MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

25 Sep 2008

Akhirnya ada wartawan tanya kenapa Anwar menipu...


Akhirnya ada wartawan tanya kenapa Anwar menipu...


Oleh: ROSLAN BIAN

Bagi kebanyakkan wartawan yang sering hadir sidang media Datuk Seri Anwar Ibrahim, mereka sudah jemu dengan cerita Ketua Pembangkang itu untuk ambil alih negara selepas pelan 16 September terbukti omong kosong.

Ada juga merungut kerana tiada cerita baru untuk ditonjolkan selain dolak dalih Anwar yang kononnya hendak penyerahan kuasa dilakukan secara aman dan teratur oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Ini macam cerita pencuri suruh tuan rumah buka pintu kerana hendak menyamun. Mana ada tuan rumah nak buat begitu kalau tahu pencuri suruh berbuat demikian.

Akhirnya, barangkali kerana sudah bosan dengan jawapan Anwar yang terus ‘pusing-pusing’ tentang tarikh baru pembangkang nak kuasa negara, seorang wartawan menempelak Anwar gara-garanya kerap berdolak dalih dalam isu itu.

Kejadian itu berlaku ketika Anwar menjawab soalan para wartawan selepas menghadiri prosiding kes liwat terhadapnya di Mahkamah Sesyen Jalan Duta di Kuala Lumpur, pagi Rabu.

Selepas Anwar mengulangi jawaban mengenai tuntutan meminta PM berjumpanya atau mengadakan sidang khas Parlimen bagi usul undi tidak percaya kepada Abdullah, sudah cukup bilangan ahli parlimen BN yang akan ;lompat’, wartawan wanita itu mencelah.

“Mereka kata Datuk Seri penipu, apa Datuk Seri fikir pasal itu (penipu)?,”katanya.

Anwar yang nampak agak tergamam dengan soalan itu, mahu tak mahu terpaksa menjawab.

“Mereka panggil macam-macam sebelum ini. Yang utama, jika mereka (kerajaan) fikir saya penipu, buatlah cara betul dan saya akan kemuka di Parlimen,” katanya.

Jawapan Anwar itu merujuk kepada permohonan pembangkang supaya Perdana Menteri mengadakan sidang parlimen khas bagi mereka membuktikan sudah ada cukup bilangan ahli parlimen untuk ambil alih kerajaan.

Ketika bercakap dengan media di depan lif lobi Kompleks Mahkamah Jalan Duta itu, Anwar tidak menjawab pertanyaan bila tarikh baru serta rancangan pembangkang merealisasikan impian tersebut.

Namun beliau terus dengan ayat lamanya mendakwa ada cukup Ahli Parlimen BN yang nak melompat.

"Saya ada bilangan majoriti. Pasal deadline (tarikh untuk menubuh kerajaan baru) bukanlah satu isu," katanya.

Apapun beliau juga masih enggan menyatakan jumlah dan senarai ahli parlimen BN yang setuju menyertai pembangkang.

Kini pemimpin pembangkang serta penyokong terpaksalah tunggu macam tunggu buah tak jatuh sama ada cerita peralihan kuasa ini jadi atau tidak.

Namun, yang jelas tiada pemimpin utama PKR, DAP dan PAS menemani Anwar di mahkamah, Rabu berbanding kehadirannya untuk prosiding pada 9 September lalu.

Malah, bilangan penyokongnya yang hadir boleh dibilang dengan jari.

Mungkinkah ini tanda-tanda, penyokong Anwar sudah bosan kena ‘kelentong’, begitu juga sebahagian wartawan yang ‘terpaksa’ kerja dan berdepan cerita sama tetapi berbeza hari. 24/9/2008

-----------------------------


PM tolak desakan Anwar adakan sidang tergempar Dewan Rakyat

Kalau Datuk Seri Anwar Ibrahim nak desak sangat diadakan satu sidang tergempar Parllimen pada 23 September ini beliau harus dengar jawapan spontan kalangan pimpinan utama UMNO ketika soalan mengenainya ditujukan kepada Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi semasa sidang akhbar selepas mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO petang Khamis.

Belum sempat Perdana Menteri menjawabnya mereka beramai-ramai menyuarakan tidak setuju dengan bertanya balik, “ untuk apa? ”

Abdullah yang menjawabnya sejurus itu berkata beliau tidak nampak sebab perlunya diadakan sidang tergempar itu kerana Dewan Rakyat akan mula bersidang selepas Aidilfitri iaitu 13 Oktober.

Beliau secara sinis kata, Ketua Pembangkang itu boleh gunakan kesempatan sidang Dewan Rakyat waktu itu jika ada perkara yang hendak dibangkitkan.

Anwar dalam sidang akhbar pada tengahari Khamis mengulangi dakwaannya sudah mempunyai jumlah Ahli Parlimen BN yang mencukupi.

Katanya sidang tergempar berkenaan untuk membolehkan mereka membincangkan usul undi tidak percaya pada kerajaan BN.

Sementara itu kalangan pimpinan UMNO yang ditemui selepas mesyuarat itu meminta semua pihak tidak menghiraukan cakap Anwar itu.

Bagi mereka ia tidak lebih dari gimiknya setelah ternyata gagal menubuhkan kerajaan 16 September yang digembar gemburkan selama ini.

“ Apa perlu kita dengar cakap orang seperti itu lagi…biarlah dia terus buat bising sendiri,”kata Datuk Nazri Aziz.

Anwar dalam sidang akhbar itu kata beliau sudah hantar surat kepada Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menuntut beliau mengadakan sidang tergempar Dewan Rakyat selewat-lewatnya pada 23 September ini.

Katanya surat itu ditandatangani bersama oleh beliau, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan pemimpin DAP, Lim Kit Siang.- 18/9/2008

sumber - agendadaily.com




2 ulasan:

NORA berkata...

Assalamua'laikum wrt. wbt..

Apa nak jadi, apa nak jadi, sampai sekarang tak jadi-jadi ... mungkin Anwar lupa bahawa jika Allah kata jadi, maka jadi ... tapi sampai sekarang tak jadi2 tu adalah tanda memang dia tak diizinkan untuk jadi PM. Samada mau terima qada dan qadar atau mahu melawan takdir ...terserah.

Joyah tak nampak pun apa taraf beliau untuk paksa2 Pak Lah untuk buat sidang tergempar. Segala masalah yang dihadapi oleh rakyat sekarang adalah berpunca dari beliau sendiri, jadi mengapa mahu jadi seperti sang tikus yang bercita-cita untuk membaiki labu. Ciri-ciri penipu akan sentiasa terserlah walau cuba untuk di lindung dengan apa cara sekalipun.
Sebab itu ada pepatah..sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya kan jatuh ditanah jua.

wallahualam

wokyoh berkata...

nuar: eh bau busuk la...kau tak bau apa-apa ke?

paklah:aku bau...tapi bau datang dari arah kau la....kau kentut ke???

nuar:tak...aku tak kentut...sumpah aku tak kentut...air sembahyang tadi pun masih ada lagi ni...basah lagi ni...

paklah:eh tadi,waktu aku tidur..aku dengar macam ada satu bunyi proooppp...gitu dari arah kau...entah entah kau kentut tak??? dah tak ada orang lain dah ni...hanya kau dan aku je...

nuar:dah kalau macam tu..kau la yang berkentut....waktu kau tidur tadi...aku dengar juga bunyi tu dari arah kau...

paklah:aku mengaku aku tidur, tapi...bukan aku...kalau aku ,bau dia tak seteruk ni...ni macam bangkai biawak ni...tak pernah kentut aku bau macam ni...

nuar:Ye la...orang tidur mana sedar dia kentut ke tidak...dah sah kau yang kentut...

paklah: ye tak ye jugak..bijak betul kau ni ye nuar....tapi tadi aku tak tidur..aku pura pura tidur je...aku dengar kentut pertama kau tadi..volume dia slow sikit sebab kau control macho...tapi bila kau tengok aku macam terlelap....kau melepaskan bom kau tu sekuat hati...aku nampak punggung kau sedikit terangkat tadi....

nuar:ohh..macam tu kaa..???betul la aku kentut 2x tadi..tapi aku sengaja nak menguji kau tidur ke tak....tu je...jadi kalau kau tidur kentut tu jadi...tapi kalau kau tak tidur kentut tu kira tak jadi la....

paklah:aiitt..kenapa pulak lagu tu???

nuar:aku tetap mengaku yang aku tetap tak sengaja kentut...dan aku tetap dengan pendirian aku...sehinggalah mahkamah yang menentukan aku berkentut atau tidak...kena tanya peguam-peguam aku dulu...entah entah lepas bicara kat mahkamah..kau pula yang bersalah....sekarang ni..kita mana ada saksi...

paklah:oohhh...kalau lagu tu...kita tak payah la masuk court..benda kecik-kecik ni..kita settle kat luar je...nanti orang tahu aku kuat tidur dan tak pandai berhujah kat mahkamah nanti...malu la aku....

nuar:tahu pun kau ni...tu la..lain kali nak tuduh orang kena ada bukti...ada faham...jadi kalau tak nak masuk court...sila panggil orang ramai untuk buat sidang tergempar dengan segera....

paklah:buat apa pula sidang tergempar tu??? aku tak faham la...

nuar:kau istihar la yang kau berkentut tadi..bukan aku...itu je...

paklah: tapi...tadi kau bukan berkentut je..kau terkicit atau cirit birit jugak...tu bau dia busuk macam bangkai...aku nampak kau basuh punggung kau tadi waktu aku buat buat terlelap tadi...kau nak ke benda ni aku sebut nanti dalam sidang nanti...waktu tu orang akan percaya kat aku sebab ...tengok...seluar kau....basah dan najis dok meleleh tu... tu...tengok!!!

nuar:cis,kantoi aku...rupa-rupanya kau ni auta jugak ye....lebih terer dari aku...mana kau belajar???

paklah:yeeeaaa...kalau tak..takkan tun pun dulu tertipu dengan taktik aku..he he he...aku tau..kau jenis yang kalau berkentut..pasti terkincit punya...dah looose dah...!!!ha ha ha...