19 Ogos, 2008 15:33 PM
KUALA LUMPUR, 19 Ogos (Bernama) -- Mohd Saiful Bukhari Azlan, 23, yang mendakwa dirinya diliwat oleh Penasihat Parti Keadilan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim, memberi keterangan berhubung dakwaannya itu kepada Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) di sini hari ini.
Dengan memakai baju kemeja berwarna biru dan berseluar hitam serta bersongkok, beliau tiba pukul 10 pagi dengan iringi bapanya, Azlan Mohd Lazim dan peguamnya Zamri Idris.
Kira-kira tiga jam kemudian, Mohd Saiful keluar dari pejabat JAWI dan menaiki sebuah kereta bersama bapanya. Beliau bagaimanapun enggan menemui wakil media yang menunggu sejak pagi.
Zamri yang ditemui pemberita berkata tujuan kedatangan Mohd Saiful bukan berhubung siasatan mengikut kesalahan qazaf.
"Tujuan datang pagi ini untuk bertemu dengan pegawai JAWI. Ini bukan berkaitan qazaf, kita akan maklumkan kemudian," katanya.
Pada 31 Julai lepas, Anwar telah memberi keterangan kepada JAWI berhubung aduannya mengenai tuduhan liwat terhadapnya yang dibuat oleh Mohd Saiful yang merupakan bekas pembantunya.
Anwar membuat aduan terhadap Mohd Saiful pada 9 Julai lalu supaya siasatan dilakukan terhadap bekas pembantunya itu mengikut kesalahan qazaf (tuduhan palsu).
Pada 7 Ogos lepas, Anwar mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini terhadap tuduhan meliwat Mohd Saiful di sebuah kondominium di sini pada 26 Jun lepas.
baca artikel asal di Bernama
2 ulasan:
Kalau Tun Mahathir, bolek kata begini, Najib Altantuya boleh buat lagi teruk dgn upah Saiful Sopek
http://wtv8.tv/v3/index.php?option=com_content&task=view&id=98
Alahai...Agas..Agas...ko ni x guna akal...sbb dangkal... x abis2 ko nk petik pasal v.clip Tun Zalimi Anwar tu... tu la...x phm2 klau org berkias ckp..nama ja Melayu..tp org Melayu berkias pun x phm2.. Klau x phm berpolitik, blaja dulu... jgn direct guna kedangkalan akal utk berpolitik.. Good Luck Agas. :)
Catat Ulasan