MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

9 Jul 2008

Kecoh: Unit Amal PAS disalahkan



Kecoh: Unit Amal PAS disalahkan


Jimadie Shah Othman | Jul 9, 08 2:52pm

kemaskini 4:43pm Unit Amal PAS menjadi sasaran kritikan anggota Gabungan Memprotes Kenaikan Harga Minyak (Protes) susulan kekecohan di pentas sewaktu persembahan pemuzik Carburetor Dung di perhimpunan membantah kenaikan harga minyak, Ahad lalu.

Unit khas bawah Dewan Pemuda PAS ini dipersalahkan kerana memboikot kawalan keselamatan di stadium Kelana Jaya sebelum konsert tersebut.

Satu sumber memberitahu Malaysiakini, mereka dianggap "telah meninggalkan medan perang" dan "jika unit ini ada, keadaan dipercayai akan lebih terkawal."

Dalam mesyuarat gabungan itu lewat petang semalam, isu penarikan Unit Amal PAS daripada tugasnya itu dibangkitkan sendiri oleh penyelaras Protes dan juga bendahari PAS Dr Mohd Hatta Ramli dan sekretariatnya Aiman Athirah al-Jundi, juga setiausaha Muslimat.

"Perkara itu mula-mula ditimbulkan oleh PAS, Dr Hatta dan Aiman Ahthirah sendiri," kata sumber itu lagi.

Wakil unit itu, yang turut hadir dalam mesyuarat dua jam bagi menilai perhimpunan tersebut, mengakui kesilapan mereka.

Namun begitu, Malaysiakini difahamkan mesyuarat menuding ke arah ketua Pemuda PAS Wilayah Persekutuan, Kamaruzaman Mohamad - yang tidak hadir dalam mesyuarat itu - kerana dikatakan telah mengarahkan anggota unit tersebut menarik diri.

Semalam, dewan itu berkata pihaknya "tidak sesekali berasa kesal" dengan tindakan Unit Amal menarik diri di pertengahan perhimpunan itu.

"Pemuda sememangnya mengambil risiko apabila menarik diri dan kami bersedia dihukum jika jelas kami bersalah.

"Tapi sebelum itu, kami ingin nyatakan bahawa kami tidak sesekali berasa kesal dengan tindakan itu," kata ketua penerangannya Herman Shamsudeen di blog pergerakan itu (dppwp.wordpress.com).

Malaysiakini juga difahamkan persembahan Carburetor Dung itu diteruskan selepas kekosongan akibat kegagalan mengisi slot hiburan yang ditugaskan kepada Kamaruzaman.

"Sepatutnya ada persembahan nasyid dan dikir barat pada hari itu tetapi Kamaruzaman gagal membawa kumpulan itu," kata sumber lagi, yang mengetahui butiran mesyuarat Protes di ibu pejabat PAS malam tadi.

Kedua-dua kumpulan itu dipercayai ingin dibawa dari Kelantan tetapi membatalkankan penyertaan kerana perhimpunan itu tidak mempunyai permit polis, kata sumber.

Mesyuarat juga mengenal pasti tidak ada persefahaman dan pembahagian jelas antara Unit Amal dan Skuad Angkatan Muda PKR menyebabkan kawalan keselamatan tidak berjalan lancar.

"Tidak ada pembahagian yang betul-betul jelas antara kedua-dua unit. Masing-masing buat hal masing-masing," tambah sumber.

Dr Mohd Hatta, dihubungi sejak semalam, enggan mengulas lanjut isu tersebut.

baca artikel asal di malaysiakini.com


1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Nama pun perhimpunan haram sebab tu la polis tak nak kasi permit sebab tahu keadaan macam ni boleh terjadi. Harap lepas nie mereka ni sedar dan tak payah nak buat lagi demonstrasi macam ni.