MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

17 Ogo 2008

Anwar tidak akan bersumpah

TIDAK AKAN BERSUMPAH...Calon Parti Keadilan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika sidang media rasminya yang pertamanya selepas hari penamaan calon semalam di Bilik Gerakan Utama Parti Keadilan Rakyat (PKR) di Penanti dekat sini, pagi ini. --fotoAP


PERMATANG PAUH: Sambil mengulangi tidak perlu bersumpah atas al-Quran, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau mengetahui kandungan laporan perubatan kedua, kendalian Hospital Kuala Lumpur (HKL) dan juga laporan polis berhubung dakwaan liwat yang dihadapinya.

Sehubungan itu, beliau mahu mahkamah mengarahkan kes tersebut ditarik balik apabila ia disebut semula bulan depan.

Malah pada sidang media pertama yang formal selepas penamaan calon semalam, bekas Timbalan Perdana Menteri itu berkata, beliau tidak akan memenuhi desakan mana-mana pihak supaya bersumpah atas al-Quran sebagaimana dilakukan oleh Mohd. Saiful Bukhari Azlan, 23, bekas pembantu peribadinya dua hari lalu.

"Laporan perubatan sangat jelas, Perdana Menteri (Datuk Seri Abdullah kata ia sebagai (kes) rogol, dia (Saiful) kata dipaksa, polis pula mengatakan bahawa rela... dia kata satu, lapan kali, 11 kali... waktu (diliwat) juga berubah.

"Anda mengatakan bahawa perlu bersumpah atas al-Quran?... Hendak persenda al-Quran?

"Jika sistem kehakiman adil, dan saya mengatakan kepada anda bahawa hakim perlu menarik balik kes sebaik sahaja ia dibawa ke mahkamah (bulan depan).

"Ini kerana saya tahu kes ini, saya (sudah) tahu laporan perubatan (yang kedua daripada HKL)... ini bukan andaian bahawa saya telah melihat laporan. Kawanku (merujuk kepada wartawan), ia bukan andaian," kata beliau di Pusat Operasi Utama Parti Keadilan Rakyat (PKR) di Penanti dekat sini pagi ini.

Anwar yang bertanding untuk merampas balik kerusi Parlimen Permatang Pauh - kali ini sebagai calon pembangkang - memberitahu, maruah dan kehormatannya menjadi pertikaian buat masa sekarang.

"Walaupun anda tidak menyokong dan menghormati saya, anda mesti menghormati undang-undang," katanya.

Pada Jumaat lalu, Saiful melakukan sumpah atas al-Quran berhubung dakwaannya diliwat Anwar sambil menggesa bekas majikannya itu supaya turut berbuat demikian.

mStar Online difahamkan Anwar menerima laporan polis dibuat Saiful petang kelmarin.

"Saya terima laporan polis selepas enam," kata Anwar.

Laporan perubatan pertama disempurnakan oleh doktor Hospital Pusrawi dan kemudian Saiful diperiksa oleh doktor-doktor HKL.

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad juga menggesa Anwar bersumpah sebagaimana dilakukan oleh Saiful.

Rata-rata isu Saiful bersumpah dan laporan liwat ke atas Anwar menjadi antara bahan berkempen utama sepanjang pilihan raya kecil Parlimen Permatang Pauh sekarang.

Ketika berkempen malam tadi, Anwar berkata, beliau tidak akan bersumpah berhubung tuduhan liwat terhadapnya kerana bimbang sumpahnya akan dimanipulasikan oleh pihak tertentu.

Katanya, sumpah yang dilakukan bekas pembantu peribadinya sengaja dibuat bagi menafikan peluangnya memenangi pilihan raya kecil kerusi Parlimen Permatang Pauh pada 26 Ogos ini.

"Nak bukti apa lagi. Laporan dah keluar. Tiada liwat. Ini dia (Saiful) pula nak sumpah. Kes ini tidak ke mana. Sebab itu dia tau kes ini tidak ke mana, jadi dia malukan saya dan aibkan saya semasa pilihan raya kecil Permatang Pauh.

"Dulu saya dituduh meliwat dan saya yang dipenjarakan," katanya di Taman Cermai dekat sini.

baca artikel asal di mstar online



5 ulasan:

Aiman Tak Kisah berkata...

Salam,

Aiman tak kisahhhhhh. Kalau Anwar nak sumpah atau tak, dah tak da maknanya. Sebab semua dah tau yang dia takkan sumpah punya. Kalau dia sumpah, azab Allah pasti datang, macamana dia nak jadi PM, menguasai Malaysia, menundukkan semua parti2 lain, termasuk PAS. Juga macamana nak buat jahat lagi, main belakang lagi kalau dah kena hukum dek Allah. Jadi apa2 pun, Aiman tak kisahhhhh!!!!!

Aspirasi berkata...

Cuma jika Anwar bersumpah bagaimana pula agaknya skrip sumpah beliau?

Adakah seperti ini "Saya bersumpah bahawa saya tidak meliwat Mohd Saiful Bukhari Azlan pada 26 Jun 2008 iaitu pada tarikh tersebut saya, tidak memasukkan zakar saya ke dalam duburnya."

http://aspirasi-bangsa.blogspot.com

Kepoh berkata...

Begini bunyinya "Saya bersumpah bahawa saya meliwat Mohd Saiful Bukhari Azlan pada 26 Jun 2008 iaitu pada tarikh tersebut saya, memasukkan zakar saya ke dalam duburnya. Dia juga memasukkan zakarnya dalam dubur saya. Jika saya menang di Permatang Pauh, zakar saya juga akan ada dalam dubur kalian semua yang mengata saya"

Panglima Perang Cyber berkata...

Barat telah berjaya membuatkan kita berbicara 'lucah' tanpa berselindung lagi.

Amerika dan Yahudi telah meresapkan semangat 'liwat' dalam minda hingga tidak lama lagi generasi muda kita akan biasa sahaja dengan perkataan liwat tersebut.

Mereka mungkin tidak kisah ' peliwat' menjadi PM barangkali kerana merasa tidak ada apa apa salah.

Bahkan liwat mgkn dijadikan alasan ia isu peribadi bukan isu pemimpin dan pimpinannya...

jika benar berlaku demikian, alangkah malangnya.

Mari kita pastikan 'peliwat bangsa' tidakakan menjadi PM tidak lama lagi..

Moga Allah jauhkan segala BALA dari menimpa Malaysia...

untuk dijajah dengan terhormat kali ke seterusnya...

Tanpa Nama berkata...

Anwar kata sistem mahkamah sivil di Malaysia tidak adil dan pro kerajaan. Oleh itu beliau mahukan kesnya itu dibawa ke mahkamah syariah untuk mengenakan hukuman qazaf kepada saiful sekiranya saiful gagal mengemukakan 4 orang saksi lelaki yang tidak fasik sebagai saksi bahawa Anwar telah meliwatnya.

Persoalan.

Adakah hukuman qazaf terpakai bagi kes Saiful? Kalau kita lihat di dalam kes Zina (hubungan seks tanpa kahwin secara suka sama suka), orang yang membuat tuduhan adalah orang yang ketiga yang tidak terlibat dalam perlakuan zina tersebut. Orang yang menuduh satu pasangan melakukan zina perlulah mencari 4 orang lelaki yang tidak fasik sebagai saksi bagi perlakuan zina tersebut sebelum boleh menuduh pasangan tersebut melakukan zina.

Bagi kes liwat dan rogol yang mana kedua-duanya adalah perlakuan seks secara paksa, bagaimanakah mangsa rogol atau liwat mahu mendapatkan 4 orang saksi semasa dia sedang dirogol atau diliwat dan kemudian datang semula kepada perogol atau peliwat untuk dirogol atau diliwat sekali lagi supaya 4 orang tadi boleh menjadi saksi?

Hukuman qazaf hanya boleh terpakai pada kes rogol dan liwat jika penuduh adalah orang ketiga yang tidak terlibat di dalam perlakuan tersebut. Jika yang menuduh adalah mangsa, maka hukuman Qarinah perlu dipakai. Qarinah adalah bukti-bukti seperti dalam kisah Nabi Yusof A.S dengan puteri raja dimana bukti baju nabi yusof koyak dibelakang.

Jadi didalam kes liwat yang melibatkan Saiful dan Anwar Ibrahim yang ingin dibawa ke mahkamah syariah untuk menjatuhkan hukuman qazaf kepada Saiful adalah suatu yang tidak munasabah. Kerana ini jelas kes tersebut masih lagi memerlukan bukti lain seperti DNA dan sebagainya dan bukannya 4 orang saksi.

Oleh yang demikian disebabkan mahkamah sivil dikatakan oleh Anwar sebagai tidak adil kerana pro kerajaan dan mahkamah syariah juga mustahil dapat mengenakan hukuman qazaf terhadap saiful, maka satu persoalan yang kita perlu tanya, KENAPA ANWAR TIDAK MAHU BERSUMPAH???

Anwar mendakwa mahu menyelesaikan kesnya secara Islam. Pada zaman nabi apabila mahkamah tidak ada atau tidak boleh dipercayai, maka nabi menggunakan kaedah bersumpah. Jadi jika Anwar tidak mempercayai mahkamah sivil di Malaysia dan mahkamah syariah pula tidak akan dapat melaksanakan hukuman qazaf, mengapa Anwar tidak mahu bersumpah kalau betul2 mau ikut cara Islam?

Sama-samalah kita renung dan fikirkan sebabnya. Wallahualam