MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

16 Ogo 2008

Sumpah Saiful taktik kotor UMNO-Anwar


Sumpah Saiful taktik kotor UMNO-Anwar


PERMATANG PAUH: Penasihat Parti Keadilan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan akuan bersumpah bekas pembantu peribadinya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan sebagai politik murahan ketika "kempen".

Di sini, Anwar berkata ia merupakan permainan taktik kotor Umno dan Barisan Nasional.

Penamaan calon bagi kerusi Parlimen Permatang Pauh akan diadakan pagi esok.

Ketika bercakap kepada wartawan di kawasan Permatang Pasir, di sini malam ini, Anwar berkata beliau telah merujuk dakwaan kes meliwat itu kepada Mahkamah Syariah.

"Saya telah merujuk kepada Mahkamah Syariah berkenaan dakwaan ini sebulan yang lalu dan pihak mahkamah mahu menemui Saiful tetapi polis tidak membenarkan pegawai mahkamah berjumpa dengannya (Saiful).

"Permainan apa ini? Apa polis punya permainan. Kalau nak ikutkan prosedur Islam, pergilah ke Mahkamah Syariah. Ini gimik politik," kata beliau.

Anwar menambah, sehari sebelum Suruhanjaya Pilihan Raya mengumumkan tarikh Pilihan Raya Kecil Parlimen Pematang Pauh beliau telah didakwa di mahkamah dan menjelang hari penamaan calon esok upacara bersumpah Saiful pula diadakan.

"Ini politik kotor Umno yang terdesak," kata beliau.

baca artikel asal di mstar.com.my

2 ulasan:

Ameera berkata...

Assalamua'aliakum..

Seperti biasa, apa-apa perbuatan dan kenyataan yang menentang adalah konspirasi dan taktik kotor dari kerajaan yang terdesak. Adakah kita semua pasti bahawa kerajaan benar-benar terdesak?

Jika anda menonton Buletin Utama jam 8.00 malam di TV3 tadi, ahli-ahli PAS sendiri menyuarakan tidak puas hati dgn kedudukan PAS dalam PAKATAn dan juga issue siapa yang bakal jadi PM sekiranya Pakatan Memerintah. Jelas sekali PAS tidak sekali-kali berkompromi jika terus dianak tirikan dalam Pakatan.

Jadi kita boleh lihat disini siapa yang sebenarnya terdesak.

wassalam

Unknown berkata...

Salam'alaikum..

Saya berani mengatakan kerajaan terdesak..

Mengapa media pro-kerajaan bermati-matian menggambarkan KeADILan sebagai parti yang ganas? Parti yang mengabaikan nasib orang Melayu? Parti yang kononnya ditakuti rakan sePR?

Kenapa?

Kerana 16hb. September sudah semakin hampir..

Jika ia menjadi realiti maka UMNO akan berkubur.. Segala kebobrokan akan terbongkar..

Kalau UMNO itu benar dan lurus serta mengikut Islam sejati, tidak ada pembangkang akan wujud di negara ini terutama dikalangan Melayu..

UMNO pemecah belah dan pemusnah orang Melayu.. Kroni dan berpengaruh dibela..

Semoga ALLAH bukakan mata hati orang2 Malaysia..

Sebab dunia bukan selamanya..

Akhirat kita nanti.. Pendedahan yang tiada tapis lagi.. Di mana kebenaran yang hakiki akan terbukti..

Takbir!!