Bagi orang kebanyakan ‘ bersumpah’ mungkin menjadi mainan kata dalam kehidupan harian mereka.Itu kalau di luar dengan rakan-rakan dan sebagainya.
Namun lain halnya kalau sebut bersumpah Al-Quran dalam masjid.Belum dengar sesiapa yang berani main-main dengan cara ini.Kepercayaan yang menjadi sandaran ialah bala besar akan menimpa sesiapa yang berbohong setelah bersumpah begitu.
Benar tak benar itu bukan kita penentunya.Apapun Saiful Bukhari Azlan telah sanggup bersumpah di Masjid Wilayah Persekutuan di Jalan Duta Kuala Lumpur petang Jumaat untuk mempertahankan dakwaannya bahawa bekas majikannya Datuk Seri Anwar Ibrahim telah meliwatnya.
Bagi kebanyakan orang juga jalan mudah dan ringkas ialah Anwar wajar sekali tampil bersumpah dalam masjid bagi mempertahankan beliau bercakap benar.
Soal kes ini sudah masuk mahkamah adalah soal lain.Apa yang semua orang nak tengok beliau sedia atau tidak bersumpah.
Namun Penasihat PKR itu tetap tidak mahu.Sabtu malam ketika berceramah di Permatang Pauh beliau memberi alasan dinasihatkan oleh para ulama besar termasuk dari luar negara yang beliau tidak perlu bersumpah.
Katanya jika nak ikut cara Islam kes ini harus dirujuk ke Mahkamah Syariah.
Dalam pada itu mesti ramai yang terkedu mendengar Presiden sebuah parti Islam menyifatkan sumpah atau Mubahalah yang dibuat oleh Saiful sebagai tindakan bodoh dan tidak menurut syariat Islam.
Malah ramai macam tidak percaya Datuk Seri Abdul Hadi Awang, pemimpin utama PAS mengeluarkan pendapat sebegitu semata-mata untuk mempertahankan Anwar Ibrahim yang didakwa meliwat Saiful.
Mengulas sumpah Saiful petang Jumaat, Hadi berkata di Ipoh, Sabtu bersumpah menggunakan kitab suci bukan ajaran Islam sebaliknya merupakan amalan orang Kristian dan Yahudi.
Malah katanya, kes yang membabitkan zina dan liwat hendaklah dirujuk kepada undang-undang qazaf.
"Rujuk kepada mahkamah syariah mengikut Akta 121 (1A) Perlembagaan Persekutuan iaitu kes untuk zina dan liwat," katanya.
Beliau kemudiannya menuduh tindakan Saiful bersumpah telah diliwat oleh Anwar adalah agenda politik kotor terhadap mantan Timbalan Perdana Menteri itu yang bertanding dalam pilihan raya kecil di Permatang Pauh.
Lebih dari itu beliau mendakwa Mufti Perlis Dr Mohd Asri yang menyarankan bahawa Anwar juga perlu bersumpah sebagai orang yang tak faham agama.
Hadi menegaskan PAS akan tetap membantu Anwar untuk memenangi pilihanraya kecil Parlimen Permatang Pauh 26 Ogos ini.
Pendapat beliau sama ada secara peribadi atau mewakili PAS, pasti bakal mengundang pelbagai cerita bukan sahaja dikalangan pemimpin dan ahli parti yang mendakwa memperjuangkan Islam tetapi rakyat negara ini amnya.
Malah Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang diminta mengulas kenyataan Presiden PAS itu berkata, itu pendapat Hadi tetapi pendapat ulama yang betul lain.
Mursyidul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat yang pada awalnya sokong saranan Mufti Perlis supaya mereka bersumpah sebaliknya hari ini berkata kaedah sumpah laknat yang dilafazkan oleh Saiful Bukhari dengan memegang kitab suci Al-Quran adalah satu perbuatan yang menyalahi ajaran Islam.
Nik Aziz berkata perbuatan memegang atau menjunjung Al-Quran sebenarnya adalah perbuatan meniru orang Kristian yang memegang kitab suci mereka.
"Dalam Islam sesiapapun bebas bersumpah untuk membuktikan dirinya benar tetapi bukanlah dengan memegang kitab suci Al-Quran kerana ia adalah perbuatan orang Kristian yang memegang kitab mereka ketika bersumpah," katanya kepada pemberita selepas menyertai rombongan barisan pembangkang mengiringi Anwar bagi pilihan raya kecil Parlimen Permatang Pauh.
Menteri Besar Kelantan itu bagaimanapun berkata tindakan Saiful Bukhari bersumpah laknat itu adalah dibenarkan dalam Islam dan kini terpulang kepada keikhlasan pengakuannya bahawa beliau telah diliwat oleh Anwar.
Mengenai saranan supaya Anwar turut bersumpah, Nik Aziz berkata dalam Islam seseorang yang membuat pendakwaan harus bersumpah bahawa dakwaannya adalah benar dan kemudiannya tertuduh perlulah membela diri.
Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata sumpah yang dibuat oleh Mohd Saiful Bukhari Azlan semata-mata bertujuan menjatuhkan maruah dan karier politik suaminya Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Katanya, bekas pembantu peribadi kepada Penasihat PKR itu sengaja menimbulkan perkara itu bagi menghalang hasrat suaminya itu daripada memenangi kerusi Parlimen Permatang Pauh pada pilihan raya kecil 26 Ogos ini.
"Sumpah banyak kali pun, tetapi kalau tiada bukti dan doktor dah sah tiada apa-apa, sumpah dia tak boleh dipakai," katanya kepada pemberita di pusat penamaan calon pilihan raya kecil itu di Dewan Aminuddin Baki di Institut Perguruan Tuanku Bainun.
Beliau turut mendakwa Mohd Saiful Bukhari tidak mengetahui tujuan sebenarnya dia bersumpah.
Calon Angkatan Keadilan Islam Malaysia (AKIM) yang turut bertanding di Permatang Pauh, Hanafi Mamat berkata, pandangan Hadi tidak mencerminkan pendirian agama.
Mudir Sekolah Pondok Padang Siam, Tanah Merah itu menyifatkan tindakan Saiful bersumpah adalah mencari jalan kebenaran.
Katanya, sumpah yang dibuat oleh Saiful adalah mengikut syarat.
Tindakan berani Saiful bersumpah al-Quran turut menjadi topik hangat perbualan pemimpin-pemimpin politik yang sempat ditemui Agendadily semasa penamaan calon pilihanraya kecil Permatang Pauh di di Institut Perguruan Tuanku Bainon dekat Bukit Mertajam.
Bekas Imam Besar Masjid Negara, Datuk Firdaus Ismail juga terkejut melihat Saiful begitu yakin dan kuat semangat untuk bersumpah laknat termasuk kepada keturunannya.
“Ini sejarah yang besar dalam negara kita. Bukan senang seorang anak muda membuat sesuatu yang boleh menjatuhkan maruahnya, keluarga dan keturunan.
“Ia bersumpah dengan nama Allah s.w.t. Bukan sama macam kita bersumpah atas nama manusia. Ini kita bersaksi dengan Allah, ia bukan main-main,” katanya.
Beliau menyarankan Anwar perlu membersihkan namanya dengan berbuat sama seperti dilakukan Saiful yakni bersumpah depan al-Quran.
Katanya, Anwar perlu berbuat demikian demi membersihkan nama dan moralnya.
Malah, exco Pemuda UMNO itu menyarankan pengundi Permatang Pauh mendesak penasihat PKR itu turut bersumpah macam Saiful.
“Bersumpah ini pembersihan moral, proses undang-undang (mahkamah) jalan macam biasalah kalau Anwar mahu macam itu,” katanya.
Bekas Ketua Pemuda PKR, Ezam Mohd Nor pula menggesa PAS menasihatkan Anwar membuat sumpah secara terbuka seperti Saiful bagi membuktikan dirinya tidak bersalah.
“Ini isu peribadi dia dengan Saiful. Jangan dipolitikkan,” katanya.
Bekas Setiausaha politik Anwar itu turut meminta PAS menasihatkan penasihat PKR itu berbuat demikian.
Baginya, inilah masanya PAS membuktikan bahawa mereka memperjuangan Islam. - 15/8/2008
" Wallahi Wabillahi Watallahi ….Saya, Mohd Saiful Bukhari Azlan bersumpah bahawa saya telah diliwat oleh Dato Seri Anwar Ibrahim pada 26-6-08 iaitu pada tarikh tersebut Dato Seri Anwar IBrahim telah memasukkan zakarnya ke dalam lubang dubur saya. Jika saya berdusta atas pengakuan ini maka saya berdusta terhadap Allah dan saya sanggup menerima azab, laknat dan kutukan daripada Allah hingga ke kiamat " – itulah sumpah mengikut syariat Islam yang dilafazkan oleh Mohd Saiful Bukhari Azlan sambil mengadap kiblat di Masjid Wilayah Persekutuan,Jalan Duta Kuala Lumpur jam 6.15 petang Jumaat.
Upacara selama kira-kira 15 minit itu disaksikan imam masjid itu serta 30 orang daripada wakil media dan anggota keluarganya.
Bekas pembantu peribadi kepada penasihat Parti Keadilan Rakyat,Datuk Seri Anwar Ibrahim itu , sebelum ini berjanji melakukan sumpah mubahalah bagi menyokong dakwaannya terhadap bekas majikannya itu.
Sejurus selesai Saiful yang ditemani oleh bapanya, Azlan dan peguamnya Zamri Idrus berkejar ke Hotel Dynasty di Jalan Ipoh untuk menghadiri satu sidang akhbar di situ.
Pada sidang akhbar itu disediakan projector LCD dimana rakaman upacara angkat sumpah itu ditayangkan semula kepada puluhan para wartawan yang hadir.
Saiful memulakan sidang akhbar dengan membacakan satu kenyataan dimana beliau mencabar Anwar supaya angkat sumpah dalam masjid disaksikan oleh para ulamak dan seluruh rakyat Malaysia untuk menafikan dakwaan liwat yang dibuatnya terhadap Penasihat PKR itu.
Beliau yang berwajah tenang sahaja ketika pertama kali mengadap para wartawan sejak membuat aduan polis mengenai dakwaan diliwat oleh Anwar pada 28 Jun lalu enggan menjawab beberapa soalan yang dikemukan sebaliknya berkata akan jawabnya di mahkamah.
“Saya akan jawabnya di mahkamah kemudian.Saya bukan seperti Anwar Ibrahim dan tidak mahu satu perbicaraan menerusi media.saya akan beri kenyataan saya di mahkamah,”katanya.
Kepada satu soalan beliau menegaskan kejadian liwat itu dilakukan tanpa kerelaannya.
Ditanya adakah Anwar orang pertama meliwat beliau, beliau menjawab:
“Ya. Ini (kejadian liwat) kali pertama,”katanya.
Saiful juga berkata beliau tidak bercadang untuk berkempen dalam pilihanraya kecil Permatang Pauh.”Ini bukan soal politik tetapi soal peribadi antara saya dengan Anwar Ibrahim,”katanya.
Beliau juga menolak andaian sengaja memilih untuk sumpah Al-Quran hari ini menjelang penamaan calon Permatang Pauh Sabtu.
Katanya beliau merasa amat lega setelah angkat sumpah dan merasa diberi kekuatan oleh Allah untuk berdepan dengan para wartawan.
Pada 7 Ogos lepas, Anwar didakwa di Mahkamah Sesyen di sini atas tuduhan melakukan seks luar tabii terhadap Mohd Saiful pada 26 Jun lepas di unit 11-5-1 Desa Damansara Condominium, No 99, Jalan Setiakasih Bukit Damansara.
Anwar mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan itu.
Pertuduhan itu adalah mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebat jika sabit kesalahan.- 15/8/2008
baca artikel asal di agendadaily.com
9 ulasan:
kenyataan Hj Hadi jelas menunjukkan dia cetek agama.Dia kata " sumpah yang boleh terjadi dipanggil 'lian' bila mana suami mensyaki isteri berzina dan saiful dan anwar bukan suami isteri.
Bodohnya haji hadi ini.
Rasullullah pernah bersabda dengan bersumpah bersumpah "Demi Allah, aku berzikir sebanyak.......kali setiap malam".
Allah juga bersumpah tetapi Allah bersumpah atas ciptaannya contoh, "DEMI MASA, SESUNGGUHNYA MANUSIA DIDALAM KERUGIAN"
Assalamua'alaikum...
Apa lagi yang kita nak komen yer. Balik-balik benda yang sama dipusing-pusingkan. Dah tau, sumpah di pihak Anwar takkan berlaku atau amat tipis untuk berlaku. Bagaimanapun, kita boleh lihat bagaimana figure-figure Islam di Malaysia memberikan pendapat yang berbeza mengenai issue sumpah ini. Mungkin sbab itulah agaknya Anwar mendapat pandangan dan nasihat dari ulama luar kerana dia sendiri tidak mempercayai pendapat yang diberikan oleh ulama2 Malaysia termasuk dari PAS.
Wallahu'alam
Apa la korang ni. Sebok aje. Sukahati dia la nak sumpah ke tak. Lagipun Anwar tau apa yang dia buat atau tak nak buat. Kalau sekalipun dia memang meliwat, kami terima dia seadanya. Kami pandang kepada charisma beliau. Bukannya pada segi dia meliwat atau tidak. Itu biasa, tak ada apa-apa yang pelik pun denagn perbuatan meliwat. sama juga lelaki yang ada hubungan sulit dgn wanita lain. Issue biasa je. Tak perlu nak diperbesar-besarkan. Sebab itu juga PAS masih setia bersama sama Pakatan walaupun semua tahu Anwar meliwat. Penting sangatkah isu liwat jika dibandingkan dengan isu untuk jatuhkan BN? PAS tidak lihat kepada semua itu. PAS mahu kerajaan bersama PKR dan DAP.
kepoh.. lu gila bontot gak ek?
Masterdedah telah berkesempatan menemubual seorang mangsa raba punggung dan keganasan PKR semasa hari penamaan calon. Mangsa ialah Cik Rohana berumur dalam lingkungan 20-an. Berikut adalah gambar gambar eksklusif Cik Rohana (seorang Puteri UMNO) yang telah menjadi mangsa kerakusan dan keganasan penyokong - penyokong PKR semasa hari penamaan calon pada 16 Ogos di Maktab Tuanku Bainun.
"Saya berasa amat malu, kesal dan marah yang amat sangat kepada mereka. Inikah cara berparti yang bersih" kata Cik Rohana. Ketika kejadian Cik Rohana menyatakan dia bersama sama dengan beberapa orang puteri UMNO yang lain sedang beredar keluar dari tempat penamaan calon. Sewaktu itu, hujan lebat, tiba tiba datang beberapa orang pemuda PKR datang dan meraba punggung mereka. "Mereka menghimpit dan mengesel badan mereka pada kami, kemudian mereka raba kami" adu Cik Rohana. Bukan itu sahaja, mereka telah menarik baju dan tudung mereka hingga koyak.
Cik Rohana menyatakan dia dan kawan kawan turut diludah oleh penyokong PKR tersebut. Pengalaman ngeri ini tidak membuat Cik Rohana dan rakan rakan untuk serik melawan PKR di Permatang Pauh.
tengok Masterdedah.com
Kepada Kepoh, awak tu jangan jadi biadap. Sebab orang macam awak ni ingin AI seorang peliwat jadi ketua awak, awak sudah menunjuk tingkah laku serta guna bahasa2 yang tidak senonoh seperti perangai ketua awak juga. Nampaknya awak sudah tertipu dengan charisma AI, dalaman AI macam mana? Issue hubungan sulit antara perempuan dengan lelaki tiada ada kebiasan, cuma orang2 yang perangai yang tidak tahu hukum ugama saja yang buat perangai tidak senonoh ini. Kalau awak dah biasa dengan issue ada 'affair' maknanya awak sendiri tidak ada rasa hormat kepada emak bapak awak sendiri. Kalau terkena pada emak dan bapak sendiri macam mana, ohh its ok lah, biasa aje emak, biasa aje ayah ye begitu. 'Bertuah' lah dapat anak macam awak ni. Menangis lah nanti emak bapak awak dalam kubur. Biadap.
Nampaknya sudah ada penyokong PKR yang sudah tidak buta hati, nampak Si Anwar Ibrahim ni seorang peliwat.Dia bukan saja meliwat lelaki jambu, dia juga ada hubungan seks dengan perempuan2 yang dia berkenan .Nak tahu kena cari dalam You Tube, perbualan telefon dia dan perempuan itu.
Kalau alasan KEPOH, anda memilih dia kerana kepimpinannya.Kalau dah asyik sibuk meliwat dan ada hubungan sulit, mana ada masa nak jaga kepimpinan rakyat.
Jangan jadi bodoh. harap Allah membuka lebih banyak lagi mata hati penyokong Anwar dan memilih pemimpin yang bermoral dan tidak hipokrit.
Anwar, Anwar.....anda bukan mencabar BN, anda sebenarnya sedang mencabar kekuasaan Allah Yang Maha Esa. Ingat Allah sedang mmerhati kamu.
anwar bukan setakat liwat lelaki dan perempuan,dia bedal bini orang...mungkin binatang pun kalau bagi bontot si anwar ni sondol jugak....
kepada yang sokong meliwat....kau orang nak jadi kaum luth ke???
kesian azizah..koyak habis depan belakang....
kepoh.... nak jadi macam kaum luth ke? Bukan seorang saja, tapi satu kaum kena bala. Inikan pula nak pemimpin yang meliwat jadi ketua negara. Inilah doktrin Anwarisme. Dulu ada Mahathirisme yang berjuang untuk kepentingan bangssa. Sekrang ada Anwarisme yang berjuang pada kepentingan peribadi dan yahudi. Eloklah tu Kepoh.
Catat Ulasan