Saiful: 'Saya cabar Anwar Ibrahim bersumpah'
16-08-2008 09:40:47 AM
Oleh ZANARIAH ABD MUTALIB dan LEE YAN XIU
KUALA LUMPUR: Setelah bermubahalah di Masjid Wilayah Persekutuan, pembantu peribadi Datuk Seri Anwar Ibrahim, Mohd. Saiful Bukhari Azlan, 23, mencabar bekas majikannya itu untuk bersumpah dengan cara benar-benar Islam.
"Saya mencabar Anwar Ibrahim untuk bersumpah dengan cara sebenar-benar Islam dengan melakukannya di masjid di hadapan dan disaksikan oleh para ulama dan mufti serta disaksikan seluruh rakyat Malaysia bagi membuktikan dakwaan tidak benar," katanya dalam sidang media pertamanya yang diadakan di Hotel Dynasty di sini pukul 7.10 petang tadi.
Sebelum itu, kira-kira pukul 6.23 petang, Saiful telah melakukan sumpah 'mubahalah' dia telah diliwat oleh majikannnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengikut cara yang dituntut Islam di Masjid Wilayah, Kuala Lumpur.
Dalam sidang medianya, Saiful menegaskan beliau telah diliwat Anwar tanpa kerelaannya dan tidak memilih untuk berdolak-dalih dengan pelbagai alasan serta penipuan kepada seluruh masyarakat dalam isu dakwaan liwatnya seperti yang dilakukan Anwar.
Berikut adalah sesi soal jawab antara para wartawan dan Saiful.
Q: Masa mengangkat sumpah tadi, siapa saksi?
A: Imam Masjid Wilayah Persekutuan.
Q: Ke mana menghilang selama ini?
A: Saya bukan menghilangkan diri tapi saya mendiamkan diri kerana saya ingin mengumpulkan kekuatan kerana saya telah difitnah dan ditohmah dengan macam-macam terutama sekali oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jadi itulah alasan saya.
Q: Mengapa En Saiful memilih hari ini dan Masjid Wilayah?
A: Saya telah lama nak buat ni (angkat sumpah) tapi ia memerlukan satu kekuatan mental dan juga rohani kerana bersumpah ini bukan sesuatu yang mudah dan boleh dibuat secara suka-suka kerana akibatnya ia boleh dilaknat. Alhamdulillah, Allah telah memberi saya kekuatan untuk saya bersumpah pada hari ini.
Q: Adakah ini ada kena-mengena dengan hari penamaan calon Permatang Pauh esok?
A: Oh tidak..tidak..tidak sama sekali..
Q: Bagaimana perasaan En Saiful setelah bersumpah.?
A: Alhamdulillah. Saya berasa lega kerana saya dapat bersumpah dan buat pertama kalinya saya dapat memberanikan diri dan diberi kekuatan oleh Allah SWT untuk berdepan dengan para wartawan.
Q: Adakah perbuatan liwat itu dilakukan dengan kerelaan Saiful?
A: Tidak. Ia tanpa kerelaan saya.
Q: Adakah akan bersama-sama berkempen di Permatang Pauh?
A: Tidak, this is not a political matter. Ini adalah dakwaan kes peribadi antara Anwar Ibrahim dengan saya.
Q: Adakah perbuatan liwat dilakukan dengan kerelaan? (Soalan diulang)
A: Saya ingin tegaskan di sini bahawa perkara itu berlaku tanpa kerelaan saya.
Q: Ada yang kata lebih dari sekali?
A: Itu saya akan jawab di mahkamah.
Q: Betulkah anda membuat pemeriksaan di Pusrawi?
A: Saya akan berikan jawapan di mahkamah kerana saya bukan seperti Anwar, seperti yang anda tahu, beliau laksanakan media trial, saya akan memberi keterangan saya dan bekerjasama di mahkamah nanti.
Q: Mengapa memilih hari ini (mengangkat sumpah)? Adakah kerana esok hari penamaan calon?
A: Ia secara kebetulan sahaja. Kita pun tak tahu Anwar akan bertanding dan saya punya laporan pun pada 28 Jun, jadi kita tak tahu dia akan bertanding bila. Saya ingin tegaskan, saya memerlukan kekuatan dan Alhamdulillah, Allah berikan saya kekuatan untuk mengadakan sumpah hari ini dan hari ni pun hari Jumaat, hari yang sangat dirahmati Allah.
Q: Adakah Saiful membuat laporan polis dan menyimpan salinannya?
A: Saya buat polis report 5.30 petang tetapi dalam pukul 6.30 petang, ia terpapar di laman web dan SMS. Saya sendiri tulis (laporan) di HKL.
Q: Mengapa berjumpa dengan Datuk Seri Najib untuk mengadu?
A: Keterangan akan diberi di mahkamah..
Q: Bagaimana jika Anwar juga mahu bersumpah?
A: Tidak mengapa. Saya telah lakukan tanggungjawab. Jika beliau mahu lakukan, terpulang kepada beliau kerana ia tidak boleh tentukan sama ada salah atau tidak. Ia di mahkamah nanti.
baca artikel asal di mstar.com.my
Tiada ulasan:
Catat Ulasan