Oleh ZIEMAN dan ARIFFUDDIN ISHAK
(Mutakhir) PETALING JAYA: Peguam Kamar Ainiah Kamaruzzaman mendakwa cadangan yang dikemukakan oleh Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin dan disokong oleh Menteri Besar Kelantan, Nik Aziz Nik Mat, supaya anak guamnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Saiful Bukhari Azlan bersumpah adalah salah dan tidak mengikut syarak.
“Ini adalah kesalahan jenayah yang serius. Dalam soal ini sumpah (bermubahalah) tidak boleh diguna pakai seperti mana yang beliau katakan,” katanya kepada mStar Online.
Kamar Ainiah berkata sumpah biasanya digunakan untuk membuktikan pemilikan harta atau hak milik.
“Sumpah juga boleh digunakan oleh pasangan suami isteri iaitu apabila si suami mendakwa bahawa isterinya telah melakukan zina dengan orang lain. Beliau tidak perlu mengemukakan bukti.
“Isterinya juga perlu bersumpah untuk menafikan perkara itu. Namun selepas kedua-duanya bersumpah maka secara langsungnya ikatan perkahwinan mereka akan terputus,” tambah beliau.
Katanya Anwar hanya boleh bersumpah jika bukti-bukti yang dikemukan Saiful tidak kuat dan lemah.
“Saiful boleh kemukakan seberapa banyak saksi, tetapi jika bukti yang diberikan tidak kukuh, maka Anwar akan bebas dari tuduhan.
“Namun selepas itu kesalahan itu akan kembali kepada Saiful,” katanya.
Katanya lagi, dalam kes dakwaan liwat oleh Saiful terhadap Anwar, peruntukan yang harus digunakan ialah ‘qazaf’.
“Qazaf digunakan apabila seseorang itu membuat tuduhan terhadap seseorang, tetapi dia tidak dapat mengemukan bukti melalui empat orang saksi (lelaki beriman) mengikut syarak.
“Jika pendakwa (Saiful) tidak boleh mengemukan saksi mengikut hukum syarak maka kesalahan itu akan dikembalikan kepadanya,” kata Kamar Ainiah.
Kes ini disiasat di bawah Seksyen 41 Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah Persekutuan) 1997 jika sabit kesalahan boleh dihukum tiga tahun penjara atau denda RM5,000.
Ianya merupakan kesalahan dalam hukum hudud di mana seorang penuduh yang terbukti bersalah boleh dikenakan 80 kali sebatan.
Tambah beliau ‘qazaf’ digunakan bagi mengelakkan orang ramai membuat sebarang dakwaan yang boleh menjatuhkan maruah seseorang individu secara sesuka hati.
Ditanya bagaimana seseorang wanita yang dirogol mampu mengemukakan bukti mengikut Syarak, beliau berkata masyarakat harus tahu membezakan antara rogol dan zina.
“Rogol lain, zina lain. Senang jika kita nak buktikan wanita dirogol iaitu melalui keadaan fizikalnya atau kerosakan pada alat sulitnya.
“Zina pula dilakukan dengan rela tanpa paksaan. Kebanyakan kes, wanita yang berzina mendakwa dirinya dirogol setelah mereka hamil, mereka buat laporan setelah beberapa bulan,” terang beliau.
Dalam kes dakwaan liwat Saiful, Kamar Ainiah berkata beliau (Saiful) sepatutnya membuat laporan awal jika beliau benar-benar diliwat.
“Sepatutnya beliau tampil lebih awal. Bukannya setelah ‘diliwat’ beberapa kali seperti yang didakwa,” katanya.
Ditanya bagaimana Saiful mampu mengemukan bukti dia diliwat kerana sudah pasti tiada siapa yang melihat kejadian itu, beliau berkata itu terpulang kepada Saiful untuk buktikannya.
"Dia yang buat dakwaan, jadi dia kena buktikan. Kalau dari awal dia tahu tak dapat kemukakan bukti, lebih baik berdiam diri," katanya.
Beliau juga musykil dan hairan mengapa Saiful sebagai seorang yang muda dan berpelajaran tidak menghalang dirinya daripada ‘diliwat’.
“Kalaulah benar, Saiful sepatutnya bertindak melawan, bukan membiarkan sahaja,” katanya.
Mengulas mengenai tarikh perbicaraan kes ini, beliau berkata perkara itu terpulang kepada kepantasan pegawai pendakwaraya menjalankan siasatan.
“Hari ini Datuk Seri (Anwar) buat aduan. Kemudian pendakwaraya akan mengambil keterangan daripada Saiful.
“Kemudiannya siasatan akan dilakukan sebelum perbicaraannya dimulakan,” katanya.
baca artikel asal di mstar.com
9 ulasan:
isk isk..mudahnya jawapan tu kan.i understood the whole concept of Qazaf..tapi jawapan ni.."Ditanya bagaimana Saiful mampu mengemukan bukti dia diliwat kerana sudah pasti tiada siapa yang melihat kejadian itu, beliau berkata itu terpulang kepada Saiful untuk buktikannya.
"Dia yang buat dakwaan, jadi dia kena buktikan. Kalau dari awal dia tahu tak dapat kemukakan bukti, lebih baik berdiam diri," katanya.
--isk isk isk..terkezut jugak ek.ada jugak jawapan camni dalam mahkamah yg berlandaskan Islam yek.
anyway,tak baik buruk sangka kan.takkanla nak guna qazaf so that tak kena dakwa kan.4 saksi?mana ada kan?so lepaslah kan?pusing pusing pun,the truth will prevail.so i'll just wait and see.
TG Nik Aziz seperti merajuk untuk menjadi orang tengah mubahalah Anwar-Saiful. Kenapa terjadi perkara ini?
Apakah puncanya? Kenapakah pandangan Datuk Nik Aziz, Pemuda PAS Selangor dan Dr Asri ini seolah-olah diperlekehkan oleh media utama PAS, Harakah dalam soal mubahalah ini?
Kenapakah kedegilan Anwar untuk bersumpah dan pandangan Datuk Harussani lebih diangkat dan dipuja? Milik siapakah Harakah?PAS ataupun Majlis Agama Islam Perak?
PKR ataupun PAS?
Ataupun tindak tanduk Harakah dikuasai oleh aparat Anwar yang masuk PAS tetapi sanggup membelakangkan jamaah demi bos lama?
Cerita selanjutnya di Mubahalah Liwat Anwar-Saiful: Benarkah Nik Aziz Terlebih Pandai?
tu dia, dengan pembantu Cina sekali diangkut Anwar..dah habis kot pembantu melayu kena balun..
Anwar telah dapat meloloskan diri;
1. Adakah anwar wanita
2. Adakah dia baik?
Ada Pendapat Ulama:Mengapa Allah tak menurunkan pertuduhan kepada lelaki. Kerana lelaki bukan lemah. Oleh itu jika cara ada pengadilan, Anwar boleh didakwa.
Tidak perlu 4 saksi. Kecuali nak mendakwa wanita berzina.
Kalau nak cari 4 saksi, ramailah perogol yang terlepas. Ini bukan keadilan Islam.
Ayat ini telah jelas maksudnya dan tidak perlu penafsiran lain.
“Dan orang-orang yang menuduh wanita-wanita baik-baik berbuat zina dan
mereka tidak mendatangkan empat orang saksi maka deralah mereka (yang
menuduh itu) lapan puluh kali pukulan dan janganlah kamu terima
kesaksian mereka buat selama-lamanya. Dan mereka itulah orang-orang
yang fasiq”.(An Nisa” ayat 4 )
Tolong fwdkan kepada Mufti Perlis untuk lanjutan.
4 orang saksi untuk zina sahaja. Kerana ketika itu org Arab jahiliyyah menjadikan sex dg wanita sebagai aktiviti rutin. Selepas perang mereka sex.
4 orang saksi beriman
1. Jadi bagi tidak menjadikan amalan sex dgn wanita ini membiak dikalangan orang yg telah mukmin, jika mereka melaku sex sampai diperhatikan, mereka akan terhukum 100 sebatan. Liwat lelaki secara normal bukan perlakuan yg akan merebak sekalipun dilakukan dihadapan orang sehingga ada 4 saksi beriman.
2.Bukti video pun menurut Hj Hadi tak boleh. Dan dalam Quran tiada hukuman rejam, sesetengah berpendapat ia dicedok dari fahaman lain.
Disebat 100x
1. Ada 4 saksi beriman yang tak terlibat dosa besar/pelaku melakukan zina itu.
Atau pun
2. Pelaku secara sukarela menghebahkan secara terbuka.
Untuk zina. Supaya amalan itu tak membiak dikalangan org beriman.
Biar mahkamah syariah yg tentukan. Yg benar tetap benar.
Mat Sepol pengecut tak kuar di khalayak ramai.
Hanya mencabar di sebalik email & ruang maya shj,tampil ke depan..buat press conference.
ntah2 bkn dia yg kirim email,bkn dia di frienster tersebut. pasti juak2 umno yg bodoh!
ashrafkhidzar.blogspot.com
4 saksi nak cari kat mana. Silap si Saiful ni kenapa dah kali keberapa baru nak report....
Tapi kalau laporan DNA positif mcmana? Apa pulak alasan Anwar... Pakar kita tak berapa pakar... kena guna Pakar yang Wolfowitz cadangkan.... baru percaya...
Anwar... Anwar. Kali ni terjeratlah engkau di Mahkamah Syariah..... mcmana terjerat nya engkau dengan akta rasuah yang engkau bentangkan sendiri di Parlimen masa Tun pergi bercuti dulu....
hmm...lgpun skrg mcm la sng sgt nak cr 4 saksi yg beriman...ramai org yg nama je islam tp xikut pn ajaran islam...lgpun kalau ada 4 org saksi yg beriman mesti depa 2 p stop punya benda 2...skrg ni mmg pyh la nak buktikan si anwar 2 bsalah...byk la dia punya putar belit,bljaq kat karpal singh kot...
putar belit lah bang nuar ni...
Catat Ulasan