Hasrat mahu jadi PM ikut 'pintu belakang' tidak demokratik: Chandra
KUALA LUMPUR: Penganalisis politik Dr Chandra Muzaffar berkata cubaan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menjadi Perdana Menteri melalui 'pintu belakang' dengan menghasut Ahli Parlimen lompat parti besar-besaran adalah perbuatan tidak beretika dan tidak demokratik.
"Kabinet yang ditubuhkan menerusi cara itu dari segi moralnya tidak ada kredibiliti. Parlimen sendiri akan tercemar. Badan eksekutif dan penggubal Undang-undang dua cabang penting dalam tabir urus akan dianggap oleh rakyat sebagai institusi yang kehilangan integriti," katanya.
Ringkasnya, memperoleh kuasa melalui pintu belakang akan merendahkan martabat politik, katanya sambil menambah Anwar juga tidak mempunyai mandat untuk menggulingkan kerajaan sekarang yang dipilih secara demokrasi.
Anwar, dakwa beliau, terlalu taksub untuk menjadi Perdana Menteri secepat mungkin.
Oleh itu, Anwar berusaha keras untuk memujuk wakil rakyat Barisan Nasional (BN) dalam Parlimen - sekurang-kurangnya 30 daripada mereka, untuk berpaling tadah dan menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR), kata bekas Timbalan Presiden PKR itu.
"Saiz dan skala lompat parti yang diusahakannya itu amat sukar hendak dibayangkan. Pernahkah terjadi di dunia ini, sebuah kerajaan yang mempunyai lebih 58 kerusi daripada gabungan pembangkang diancam dijatuhkan hanya kerana seorang individu yang tidak berada dalam Parlimen sentiasa mendabik dada kononnya sejumlah Ahli Parlimen akan lompat parti pada tarikh tertentu?" soal Dr Chandra.
Beliau berkata, usaha berterusan untuk menggulingkan kerajaan melalui perbuatan lompat parti mewujudkan keadaan tidak menentu di Malaysia sejak beberapa bulan lalu.
"Jika gimik lompat parti terus mengancam ketenteraman negara, ia adalah disebabkan rakyat tahu bahawa pada satu ketika dulu Anwar sebagai pemimpin BN memainkan peranan penting dalam menjatuhkan kerajaan negeri PBS (Parti Bersatu Sabah) yang dipilih secara demokrasi di Sabah pada 1994," katanya.
Dr Chandra menegaskan walaupun Anwar menyatakan pujukannya tidak membabitkan wang, dari segi moralnya masih salah bagi wakil rakyat melompat parti kerana ia adalah pengkhianatan terhadap kepercayaan rakyat.
"Dalam demokrasi, wakil rakyat yang dipilih menerusi platform tertentu perlu mengembalikan mandat itu kepada rakyat dan melepaskan kerusinya sebelum berpaling tadah menyertai parti lain. Ini yang dikatakan menghormati pengundi," katanya.
Dr Chandra berkata, amat menyedihkan politik yang keji ini dilakukan ahli politik yang dilihat sebagai berprinsip dan aktivis hak asasi manusia yang komited di sekeliling Anwar. Bernama
==================================================================================
Penasihat PKR dakwa cukup kuota
PETALING JAYA: Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam mendakwa sudah mendapat persetujuan Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) yang mencukupi untuk melompat parti bagi membolehkan Pakatan Rakyat membentuk Kerajaan Pusat.
Sambil melahirkan keyakinan memenangi pilihan raya kecil Parlimen Permatang Pauh, 26 Ogos ini, Penasihat PKR itu berkata, beliau berhasrat memasuki Parlimen sebagai wakil rakyat pada 27 Ogos dan selepas itu akan ada Ahli Parlimen BN, termasuk daripada Umno menyertai Pakatan Rakyat.
“Bilangan (yang sudah bersetuju melompat parti) itu sudah cukup selesa untuk membolehkan kami membentuk kerajaan,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat PKR, di sini semalam, yang turut dihadiri isterinya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.
Anwar bagaimanapun berkata, beliau tidak boleh menyatakan angka itu kerana persetujuan ialah untuknya mengumumkan nama dan bilangan itu selepas Ahli Parlimen terbabit melompat parti.
====================================================================================
Agenda Dajal ini ialah "selamatkan demokrasi Malaysia" demokrasi Malaysia sudah kurap dan perlu dipulihkan."
Itu ucapan dia di mana-mana pun.yang banyak tersiar di youtube. Hari ini dia dia main pintu belakang lagi. dia kata sudah cukup untuk menubuhkan kerajaan 16 Spetember depan. BN akan lompat parti. Tidakkah tindakan dia itu merosakkan demokrasi? kalau benar dia kata 30 ahli BN akan lompat Parti maka sistem demokrasi Malaysia rosak dan musnah, siapa yang memusnahkannya? Jawabnya ialah Dajal. Dalam dunia Dajal bukan ramai, satu saja,.
baca artikel asal taipingmali.blogspot.com
5 ulasan:
Anwar membuatkan politik malaysia tidak stabil...
Penyokong Fanatik dier pon suker agaknyer kot..
Dah 50 tahun lah...kasi orang lain peluang lah..tak cukup makan lagi?
Demokrasi ialah suara ramai kerana ia berdasarkan suara dan sokongan ramai, kononnya suara ramailah yang terbaik dalam menentukan halatuju pentadbiran dan pemerintahan sesuatu masyarakat ataupun negara.
Jadi tidak kira 50 tahun or 100 tahun or ribuan tahun suara ramai itu lah yg perlu diikuti. Adakah saudara Stan sudah terlupa bahawa pemimpin De facto agungan saudara itulah yg memperjuangkan demokrasi yg menurutnya sebagai sistem terbaik untuk kesejahteraan sejagat, ideologi pentadbiran dan pemerintahan yang dikatakan ideal, adil lagi saksama.
Demokrasi untuk segala berkaitan diri dan kepentingan politiknya tetapi dikatakan ala Diktaktor jika tidak menyebelahi dan memihak dirinya....
tak apalah, BN Memang pun kerana banyak hantu...nak celup cari dibatalkan RM13 juta habis kan duit rakyat. Jiran org BN 4 kali mengundi dia seorg....cubaan utk Pok Loh dia dia gila babi. Sebab nak jadi Nabi Hadhari
Anwar yang sebenar-
1. sanggup rasuah untuk 'hijack' ahli2 Parlimen dari Barisan nasional yang dilantik rakyat (lompat parti). Ini melihatkan kebangkrapan metodologi dan kerendahan maruah ahli potik seperti Anwar.
2. sanggup menggulingkan Kerajaan yang dilantik secara demokrasi (PRU12) sebelum sampainya Pilihanraya ke 13.
3. sanggup menjatuhkan nama baik dan integriti sebuah Institusi Hospital (Islam-Pusrawi) dengan bersubahat dengan pengkhianat-pengkhianat yang mencuri dokumen/catatan rekod perubatan untuk tuntutan umum.
4.sanggup menjatuhkan nama baik dan integriti sebuah Institusi Hospital (Islam-Pusrawi) dengan bersubahat dengan pengkhianat-pengkhianat yang mencuri dokumen/catatan rekod perubatan untuk "menyelamatkan" diri dari disabitkan dengan perlakuan salah-laku ke atas dirinya.
5. sanggup menyorok di dalam Kedutaan Turki untuk mengelakkan diri dari di tangkap (atau untuk berhubung secara sulit dengan USA..?). Lepas itu, sanggup MENIPU rakyat dengan menyatakan dia di"jemput" oleh Kedutaan Turki. Kedutaan Turki kemudiannya mennafikan perkara ini dengan sekeras-kerasnya.
6. Dia MENIPU rakyat dengan beria-ia tidak mengaku yang dia menyokong IMF. Fakta: Anwar adalah salah seorang DIRECTOR dalam IMF, pada tahun 1997-1998. (Mustahil Director tidak menyokong dan tidak endorse polisi2 di dlaam organisasi yang diterajuinya sendiri. (Getting him fired from the Governement of Malaysia was a blessing in disguise, in hindsight).
7. Dia adalah "demokrat"; "liberal Islam", "democratic-Islam" supporter, iaitu satu cabang dari banyak metodologi dari kumpulan Neo-conservative think-tanks, yang bertujuan khusus untuk "melemahkan" pemerintahan negara2 Islam di Asia, Afrika dan Timur Tengah", dan MENGGANTIKAN nya dengan "demokrasi-ala-Amerika".
8. Dalam sesi iinterview 'HARDTALK'@BBC, Anwar jelas menolak konsep "Islamic State'.(Kalau non-muslims dari kalangan DAP cakap, saya tak heran sangat)
PLEASE.WAKE UP MALAYSIA.
Harap masyarakat yang kasihi tanahair Malaysia dan ugama, tidak menggadaikan martabat negara ini dengn menyokong membuta-tuli orang seperti nya. Apa saja kenyataan dia buat, kita wajar selidik secara mendalam, dan fakta sebenar akan zahir juga akhirnya.
wasalaam.
Catat Ulasan