17-07-2008 12:56:18 AM
10:05 pagi : Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Ibu Pejabat Badan Pencegah Rasuah Putrajaya untuk memberi keterangan berhubung laporannya terhadap Peguam Negara dan Ketua Polis Negara 1 Julai lalu.
12:10 tengah hari : Anwar selesai memberi keterangan kepada BPR.
1:00 tengah hari : Anwar ditahan polis berdekatan dengan rumahnya di Bukit Segambut.
1:15 tengah hari : Anwar tiba di Ibu Pejabat Polis Kontigen Kuala Lumpur (IPKKL).
1:30 tengah hari : Isteri Anwar, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail bersama ananknya, Nurul Nuha tiba di IPKKL.
2.30 petang : Anwar mula memberi kenyataan kepada polis berhubung kes liwatnya dengan pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan.
3:15 petang : Dr. Wan Azizah dan peguam Anwar, Sankara Nair memberi kenyataan kepada pihak media yang menunggu di luar IPKKL.
8.35 malam : Anwar dibawa ke Hospital Kuala Lumpur untuk menjalani ujian DNA.
8.45 malam : Anwar tiba bersama kenderaan polis di Hospital Kuala Lumpur.
9.00 malam : Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi ditemui Azmin Ali, Naib Presiden PKR di bangunan Parlimen.
10.20 malam : Anwar selesai menjalani ujian DNA dan bergerak pulang bersama kenderaan polis ke IPKKL.
10.30 malam : Peguam Anwar berkata, Anwar menjalani pemeriksaan biasa di HKL dan ujian DNA tidak dijalankan hari ini. Anwar tidak membenarkan sampel DNA diambil.
11.30 malam : Dr. Wan Azizah Wan Ismail dan anaknya, Nurul Izzah tiba di IPK KL dengan beg, dipercayai pakaian untuk Anwar.
11:45 malam : Anggota MT PKR, Badrul Hisham Syahzani mengisytiharkan gerakan reformasi bermula malam ini.
12.10 tengah malam: Peguam Anwar, Sankara Nair mengesahkan anak guamnya akan ditahan malam ini.
12.24 tengah malam: Ketua Angkatan Muda PKR, Shamsul Iskandar Mohd. Akin menenangkan penyokongnya di kawasan IPK KL dengan meminta mereka supaya tidak bertindak ganas.
12.35 tengah malam: Sivarasa memaklumkan polis akan menyambung mengambil keterangan daripada Anwar pukul 7.30 pagi (Khamis) dan akan memutuskan pada pukul 1 tengah hari sama ada dihadapkan di mahkamah ataupun sebaliknya.
baca artikel asal di Mstar.online
5 ulasan:
Asyik2 kes liwat Anwar....Boringnyer macam x der cerita hangat lain...
Haiiii...berapa banyak ujian DNA yang nk dibuat....Nampak sangat kerajaan cuba nak menutup kes2 hangat dan panas yang berlaku di kalangan pemimpin atasan
Apasal tak nak kasi sample plak ni?
Kasi je la sample DNA tu.
Pas tu nak "lawan tetap lawan" ke,
nak "makkal sakti" ke gasak
korang la.
kata nak bersihkan nama, tapi bila mintak DNA tak nak bagi pulak...Ni apa cerita ni? kata ada saksi la, mana dia saksi...kalau berani bagi la DNA..apa nak selindung...berani kerana benar laa
bodoh punya PKR=PAS=DAP
nuar kuat sex pun nak buat demonstrasi ke?
nuar mmg bodoh, sebab tu nuar suka dgn PKR=PAS=DAP mempolitikkan kes nafsu berahi luar tabii nuar.
Catat Ulasan