MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

8 Ogo 2008

Amerika panggil pegawai kedutaan M'sia


Amerika panggil pegawai kedutaan M'sia

Aug 8, 08 2:22pm
Seorang pegawai tinggi kedutaan Malaysia di Washington telah dipanggil oleh Jabatan Negara Amerika berhubung pendakwaan terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim atas tuduhan liwat.

Ilango Karuppannan, telah bertemu dengan para pegawai jabatan tersebut Rabu lalu, sebelum ketua umum PKR itu dihadapkan di mahkamah semalam.

Jabatan itu mengesahkan pertemuan tersebut berhubung kes Anwar serta isu-isu yang lain, tetapi tidak mengulas lanjut.

"Kita sentiasa mengadakan perbincangan dengan diplomat Malaysia di Washington mengenai pelbagai perkara, termasuk dengan Karuppannan.

"Kes Anwar adalah salah satu perkara yang dibangkitkan," katanya.

Tindakan Amerika itu mungkin memarakkan lagi kemarahan kerajaan Malaysia.

Kuala Lumpur menuduh Washington campurtangan dalam hal ehwal dalam negerinya apabila Setiausaha Negara Condoleezza Rice bulan lalu berkata Amerika memandang berat dakwaan liwat terhadap Anwar.

Semalam Anwar mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas tuduhan melakukan hubungan seks di luar tabii ke atas bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan, pada 26 Jun lalu. Anwar dibebaskan dengan ikatjamin.

Beliau akan bertanding dalam pilihanraya kecil Parlimen Permatang Pauh pada 26 Ogos depan. Penamaan calon ditetapkan pada 16 Ogos ini.

"Kita memandang berat banyak persoalan serius yang dibangkitkan di Malaysia, termasuk oleh Majlis Peguam, berhubung kes ini," kata seorang pegawai Jabatan Negara kepada AFP.

Anwar - yang pernah dihukum penjara sedekad lalu atas tuduhan yang sama, tetapi kemudiannya dibatalkan oleh Mahkamah Persekutuan - mendakwa tuduhan terhadapnya itu direka oleh kerajaan bagi menghalangnya mengambil alih kuasa.

Badan-badan pemantau hak asasi manusia juga menganggap tuduhan terhadap Anwar itu bermotifkan politik, dengan Majlis Peguam membangkitkan persoalan mengenai siasatan polis dalam kes tersebut.

"Kami sekali lagi menggesa pihak berkuasa kerajaan supaya menyelesaikan perkara tersebut dengan cara yang boleh membina keyakinan terhadap keadilan undang-undang dan demokrasi di Malaysia," kata pegawai Jabatan Negara tersebut.

- AFP

baca artikel asal di malaysiakini.com

1 ulasan:

THE PUREHADHARIST berkata...

JANGAN BIARKAN AMERIKA MELIWAT KEDAULATAN KITA MELALUI KES LIWAT ANWAR IBRAHIM - sudi layari http://pure-hadharist.blogspot.com