MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

16 Jul 2008

Anwar Ditahan Di Bawah Seksyen 377A, Kes Liwat: Peguam


Anwar Ditahan Di Bawah Seksyen 377A, Kes Liwat: Peguam

16 Julai, 2008 17:11 PM

KUALA LUMPUR, 16 Julai (Bernama) -- Penasihat Parti Keadilan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini ditahan mengikut Seksyen 377A Kanun Keseksaan bagi siasatan terhadap tuduhan meliwat, kata peguamnya Sankara Nair.


Menurutnya sehingga 2.50 petang tadi, Anwar yang ditemani seorang lagi peguam, R. Sivarasa, sedang memberi keterangan kepada polis selepas tiba di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur (IPKKL) pada pukul 1.10 tengah hari tadi.

"Polis selepas ini akan memohon kepada mahkamah bagi perintah reman selama 24 jam atau tidak melebihi 14 hari terhadap Datuk Seri Anwar bagi membantu siasatan," katanya kepada pemberita di IPPKL di sini hari ini.

Anwar menghadapi tuduhan itu selepas bekas pembantunya, Mohamad Saiful Bukhari Azlan, 23, membuat laporan polis pada 28 Jun lepas mendakwa dirinya diliwat oleh bekas Timbalan Perdana Menteri itu.

Anwar telah memfailkan saman terhadap Mohamad Saiful kerana membuat laporan palsu berkenaan kejadian liwat itu yang dikatakan berlaku pada 26 Jun lepas.

Sankara berkata Anwar ditahan pada 1 tengah hari oleh sepasukan anggota polis yang menaiki tiga kenderaan, kira-kira 50 meter dari rumah Anwar di Segambut, sebelum diiringi ke IPKKL.

Beliau yang turut berada bersama Anwar ketika itu mendakwa polis tidak mempunyai dokumen rasmi atau surat perintah ketika menahan Anwar.

Pemandu Anwar, Abdullah Sani Said, 49, berkata ketika ditahan, Anwar sedang dalam perjalanan balik ke rumahnya sambil diiringi dua peguamnya itu, selepas selesai memberikan keterangan kepada Badan Pencegah Rasuah di Putrajaya, berhubung laporannya mengenai pemalsuan fakta oleh Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail dan Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan.

Bercakap kepada pemberita ketika sedang menunggu di IPKKL, Abdullah berkata kira-kira 20 anggota polis yang berpakaian seragam menahan kenderaan yang dipandunya sebelum mereka memaklumkan kepada Anwar tujuan mereka tanpa bertindak kasar terhadap bekas Timbalan Perdana Menteri itu.

"Mereka hanya kata nak ambil Datuk Seri (Anwar) untuk bawa ke IPKKL untuk siasatan. Datuk Seri ada tanya mereka ada surat tak, tetapi polis kata tak ada," kata Abdullah yang telah bekerja untuk Anwar selama 25 tahun.

baca artikel asal: Bernama.com


4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Patut pun Anwar ni degil nak ke IPKKL.Sebabnya 2 org peguam dia tu India.Cakap putar belit.Boleh dengar ke cakap India ni?

shahsuria resourses berkata...

Inikah layanan yang diberikan kepada bekas TPM...sedangkan orang kebanyakkan pun tidak dilakukan sedemikian...Bertaubatlah wahai pemimpin zalim...pintu taubat masih terbuka...

Tanpa Nama berkata...

kiri kanan anwar sume kaki putar..kaum tu mmg kaki putar. susah nak caye..skang konon support anwar. x heran kalo sebaliknya terjadi. tu la anwar,mudah percaya kat org..ngan saiful tu pon boleh kene..hampeh tul anwar nih

Unknown berkata...

inilah layanan khas utk nuar bekas TPM. nuar x mau taubat, nuar tau buat je. x caya?... tanya jijah dgn pui.