MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

19 Ogo 2008

Tanpa PAS impian Anwar hanya tinggal mimpi


Oleh Ahmad Fuad Yahya,
Selasa, 19 Ogos 2008
LEBIH lima bulan selepas pilihan raya umum 8 Mac, Pakatan Rakyat (PR) yang dibentuk tiga buah parti pembangkang bukan sahaja belum mempunyai seorang ketua yang boleh diterima anggota-anggota gabungan, malah ia masih mencari rentak mengenai bentuk kerjasama yang boleh diwujudkan.

Banyak pihak sedang menunggu dengan penuh minat untuk melihat bagaimana kerjasama ini boleh diteruskan dalam suasana anggota pakatan itu yang tidak sehaluan dalam ideologi perjuangan dan bersikap tidak mahu berkompromi.

Pemerhati politik percaya kerjasama itu kini menjadi semakin rapuh, walaupun parti-parti yang menganggotai pakatan itu iaitu Parti Keadilan Rakyat (PKR), DAP dan PAS menyatakan bahawa mereka sehaluan dalam kerjasama itu untuk membentuk sebuah kerajaan baru pada 16 Sept ini.

Sebagai contoh, sungguhpun muktamar tahunan PAS ke-54 di sini yang berakhir semalam turut meluluskan usul bagi memperkasakan lagi pakatan itu namun pada masa yang sama parti itu bertegas untuk meneruskan cita-citanya bagi melaksanakan hukum Islam dalam pentadbiran kerajaan tanpa sebarang kompromi.

Apa yang lebih menarik ialah PAS yang merupakan anggota terkecil dengan bilangan kerusi Dewan Rakyat sebanyak 22 ini, juga mahu parti itu menjadi parti yang memimpin dan bukan sekadar sebuah parti yang menumpang.

Parti itu juga bertegas untuk meneruskan pertemuan mereka yang diistilahkan sebagai muqabalah dengan UMNO dalam usaha dakwah mereka bagi memartabatkan Islam dan orang Melayu.

Mereka juga meletakkan syarat bahawa bahawa kerajaan baru yang bakal dibentuk itu nanti perlu berteraskan Islam dengan bilangan anggota Dewan Rakyat di kalangan orang Islam merupakan kumpulan majoriti dan menegaskan akan keluar pakatan jika syarat-syarat mereka tidak dapat dipenuhi.

Seorang penganalisis politik tempatan berkata pendirian tegas ini digunakan oleh PAS dengan sebaiknya kerana menyedari bahawa parti itu berperanan sebagai "King Maker" dalam pembentukan kerajaan PR yang diura-urakan oleh penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim itu.

Tanpa PAS, impian untuk membentuk sebuah kerajaan baru lebih sukar menjadi kenyataan kerana kerusi yang disandang PKR (31) dan DAP (28) hanya berjumlah 59, daripada keseluruhan 222 kerusi di Dewan Rakyat.

Jumlah kerusi yang dikuasai pembangkang daripada ketiga-tiga parti iaitu PKR, DAP dan PAS sekarang ialah 81 dan mereka memerlukan 31 kerusi untuk mendapat majoriti mudah bagi membentuk sebuah kerajaan baru.

"Sungguhpun Anwar sering kali menyatakan bahawa pakatan itu sudah mempunyai bilangan anggota Dewan Rakyat secukupnya bagi membentuk kerajaan baru itu apabila beberapa anggota daripada Barisan Nasional melompat parti, banyak pihak meragui kenyataan ini.

"Apatah lagi tanpa penyertaan PAS, bilangan kerusi bagi majoriti mudah akan berjumlah 54 dan ia akan lebih menyulitkan usaha pembentukan kerajaan baru ini," katanya.

Beliau berkata pendirian tegas PAS itu akan menjadi penghalang awal kepada kerjasama dalam pembentukan kerajaan baru itu, lebih-lebih lagi DAP yang terang-terangan tidak bersetuju dengan matlamat PAS untuk menubuhkan sebuah kerajaan Islam.

Dalam erti kata lain, pakatan bagi membentuk sebuah kerajaan baru ini telahpun gagal sebelum ia dapat dibentuk.

Sementara itu, seorang pensyarah sains politik pula berpendapat ketegasan PAS dalam soal prinsip perjuangannya adalah penting untuk menjamin masa depan Islam dan orang Melayu di negara ini.

"PAS sendiri telah menyatakan bahawa ia akan menjadi parti yang mewakili kepentingan orang Melayu dan orang Islam dalam kerajaan baru itu. Ini perlu bagi mewujudkan keyakinan orang Melayu.

"Namun, golongan bukan Islam rata-rata masih meragui sikap parti itu yang tidak mahu berkompromi dalam pendiriannya berhubung prinsip perjuangannya itu," katanya.

Beliau berkata langkah parti itu menubuhkan Kelab Penyokong PAS, bagi anggota bukan Islam, merupakan suatu inisiatif bijak untuk memberi kefahaman kepada bukan Islam mengenai keadilan Islam untuk semua.

Bagimanapun, usaha itu akan mengambil masa dan dalam jangka masa terdekat, adalah sukar bagi DAP, yang mewakili sebahagian besar golongan bukan Islam untuk menerima sikap PAS ini, katanya.

Beliau berkata satu lagi perkara yang mungkin boleh mencurigakan dua lagi rakan dalam parti dalam PR ialah pendirian PAS untuk hanya meneruskan hubungan kerjasama bersifat longgar iaitu tanpa berwala' atau bukan untuk mentaati parti-parti dalam PR.

Dalam hubungan ini, keputusan PAS untuk meneruskan muqabalah dengan UMNO boleh menimbulkan kesangsian, mengeruh dan seterusnya melemahkan hubungan kerjasama dalam PR ini.

"Sekarang ini banyak pihak menganggap bahawa Anwar ialah pemimpin atau ketua PR tetapi kenyataan presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang bahawa PR masih belum memilih ketua menimbulkan tanda tanya mengenai kekuatan PR dan kesepakatan dalam kerjasama ini," katanya.

Perwakilan PAS dalam muktamar itu, yang lantang mengkritik kepimpinan kerana mengambil langkah bertemu dan berbincang dengan UMNO selepas pilihan raya umum lalu nampaknya sudah bersetuju menyerahkan isu itu kepada kebijaksanaan pimpinan PAS.

Namun, pemerhati politik berpendapat ketidak puasan hati di kalangan sebahagian pemimpin akar umbi berhubung isu muqabalah itu masih belum reda dan kedaan ini wajar diberikan perhatian oleh pucuk pimpinan parti, yang pada akhir muktamar itu menegaskan bahawa isu itu telah selesai.

baca artikel asal di bernama


5 ulasan:

wokyoh berkata...

pendapat saya:

1)Pas kena keluar dari pakatan rakyat kerana prinsip dan ideologi perjuangan seperti langit dan bumi atau minyak dan air.Pas berjuang untuk menegakkan negara islam manakala anwar ingin menegakkan demokrasi liberal dan ketuanan rakyat.

2)islam berjuang untuk menegakkan yang hak biarpun hanya disokong oleh minoriti rakyat kenana yang hak tetap hak iaitu tidak boleh berkompromi dengan selain kebenaran tuhan manakala demokrasi dan ketuanan rakyat mengangkat kebenaran itu atas suara majoriti dan bertuhankan rakyat.

3)yahudi-zionis bijak mencari jalan untuk memusnahkan islam dan kebangkitan akhir zaman menggunakan cara agama oleh orang agama juga.sejarah membuktikan ulamak yang bernama sheikh nuruddin telah memusnahkan islam dan kerajaan islam Acheh yang pernah terkenal suatu masa dahulu sebagai salah satu dari 4 kuasa besar dunia sehingga digelar serambi mekah dibawah sultan iskandar mahkota alam

4)sheik nuruddin adalah ulamak berketurunan india dari gujerat telah datang ke acheh diwaktu kerajaan islam dibawah sultan iskandar muda mahkota alam tetapi tidak diterima oleh sultan yang terkenal dengan alim itu...apatah lagi waktu itu acheh mempunyai seorang ulamak terkenal iaitu sheik hamzah fansuri dengan ilmu tasauf peringkat tinggi disamping banyak ilmu dan karya sufi yang bermutu....

5)sheikh nuruddin kembali semula ke Goa/gujerat untuk mendalami ilmu agama dan bahasa melayu disamping telah menjadi alat zionis ketika di goa...lalu kembali ke acheh dizaman sultan iskandar thani..lalu mempengaruhi sultan..lalu membunuh semua pengikut hamzah fansuri dan banyak kitab ilmu yang bermutu telah dibakar dihadapan masjid baitulrahman(masjid yang masih gah dan selamat sewaktu tsunami dulu)kerana dikatakan ajaran sesat wahdatul wujud...padahal jika diteliti secara halus ajaran tasawuf fansuri adalah ilmu yang begitu tinggi sekali....maka hancurlah kerajaan islam acheh iaitu serambi mekah ditangan ulamak zionis itu...lantas beliau telah diangkat sebagai ulamak terbilang...padahal jika diteliti kebanyakan karyanya adalah cedokan kitab lama dan salah satu kitabnya"mahkota raja-raja" banyak mengandungi ayat-ayat bodek raja dan mengagung-agungkan raja-raja...

6)Adakah sejarah kejatuhan kerajaan islam acheh dulu akan berulang ditangan ular mak-ular
mak PAS kini???

7)Sokongan yang kuat buat anwar oleh amerika dan zionis untuk menumbangkan kerajaan malaysia demi merealisasikan demokrasi liberal adalah agenda sulit zionis untuk menyekat kebangkitan islam dari timur di akhir zaman sebagaimana hadis nabi.

8)Wahai ulamak-ulamak dan pejuang pas...sedarlah...keluarlah dari pakatan rakyat...apakah anda fikir anwar atau DAP sanggup bersekongkol dengan anda untuk menegakkan daulah islam...dimana sekarang inipun...ladang babi dibesarkan,bajet untuk rumah ibadat kafir diperluaskan,azan di kurangkan bunyinya atau kalau boleh disenyapkan terus kerana mengganggu ketenteraman awam,Islam dan hak memeluknya dipersoalkan oleh bar council dan tulisan jawi untuk papan tanda jalan pun DAP persoalkan....kalau tulisan pun tak boleh...sedikit masa lagi islam pun akan dihapuskan sama sekali...fikir-fikirkanlah sendiri dengan hati yang tenang...wahai saudara seislamku...

wokyoh.

ml berkata...

I so agree with u Wokyoh. Saya rasa begini juga, kalau lah PAS benar2 ikuti cara ugama Islam sebenar2nya, memang saya lah orang yang pertama akan menyertai parti ini. Tapi cara mereka mengendali situasi sekarang sunggoh mengecewakan. Saya rasa mereka lebih bagus kalau mereka berdiri sendiri saja tanpa AI. Lagi ramai yang akan masok PAS, kalau jalan betol lah maksud saya.

Perawi berkata...

Semoga Islam dapat ditegakkan bersama Pakatan Rakyat

Ameera berkata...

Assalamu'alaikum wrt. wbt..

Secara jujurnya, kita tidak mempersoalkan asas perjuangan PAS. Selama ni pun kita bersama PAS kerana PAS satu-satunya wadah yang terdapat di Malaysia yang jujur, ikhlas dan istiqamah dalam meletakkan Islam sebagai asas pegangan tertinggi. Itu adalah hakikat yang tidak dapat dinafikan oleh mana2 individu.

Cuma sejak kebelakangan ini, imej PAS semakin dicalari oleh Penasihat Parti Keadilan yang seolah-olah menggunakan pemimpin-peminpin PAS serta parti tersebut untuk kepentingan peribadi, terutamanya untuk PRU 12 dan pilihanraya kecil Permatang Pauh. Sekarang lebih ramai yang beranggapan bahawa PAS hanya mengikut telunjuk Anwar hingga hampir tidak kelihatan dasar perjuangan yang asal. Mengapa harus terjadi sedemikian? Bahang curiga inilah yang mengundang ramai perwakilan melahirkan rasa tidak puas hati dan ketegasan PAS untuk memartabatkan Islam dan orang Melayu.

Seperti satu perkahwinan dan perhubungan, ianya pasti tidak akan teguh jika terus di hantui rasa curiga dan sikap ketidakjujuran oleh pasangan. Begitulah yang dialami oleh PAS didalam PAKATAN. Ketidakserasian makin terserlah. Sama-sama kita lihat apa kesudahannya nanti.

Ahmad Kamal berkata...

salam wokyoh.... kat website mana dapat akuan bersumpah Bekas Penolong Gabnor Bank Negara, Datuk Abdul Murad Khalid tu ye? Itu maklumat yang bagus untuk dikongsi bersama.... Anwar memang bijak menggunakan kesempatan sekarang ni hinggakan PAS pun diperkudakan....