PKR hari ini meramalkan penasihatnya Datuk Seri Anwar Ibrahim akan ditahan dalam "tempoh 48 jam" berhubung kes dakwaan meliwat bagi menghalangnya bertanding dalam pilihanraya kecil di Permatang Pauh.
Ketua penerangannya Tian Chua berkata PKR tidak menolak kemungkinan Anwar ditahan dalam tempoh terdekat.
"Kelihatannya mereka merancang mendakwanya (di mahkamah) pada Isnin depan," katanya agensi berita AFP.
"Mereka mungkin menangkapnya dalam tempoh 48 jam akan datang. Ia bertujuan menyekatnya bertanding dalam satu pilihanraya kecil."
baca artikel asal malaysiakini.com
2 ulasan:
Takut ke bang nuwar oiii!!! hang kan tak pernah takut kat sapa2Apasal dah kecoh2 polis nak tangkap hang...hang kan ada kes.Sedar dirilah sikit
Macam dah diduga...mmg pun Anwar ditangkap bila2 masa...so get ready!!!!!
Catat Ulasan