IPOH: Ahli Majlis Daerah Perak Tengah, Zul Hassan, yang menyamakan habuan seks dengan sedekah setelah mendakwa dirinya diperangkap oleh Badan Pencegah Rasuah (BPR) melakukan perbuatan itu dengan seorang wanita dari China, disarankan supaya bertaubat.
Ahli Dewan Undangan Negeri Perak kawasan Sungai Manik, Zainol Fadzi Paharuddin, yang terkejut dan kesal dengan kenyataan itu berkata, sebagai orang Islam, Zul seharusnya faham dan sedar ungkapan yang digunakan itu secara terang telah memalukan umat Islam.
Dalam satu kenyataan di sini hari ini, beliau juga meminta ulama khususnya daripada Pas memberikan nasihat dan mentarbiyyah Zul.
"Janganlah pula selepas ini ulama-ulama Pas mencari dalil dan alasan untuk menutup perkara berkenaan," katanya.
Zul, seorang anggota Parti Keadilan Rakyat (PKR), membuat kenyataan itu selepas mengadakan pertemuan dengan Jabatan Agama Islam Perak (JAIP) untuk meminta jabatan itu menyiasat dan mengambil tindakan terhadap orang tertentu yang kononnya telah memfitnah, menghina dan menganiaya beliau kerana mendakwa dia terlibat dalam skandal seks membabitkan wanita dari China itu.
Mufti Perak, Datuk Seri Harussani Zakaria sebelum ini berkata bahawa kenyataan Zul itu biasanya dikeluarkan oleh orang yang jahil tentang hukum agama selain merupakan satu tindakan yang cukup bodoh jika kenyataan itu bertujuan mempertahankan diri daripada kesalahan yang telah dilakukan.
Zainol Fadzi, yang juga Ketua Pemuda Umno Perak, berkata pengakuan seorang lagi anggota PKR, Fairul Azrim Ismail, 30, bahawa dia (Fairul Azrim) telah mengadakan hubungan seks dengan seorang wanita China juga membuktikan amalan rasuah telah berlaku dalam sebuah kerajaan (Pakatan Rakyat Perak) yang kononnya mengamalkan prinsip kebenaran dan ketelusan.
"Malah kepada Penasihat PKR sendiri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, pengakuan tersebut merupakan satu kejayaan besar kepada beliau kerana telah berjaya mendidik anakanak buahnya menjadi berani mengakui perbuatan yang dilarang dalam Islam," katanya.
Fairul Azrim pernah ditahan BPR berhubung dakwaan rasuah dan seks membabitkan sebuah projek pembangun di Seri Iskandar dekat sini tetapi dilepaskan pada 21 Ogos lalu.
Zul pula bersama-sama juruteknik Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP), Ruslan Sahat, dan dua Exco Perak dari PKR, Kapten (B) Mohd Osman Mohd Jailu dan Jamaluddin Mohd Radzi, serta bekas Adun Bota juga dari PKR, Kapten (B) Usaili Alias, kini menghadapi 16 tuduhan rasuah yang akan dibicarakan serentak selama tiga hari bermula 11 Februari depan di Mahkamah Sesyen di sini.
PKR Perak dijadual mengadakan satu sidang akhbar berhubung kontroversi kenyataan Zul dan pengakuan Fairul Azrim itu di sini pada 10 pagi esok.
sumber - mstar.online
3 ulasan:
Salam alaikum
"Janganlah pula selepas ini ulama-ulama Pas mencari dalil dan alasan untuk menutup perkara berkenaan," katanya.
berzina itu adalah perkara yang terlarang dan dikutuk di didalam Islam.Bahkan disediakan hukuman yang khusus jika terbukti orang itu benar benar terlibat dalam perzinaan.
berzina itu juga adalah perkara yang terlarang dan dikutuk di dalam Bible dan dinyatakan bahawa hukuman mati sebagai tebusan.
Deuteronomy 22:22 "If a man is found sleeping with another man's wife, both the man who slept with her and the woman must die."
Leviticus 20:10 "If a man commits adultery with another man's wife--with the wife of his neighbor--both the adulterer and the adulteress must be put to death."
tetapi manusia keji telah meng'edit' dan menokok-nambah undang undang kitab bible yang asli walhal Jesus alayhi alsalam sendiri mengatakan;
"Do not think that I [Jesus] have come to abolish the Law (the Old Testament) or the Prophets; I have not come to abolish them but to fulfill them. I tell you the truth, until heaven and earth disappear, not the smallest letter, not the least stroke or a pen, will by any means disappear from the Law (the Old Testament) until everything is accomplished. (Matthew 5:17-18)"
Harap Pas yang selalu mempamerkan sifat memperjuangkan hukum hudud dan selalu berjihad untuk menegakkan syiar Islam di Malaysia akan mengadili kes ini dengan seadil-adilnya dan tegas jika benar-benar mahu menjadi ikon parti Islam yang sebenar..
melalui kenyataan ZUL, PAS secara tidak langsung akan menerima tempias kerana duduk semeja dengan parti tersebut; oleh itu saya harap seharusnya PAS dapat mencontohi akan sabda RasulAllah SAWA;
"Walaupun andaikata Fatimah mencuri akan kupotong tangannya".
ps:Orang di rumah yang harus di didik terlebih dahulu sebelum mendidik orang luar..
sedekah ke atau serakah???
sedekah ke atau harakah???
bunyi agak sama je tu...
ni sorang lagi kaki sedekah... MB boneka perak si nizar...dia ni orang pas yang pakai baju pkr...
dia ni suka bagi sedekah juga...habis tanah bagi sedekah kat orang....lepas ni bagi pasir pula....habis pasir bagi batu pula...habis batu...seluar dalam dia pun dia bagi nanti...negara berkebajikan la katakan!!!!!
True Heart Finder dan wok yoh,
Berikut merupakan berita yang dipetik daripada Utusan Malaysia :
Mufti Perak, Datuk Seri Harussani Zakaria meminta individu Islam jangan berperilaku seperti orang bodoh dengan menyamakan habuan seks seperti sedekah.
Tegas beliau, kenyataan seumpama itu biasanya dikeluarkan oleh orang yang jahil tentang hukum agama apatah lagi jika diungkapkan mereka yang terlibat dalam politik.
Dalam aspek ini, beliau mengingatkan bahawa sedekah merupakan barang yang halal kepunyaan seseorang untuk diberikan kepada orang yang memerlukan.
"Seks itu zina dan kita tidak boleh menyamakan benda yang haram dengan yang halal.
"Jangan sampai terlalu bodoh membuat kenyataan seperti itu. Cukup bodohlah kalau hendak mempertahankan diri kita (dengan cara itu). Seseorang ahli politik yang berfikiran seperti itu tidak layak menjadi seorang pemimpin," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.
Beliau mengulas kenyataan Ahli Majlis Daerah Perak Tengah, Zul Hassan yang menyamakan habuan seks dengan sedekah setelah mendakwa dirinya diperangkap oleh Badan Pencegah Rasuah (BPR).
Zul membuat kenyataan itu selepas mengadakan pertemuan dengan Jabatan Agama Islam Perak (JAIP) untuk meminta jabatan agama itu menyiasat dan mengambil tindakan ke atas orang tertentu yang telah memfitnah, menghina dan menganiayanya kerana didakwa terlibat dalam skandal seks membabitkan wanita dari China.
Harussani berkata, menyamakan sesuatu yang haram tidak boleh dijadikan alasan semata-mata untuk melepaskan diri daripada tuduhan pihak tertentu.
"Soal diperangkap atau apa sekalipun yang haram tetap haram. Zina itu haram dan berdosa sesiapa berkata sebegitu (menyamakan imbuhan seks dengan sedekah)," katanya.
Sementara itu, Mufti Perlis, Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin menyifatkan kenyataan Zul satu penghinaan kepada amalan sedekah yang mulia.
"Saya sangat dukacita dia boleh menyamakan antara yang halal dan haram. Perkara yang jahat dan baik merupakan satu perbandingan yang begitu bercanggah dengan syariat Islam," katanya.
Dalam pada itu, Setiausaha Agung Persatuan Ulama Malaysia (PUM), Dr. Roslan Mohd. Noor berkata, individu yang mengeluarkan kenyataan sedemikian mungkin tidak mempunyai latar belakang Islam sepenuhnya sehingga sanggup berkata sebegitu.
"Dalam hal ini, dia tidak sepatutnya menggunakan contoh sedekah bagi mempertahankan kesalahan dirinya.
"Sedekah satu amalan mulia dalam Islam berbanding rasuah atau zina yang sepatutnya dia menghindarinya," katanya
Catat Ulasan