MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

13 Ogo 2008

Walau apa cara, Anwar tetap mahu jadi PM


Walau apa cara, Anwar tetap mahu jadi PM


16 Ogos 2008 hingga 26 Ogos 2008 adalah kemuncak kepada siri-siri pembohongan, putar belit dan kemaruk kuasa seorang manusia bernama Anwar Ibrahim dalam mengejar cita-cita untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia dan pada tarikh berkenaan akan berlangsung Pilihan raya Kecil Parlimen Permatang Pauh.

Kita percaya kesempatan ini akan digunakan sepenuhnya oleh Anwar untuk manipulasi dan memburukkan seluruh sistem kerajaan bagi mempengaruhi pengundi dan melengkapkan agenda peribadinya.

Anwar akan kritik kerajaan semahunya. Anwar akan menabur bermacam-macam-macam janji yang tidak mampu di penuhi. Kalau ada definisi mengenai matlamat menghalalkan cara maka inilah senario yang tepat untuk menggambarkan perbuatan Anwar.

Turunkan harga minyak, kurangkan cukai, pembelaan rakyat miskin dan lebih pasti, Anwar akan menggunakan ruang terbuka untuk mengambil kesempatan memfitnah Najib Razak dalam isu Altantuya. Dan kita bakal menyaksikan juga lidah bercabang Anwar menabur berbagai-bagai janji bagi memastikan beliau menang besar di pilihan raya tersebut. Dan seperti biasa sebahagian pengundi Permatang Pauh akan dipukau oleh Anwar.

Seperti biasa, pengundi yang terpesona dengan pidatonya yang hebat serta madah berhelahnya, tergoda dengan bahasa badannya serta tertarik dengan karismanya konon sebagai pemimpin masa depan akan mengundi Anwar serta rebah di kaki insan yang sedang dibicarakan atas tuduhan liwat terhadap pembantunya ini.

Malah sudah ada yang berani meramalkan bahawa bekas banduan yang pernah terpenjara selama enam tahun kerana menyalahgunakan kuasa ini akan menang mudah kerana sebahagian besar pengundi di Permatang Pauh telah tertutup pintu hatinya daripada mengenal yang mana satu intan dan yang mana satu kaca. Mereka sanggup diperbodoh serta diperalatkan bertahun-tahun oleh Anwar Ibrahim dan Wan Azizah. Mereka merelakan diri mereka menjadi papan bidak untuk memenuhi kerakusan nafsu Anwar.

Mereka sanggup menggadaikan harga diri untuk turut sama bersekongkol dengan agenda jahat Anwar untuk menumbangkan kerajaan secara rasuah. Mereka jadi hilang pertimbangan hanya kerana taksub serta menganggap Anwar adalah Tuhan Masa Depan untuk mereka meskipun berbagai-bagai kesilapan dan kesalahan yang Anwar lakukan termasuklah merosakkan perpaduan kaum dan memecahbelahkan kesatuan Melayu.

Anwar yang tergesa-gesa mahu bertanding dalam pilihan raya bagai mahu lari ataupun bersembunyi daripada bayangan kesalahan yang menakutkan. Anwar seperti takut kepada bala yang akan menimpa beliau kerana ada dosa-dosa terselindung yang mungkin dilakukannya. Berimej Islam dan berperwatakan seperti orang baik-baik lebih memudahkan Anwar untuk mengaburi mata pengundi.

Anwar menjadi ghairah dan berkeyakinan tinggi untuk bertapak di Putrajaya kerana di sokong oleh sebahagian media tempatan dan asing. Anwar seakan menjadi gila untuk berkuasa kerana beliau dikelilingi oleh orang-orang yang terpengaruh dan percaya dengan kegilaan beliau lantas menyokong apa sahaja sehingga terlupa akan dosa rasuah Anwar Ibrahim.

Pengundi Permatang Pauh seakan menolak fakta dan sejarah. Pengundi di Permatang Pauh seakan telah ditutup pintu hidayah mereka untuk terus menyokong bekas banduan ini. Mereka menjadi seperti robot yang boleh diarahkan oleh Anwar bila-bila masa dan PAS yang juga sedang kemaruk kuasa turut bersekongkol dengan Anwar yang moralnya sedang diragui.

Anwar cukup licik bermain politik. Menggunakan kepetahan berhujah, beliau mampu serta berjaya mengaburi serta mengelirukan kebanyakan rakyat. Beliau berjaya menutup segala kesilapan ataupun salah laku beliau. Beliau berjaya menjadikan rakyat simpati terhadap dirinya. Beliau berjaya mengujudkan teori konspirasi bahawa beliau menjadi mangsa fitnah serta dengki khianat, kononnya dari kerajaan.

Anwar mahu menjadikan pengundi Permatang Pauh umpama Sungai Ganges tempat penganut Hindu membasuh dosa dan Anwar mahu mahkamah rakyat Permatang Pauh menjatuhkan hukuman tidak bersalah terhadap diri beliau apabila dituduh meliwat untuk kali kedua. Dan kita percaya modus operandi Anwar cukup jelas, beliau mahu rakyat mengalih perhatian daripada memperkatakan segala isu yang berkaitan dengannya dan mendesak Azizah letak jawatan sebagai Ahli Parlimen adalah jalan terbaik buat beliau melengkapkan agenda peribadinya.

Anwar tidak ada pilihan. Daripada membiarkan rakyat kencing atas gambarnya kerana berbohong. Daripada membiarkan keluarganya menanggung aib sekiranya benar beliau meliwat, jalan terbaik adalah mengheret pengundi Permatang Pauh untuk menyokongnya, sekurang-kurangnya memberikan kekuatan untuk beliau menghadapi segala tuduhan terbaru ini dan jelaslah sekali lagi pengundi Permatang Pauh dijadikan alat semata-mata oleh Anwar Ibrahim.

Anwar tidak ubah seperti melukut di tepian gantang. Tak ada lagi baik.

baca artikel asal di malaysia-hariini


5 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Aku tak setuju ayat terakhir yang mengatakan "Anwar tidak ubah seperti melukut di tepian gantang. Tak ada lagi baik."

Perumpamaan tu tidak tepat. Melukut tepi gantang membawa maksud, ada tidak menambah, tidak ada pun tidak mengurangkan. Jadi dalam kes Anwar ni perumpamaan itu tidak tepat dan tidak sesuai pun.

Perumpamaan yang tepat adalah "Anwar tidak ubah seperti sisa najis di tepian mangkuk tandas. Ada menyusahkan orang lain, tak ada memberikan keselesaan pada orang lain."

Tanpa Nama berkata...

betul tu !

mesti marah geng siber DSAI.

awat tak ada datang 2 sini ?

dah tak dibayar ke ?

atau pergi buat laporan polis mcm sepol ?

isk isk....dah lari habih..

apa kata kak wan lari luar negara ?

tinggalkan anwar dan kawan2nya.

tentu terbalik negara terkejut.

dan kita akan gembira jika benar benar berlaku.

ah chai ! lu pun pandai reka bidalan cina juga ya.

bidalan melayu tak keluar lagi mcm tu hehehe.

Ameera berkata...

Salammmmmmmm

Aku amat bersetuju dengan Ah Chai, tapi since Ah Chai bagi perumpamaan Cina, aku nak tambah dengan perumpamaan Melayu Moden.

Anwar adalah seperti Lalat yang hampir meninggal di dalam buih-buih air Nescafe tarik aku pada usia 10
hari. Dia tidak sempat menatap terbitnya fajar ke
100 harinya. Mungkin itu
sudah ketentuannya. Kalau dia hidup sehingga
100 hari mungkin dia sudah
menjadi presiden lalat-lalat dan dengan daya
fikirnya yang tinggi, dia
mungkin mampu mengumpulkan lalat-lalat seluruh
dunia dan menyerang manusia.


Wahhhh... tak sangka aku boleh menghasilkan perumpamaan yang hebat untuk Anwar...... Pastikan dia takkan jadi Perdana Menteri Malaysia !!!!

Ameera berkata...

Salammm....

Sambungan perumpamaan aku kepada Anwar ...

Anwar ialah seperti cirit yang perlu dikeluarkan dengan pantas ... Kalau tak keluar, akan buat perut memulas, kalau ditahan keluar, akan terkincit dan kalau dikeluarkan ... legaaaaaaaaaa rasanya...

Wahhh, aku memang hebat membuat perumpamaan....

Perawi berkata...

Agas walaupun kecil tetapi berbisa, org Kelantan kata maksudnya samseng. Tetapi jika diterbalikan menjadi lebih bagus - SAGA - Kereta Msia yg pertama, kebangaan rakyat Msia.
Memang stabil taraf insflasi jatuh terus ke10% ditahun ini. 91% keuntungan PETRONAS bersamaan RM360 Billion telah dimamah oleh kroni BN. Rakyat untung dapat kenaikan harga barang & minyak. Mana perginya hasil lain getah, kelapa sawit, balak dll bernilai RM240 Billion. Nak buat jambatan penang baru RM2Billion, baki RM698 Billion kemana. Kuah kalau tak tumpah kenasi BN, kemana lagi. DiTerengganu & Kelantan pengikut BN dapat wang Ihsan baguslah, RM200.00, Bagi menampung kenaikan harga barang yg dibuat oleh BN. Pembangkang tiada dapat apa-apa pun. Adil bukan Dacing tu memang dari dulu dah stabil. Adil tetapi org pekedai dah lama dah (pinjam kata-kata Chedet) tinggal dacing itu, sebab penipu.Diharapkan org Penang, Kedah, Perak pun pohon juga, minta wang Ihsan itu, sebab dibawah pembangkang. 50 tahun BN merintah ianya telah gadai hak melayu satu persatu, fikirkan sendiri sebab isu sensitif termasukkan kemasukkan Bukan Melayu didalam MARA, MRSM, UiTM, Khalid Ibrahim MB Sel. cuba memperinggatinya saja. Sebab Melayu Mudah Lupa. Sejarah Babi dimulai dibukit Pelanduk sampai keP/Dickson, N9 yg terbesar diasia resminya oleh Tan Sri Isa Samad MB Ketika itu, timbul sebab ada kes JE. Lepas itu diMelaka laporan Karam Sign Walia. Sehari PKR merintah Selangor, ditimbulkan diTV3 pula isu itu. Berselerak Seluruh dearahnya telah dipenuhi dgn BABI, siapa yg meluluskan lesennya kesemuanya MB yg pendek macam BABI juga (Macam film 3 Abdul - Isa, Ali & Khir-saudagar BABI) untuk eksport seluruh asia Pacific. Apa yg boleh dibuat MB PKR terpaksa kumpul setempat elakkan dari berselerak dan mudah dikawal. Tetapi kita menafikan itu hak bukan Islam, cuma batasnya utk kegunaan dalm negeri.

Pelancaran Hukum Hudud telah dibuat semasa Trg dibawah PAS, sempena meraikan kemenangan, namun tetapi ditentang oleh PM masa itu Chedet. Kalau dilaksanakan tindakkan Mahkamah akan diambil oleh PM - Mahafiraun. Nak katakan Anuar itu jahat tontonlah sendiri dari bekas mantam PM merusi web ini, nilai sendiri: http://wtv8.tv/v3/index.php?option=com_content&task=view&id=98

Bersatu sedikit masa lagi utk hancurkan UMNO/BN, demi kesejahteraan macam semasa kesultanan Melayu dulu yg. Kini dah moden. Demi utk Memertabatkan Islam sunnah Waljamaah dan bukan