MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

31 Jul 2008

Apa petanda diliwat ?


Apa petanda diliwat ?

Dr Novandri Hasan Basri

Hari ini, blog Malaysia Today milik Raja Petra telah di’masuki pencuri’ atau pun hacked.

Siapakah yang mahu hacked blog beliau selain daripada Raja Petra sendiri? Apakah beliau mahu memadam (erased) artikel-artikel beliau itu?

Itulah anggapan ramai bila blog Raja Petra 'tiba-tiba' di hacked di saat ini, lebih-lebih lagi apabila beliau telah melakukan salah satu kesilapan yang paling besar di dalam karier beliau sebagai blogger.

2 kesilapan yang dimaksudkan itu ialah mengenai artikel beliau tentang laporan @ nota kesihatan Saiful di Hospital Pusrawi:-

1. Beliau menyalahtafsirkan pemeriksaan anus (per rectum) yang dilakukan oleh Dr Mohamed Osman.

2. Beliau menyalahtafsrikan diagnosis (keputusan penyakit) yang ditulis oleh Dr Mohamed Osman.

Ini adalah kenyataan Raja Petra di dalam blog beliau,

Dr Mohamed Osman examined Saiful but found no evidence that he had been sodomised, either by Anwar Ibrahim or anyone else for that matter. The doctor’s report (which can be viewed below) says that there is zero (0) skin tearing, zero (0) active bleeding, zero (0) traces of pus, etc., which basically means he can’t be suffering from a pain in the anus as what he alleges.


The doctor’s diagnosis is that he rules out or TRO (to rule out) assault (sodomised). In short: Mohd Saiful Bukhari Bin Azlan is not suffering any pain in the anus and neither was he assaulted or sodomised in the anus.


Inilah masaalahnya jika seorang blogger yang tidak mempunyai ilmu perubatan seperti Raja Petra merumuskan sendiri pemeriksaan kesihatan seorang doktor.

Rumusan beliau yang mengatakan bahawa tiada bukti Saiful diliwat hanya berdasarkan kepada tanda-tanda seperti kulit koyak, pendarahan aktif dan nanah, jelas menunjukkan yang beliau tidak tahu langsung mengenai perubatan.

Seperti penulis terangkan sebelum ini (klik sini) , pemeriksaan (PR) yang dilakukan ke atas Saiful tidak menyeluruh dan terlalu ringkas (tidak dibenarkan dilakukan oleh doktor biasa kerana ianya boleh merosakkan bukti).

Untuk pengetahuan semua, apabila seseorang itu diliwat, perbuatan tersebut tidak semestinya menyebabkan kulit anus koyak atau pun pendarahan yang aktif terutamanya jika perbuatan itu telah dilakukan berulang kali.

Tetapi jika berlaku paksaan yang agresif, perasaan takut yang dialami oleh mangsa itu berkemungkinan besar akan menyebabkan anus pesakit tidak relax dan tercedera atau pun berdarah.
Sebagai perbandingan, pemeriksaan proktoscope (rujuk foto) ke dalam anus pesakit tidak akan menyebabkan anus pesakit itu luka atau berdarah walau pun alat tersebut dibuat daripada logam dan besar.

Dan berapa orangkah (gay) yang melakukan seks luar tabii ini datang ke klinik atau pun hospital kerana sakit di bahagian belakang beliau?

Dan jika benar setiap perbuatan liwat itu akan menyebabkan mereka berasa sakit, penulis percaya aktiviti seks songsang ini telah hilang sejak dulu lagi kerana ia tidak menimbulkan keseronokan tetapi kesakitan, pendarahan dan nanah!

Raja Petra juga telah menyalahtafsirkan perkataan TRO (to rule out). Beliau membuat andaian bahawa TRO bermaksud doktor tersebut telah ‘has (telah) rule out’.

Di dalam bidang perubatan, apabila seseorang doktor menulis perkataan TRO (to rule out), ia bermaksud penyakit pesakit perlu diselidiki lebih lanjut untuk mendapatkan diagnosis yang betul dan tepat.

Maksudnya, Dr Osman belum lagi membuat satu diagnosis yang menafikan Saiful telah diliwat. Kenyataan ini jelas telah disalahtafsir oleh Raja Petra dan Anwar Ibrahim .

Apakah Raja Petra mahu menarik balik kenyataan palsu beliau itu?

Yang menghairankan penulis ialah penerimaan orang ramai kepada bahan cerita yang ditulis oleh Raja Petra.

Nampaknya, beliau mempunyai pembaca-pembaca dan pengikut-pengikut setia yang menerima apa sahaja yang ditulis oleh Raja Petra tanpa berasa was-was. Begitu juga dengan Anwar Ibrahim.

Padahal Raja Petra bersama Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan editor kepada Suara Keadilan pernah dijatuhkan hukuman oleh Mahkamah Tinggi kerana menyiarkan cerita palsu. (klik di sini)

ALOR STAR: A High Court here has ordered blogger Raja Petra Kamaruddin, the group chief editor and editor of Parti Keadilan Rakyat’s organ Suara Keadilan to pay a total of RM7mil to Universiti Utara Malaysia and its vice-chancellor Tan Sri Dr Nordin Kardi for libel.

She ordered the damages to be paid to the plaintiffs for claiming that Dr Nordin was a plagiarist on the Malaysia Today website and in the 98th edition of Suara Keadilan in November 2006.

Nordin and UUM had filed a lawsuit against Raja Petra, Parti Keadilan Rakyat, Suara Keadilan group chief editor and the editor. Only PKR had submitted its defence.


Priscilla ordered Raja Petra to pay RM2mil to Dr Nordin and UUM respectively. She also ordered each of the editors to pay RM1mil and RM500,000 to Dr Nordin and UUM respectively.


Dan seperti yang kita ketahui hari ini, pemalsuan mengenai intipati laporan @ nota kesihatan ini disambung pula oleh Anwar Ibrahim sehinggakan ramai yang tertipu.

Di sini penulis mensyorkan kepada Saiful Bukhari supaya menyaman Hospital Pusrawi kerana telah melanggar privasi (breach of privacy) beliau sebagai pesakit.

Dan juga, penulis mensyorkan agar Hospital Pusrawi menyaman Raja Petra dan Anwar Ibrahim kerana mengeluarkan kenyataan palsu sehinggakan menjatuhkan nama baik hospital tersebut.

Jumlah samannya?

Terpulang kepada semua untuk menganggarkannya.


Lebih baik jika till their last cents.

baca artikel asal di novandri.blogspot.com

3 ulasan:

nara berkata...

kalu pandai sgt tafsir hal2 perubatan knp x tafsir sendiri?kenapa x jd doktor yg cek saiful tu?secara logiknya mesti la ada kesan.xkan la sihat walafiat benda tu..islam melaknat perbuatan tu mestila banyak keburukan nya.ni siap ckp xda efek..
pebenda la yg blog ni mengarut..nak bandingkan ngn gambar tu watpe?memangla benda dlm gmbr tu x mencederakan. msk pun slow2 n sikit aje..kalu mencederakan org x pggil alat perubatan lak..FIKIR2KN LAH YE..artikel x logik..

mokh15 berkata...

Amin,,,, apa yang dikomen oleh Dr Novandri Hasan Basr tu betul lah. Saya sebagai yang berpengalaman dalam forensic medicine tau sangat. Tapi kamu yang cepat menidakkan kenapa.

Itu lah masaalah "PEMUJA" Anwar ni payah benar nak percaya kepada kebenaran. Sampai apa yang buruk tentang Anwar terus dilabelkan - karut, bohong, fitnah, KONSPIRASI dan entah ape-ape lagi. Dah tu yang educated sampai menara gading pun sama ikut dunggu. Mendewakan pemimpin sampai hilang "logical dan analytical thingking".

Sepatutnya renungkan dulu apa juga yang diperkatakan tentang Nuar. Belajar aku sampai darjah 6 saja. Tapi usia mengajar aku tentang "wisdom". Jangan bodoh sangat. Ketaksuban kepada ketua tu boleh membawa kepada kemusnahan tau. Be a wise follower dan don't be carried away by emotion. Dedication kita sepatutnya hanya kepada yang satu saja ia itu ALLAH.

Mana ada manusia yang perferct sangat. Aku rasa setakat ini pemimpin yang boleh dikatakan "spotless clean" (minus Nabi Muhmmad SAW kerana dia memang terlalu sempurna) adalah Ghandi, Ayatollah Khomini, dan Datuk Hussein Onn bekas pemimpin kita. Mereka pergi tak tinggalkan longgokan harta. Datuk Husin Onn tu masa kawinkan anak perempuan cantik dia (seorang doktor pulak tu) hantaran RM 1000 serba satu aje (anak Johor patut bangga habis).

Tentang rasuah mereka memang 4 pointer. Tapi tentang lain banyak yang boleh di perkatakan. "Dewa" kau yang satu ini masa dalam kuasa dulu kau ingat bersih sangatke? Kalau nak dibuktikan macam dalam kes perbicaraan mahkamah tu susahlah. Aku kena ada kuasa dulu. Kalau tidak buat peghabis masa dan duit aje. Insaf dan bertenanglah oi sayang. Bila emotional sangat engkau orang berkacakap (menulis ) macam orang bodoh - "tak de substance".

air berkata...

baiklah.....bagi berlaku adil....

kepada penyokong anwar/ anti anwar?

tanya pada diri anda beberapa perkara ini.....

1)apakah yang menjadi alasan liwat itu secara paksa? saiful diikat ke? diberi ubat ke? diugut ke?

2)seorang pemuda berbadan sasa dan staight diliwat secara PAKSA oleh dato' umur 60. Logik?

3)pendakwaan hari ini liwat itu secara SENGAJA bukan paksa?

apelagi yang korang nak sokong? kalau ikut hipotesis awal, maka kita boleh simpulkan adalah "LIWAT DAN DILIWAT SUKA SAMA SUKA"......maafkan saya.....nauzubillah min zalik