuk menghantar kumpulan lima wakil itu pagi semalam.

sumber - mstar online


7 ulasan:

zek berkata...

Kalau ya pun nk bentuk kerajaan baru takkan la sampai terhegeh-hegeh ke sana sini memujuk supaya orang lain bekerjasama. Dah tu pula diuar uarkan pula di media tanpa segan silu.

wokyoh berkata...

menteri main sembunyi sembunyi dan kejar-kejar macam budak-budak je...

tu semua guna duit rakyat tu....
banyak membazir la kau orang semua pak menteri oiii.....

macam itu ke tahap mentaliti menteri..kejar-kejar,sembunyi sembunyi...bila nak selesai masalah?
ingat lari ke taiwan dan hong kong boleh selesai masalah ke???

pak menteri yang nak lompat kenapa perlu lari... dan pada yang betul-betul nak lompat kenapa sampai kena kejar dan pujuk...

woi menteri-menteri...banyak lagi masalah rakyat yang tak selesai ni...kamu asyik dok main main je...mati nanti tuhan akan tanya apa tanggungjawab kamu sebagai pemimpin pada rakyat...kamu jawab la sendiri...

saifudin ni pun satu...percayalah kau pada nuar tu....nalla,ezam dan lain-lain lagi dah lari dari nuar...demo dok turut orang sakit tu lagi...

ysnizam berkata...

sedeh aku tengok gambo melayu2 yg tak sedar diri..

Di permainkan Anwar..
sedih..sedih..

WakJ Zoner berkata...

Tu de 2 pompuan yg gi taiwan jgn wat 'benda' lain plak.. 3 laki 2 pompuan..best la tu..dh mcm xde keje

Unknown berkata...

Kenapa la mereka tu takleh guna akal fikiran yang dianugerahkan oleh Allah,kalau anuwar cakap terjun bangunan pun depa sanggup nih!!!

Unknown berkata...

ish, hairan aku! kata dah yakin bebeno ada 30 katak yang nak lompat.. tapi, apasal nak main aci kejar and polis sentri plak ni? kalo yakin, dok lepak je la dan tunggu 16 sept menjadi realiti! tak payah nak buat operasi mengajar/mencari/membeli/memujuk di taiwan pulak! nampak bebeno 16 sept tu cuma cakap2 kosong! cuma impian yang sengaja digembar gemburkan sedangkan realitinya jauuuuuuuuh sekali! kesian anwar, bakal menggigit jari! huhuhu..

beruang berkata...

Salam sejahtela

Ini lima pembulu sudah ada lesen senapang ka tatak ada? macam mana mau bulu kalau tatak pandai tembak, nanti salah tembak tertembak itu katak kodok pulu bawa balik malaysia, tau bising dan makan saja.

Apa pasat meleka tatak plan buat kilija betut betut.Mau pigi makan angin sama buat itu publisiti mulahan saja. manyak tatak malu punya olang. Hidung penyek, pipi pula solong-solong. Meleka semua announce pasat mau bincang sama ahli BN yang mau lompat-lompat. sepelti olang2 BN tatak ada etika selta pendilian pada parti. Amat jahat meleka ini. Olang mungkin akan fikil bahawa olang BN bole kena beli dengan wang. Meleka mua letak olang BN sama talaf denagn meleka dali segi pendilian selta pemikilan.

Wa suda tatak sabar mau tunggu itu bicala liwat maa. Sudah tentu ini kali itu bapak liwat gigit jali. Sebab itu dia mau jadi Peldana Menteli supaya dia bole tutp itu case. Supaya dia bole buang sumua bukti. Supaya dia bole main belakang lagi. supaya dia bole sebalkan islam secular di malaysia juga plurarisma. Jangan tiba-tiba itu ajijah dapat madu nanti, tapi madu lelaki. sebab satu hali malaysia akan bikin undang-undang lelaki bole kawin sama lelaki kalau Bapak liwat jadi PM

Jadi wahai lakyat Malaysia. Buatla pilihan dengan manyak celdik. Anda mampu kasi ubahnya.

Sekian, telima kasih