MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

14 Jul 2008

Konspirasi Anwar & Saiful : Perebutan Diari Merah Anwar

Keterangan Foto :Kata Nurul Izzah, "mana satu sesuai jadi pewaris dairi merah ?", sambil jarinya tunjuk ke arah Sim dan Nik Nazmi. Dari kiri Nurul Izzah (anak Anwar), Sim Tze Tzi dan Nik Nazmi Nik Ahmad. Ketiga-tiga mereka adalah bekas pegawai khas Anwar yang bertugas di pejabat Anwar, Seksyen 16. Nurul Izzah, lulusan UNITEN, John Hopkins University, Amerika & aktivis AIC (Anwar Ibrahim Club). Sim Tze Tzi, lulusan UTM & bekas aktivis DEMA. Nik Nazmi pula lulusan King's College London & aktivis UKEC (The United Kingdom and Eire Council)

Konspirasi Anwar & Saiful : Perebutan Diari Merah Anwar

Apabila Nik Nazmi menjadi ADUN Seri Setia Selangor, maka dengan tidak semena-mena, ramai di kalangan anak muda yang bergentayangan di sekeliling Anwar berangan-angan untuk memegang Diari Merah Anwar. Barangkali, itulah makam yang paling tinggi untuk mahasiswa-mahasiswa penyokong Keadilan.

Keterangan Foto : Pemilik asal 'dairi merah' ialah Azmin Ali, bekas Setiausaha Sulit Anwar semasa Anwar menjawat jawatan penting dalam UMNO, Menteri Kewangan dan Timbalan Perdana Menteri Malaysia. Foto di atas merupakan foto kenangan Khalid Jaafar. Ketika itu Azmin Ali, (foto kanan) merupakan Setiausaha Sulit Anwar, Khalid Jaafar (foto kiri), berjawatan Setiausaha Akhbar Anwar dan Mazlan (foto tengah), Timbalan Keselamatan Anwar. Gambar dirakam di sebuah hotel Washington DC, semasa mengiringi Anwar (TPM) melawat Amerika Syarikat.Seronok betul hati Khalid dapat melawat Amerika. Tengok gayanya, tangan kiri menyentuh dinding, manakala tangan kanan seluk poket.Pemilik dairi merah, lulusan Matematik Amerika (Azmin) pula sentiasa tersenyum. Bermula dari kisah keluarga 'pemilik dairi merah' ini Anwar dihadapkan ke mahkamah pada 1998 kerana kes salah guna kuasa dan tuduhan liwat. Anwar dipenjarakan, Azmin dan Khalid terlibat menggerakkan parti baru dikenali Parti Keadilan Nasional (PKN) yang sekarang ini dikenali Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Keterangan foto : Kata Anwar kepada Wolfowitz, "Wolf, you kena tolong parti I. Sungguh ni. Kena tolong, sungguh-sungguh!. Nak hampir-hampir berjaya dah..Kalau you tak tolong, hancurlah peluang i nak jadi PM".Kata Anwar sambil angkat kedua-dua tangan tanda bersemangat."Ha ha ha ha ha ha", ketawa sakan Wolfowitz hingga tangan kiri menekan meja . Seperti biasa, Azmin sentiasa senyum dan Khalid pula terlebih senyum hingga tangan kanan kiri mencuit dagu. Foto di atas, dirakam pada tahun 2005, ketika Anwar membawa dua orang kepercayaannya iaitu Azmin Ali (Naib Presiden PKR) dan Khalid Jaafar (Pengarah Institut Kajian Dasar) melawat Paul Wolfowitz, Timbalan Setiausaha Pertahanan Amerika, di Pentagon,Amerika Syarikat.

Kadang-kadang terasa, kita bukan melihat politik Melayu tetapi seperti membaca komik Cina. Seperti membaca komik Senjata Misteri adakalanya. Maka, di sini mungkin kelebihan mahasiswa ahli jamaah. Tiada relik yang hendak dikejar. Tiada serban merah Nik Aziz ataupun ketayap merah Haji Hadi. Cumanya, ada yang mahu menjadi ikon gerakan mahasiswa, yakni melalui apa cara sekalipun, tidak kisahlah termasuklah melanggar hukum qazaf ataupun menyatakan parti pemerintah sebagai parti syirik untuk mempopularkan diri ataupun hendak mengatakan fikrah merekalah yang paling jelas.

Keterangan foto : Kata Nik Nazmi, " Ni ke dairi merah ?". "Bukan la, I pun ada satu", balas Dr. Busarin. Rahimi menjeling serius ke arah Dr Busarin, sambil dalam hati terdetik, "lepas ni aku pula pewaris dairi itu...haha". Foto ini dirakam pada Disember 2007 dalam program pelancaran buku "Melangkaui Sempadan: KONFLIKTING" anjuran Anwar Ibrahim Club (AIC), Open Dialogue Centre (ODC)dan ditaja oleh Friedrich Naumann Foundation (FNF), sebuah yayasan Jerman. Dari kiri Dr. Busarin Dusadeeisariyawong, Pengarah Program FNF Malaysia berpusat di Bangkok. Duduk di tengah, Rahimi Osman, Presiden AIC dan Nik Nazmi Nik Ahmad, Pengarah Eksekutif ODC yang menjadi 'pewaris dairi merah' Anwar selepas Azmin Ali.

Gerakan pemuja Anwar rupanya telah beralih kiblat dari IPTA khususnya UM dan UIA ke universiti swasta. Barangkali, ini ada kesan dari dominasi gerakan mahasiswa pembangkang oleh jamaah PAS dan juga penguasaan Aspirasi ke atas IPTA baru khususnya bekas-bekas Kolej Universiti. Ditambah pula UNITEN pernah dihuni dan dijadikan tempat belajar oleh anak Anwar sendiri.

Keterangan foto : Nampak macam cool antara dua aktivis AIC Rahimi Osman (kiri) dan Marini Kamal (sedang tunduk menulis-kanan). Tetapi blog aktivis AIC, Najwan Halimi, pelajar UNITEN dedahkan pergolakan besar berlaku dalam AIC. Rahimi Osman, pewaris dairi merah, daripada Nik Nazmi dikatakan membawa masuk Saiful Bukhari Azlan, pelajar UNITEN membantu kerja-kerja politik di pejabat Anwar. Ketika itu Rahimi adalah Presiden AIC. Najwan Halimi (Sepupu Rahimi) tidak berpuas hati dengan tindakan sepupunya itu dan menulis di dalam blognya mendedahkan keburukan Saiful Bukhari semasa menjadi Timbalan Presiden MPP UNITEN dan dikaitkan dengan Aspirasi yang sokong UMNO. Marini sokong Najwan dan gesa Rahimi letak jawatan Presiden AIC dengan pelbagai tuduhan termasuk korup dan menyalahgunakan wang AIC.Rahimi pula sokong Saiful dan turut mendedahkan pelbagai keburukan Marini termasuk tuduhan 'perempuan jalang' ke atas bekas pelajar UK itu. Foto di atas dirakam pada Disember 2007 dalam program anjuran AIC dengan tajaan Friedrich Naumann Foundation (FNF), sebuah yayasan Jerman. Dari kiri Rahimi Osman, Presiden AIC, Faisal Mustaffa (exco Angkatan Muda PKR)dan Marini Kamal (anak Kamal Amir), Naib Presiden AIC.

Selepas kes tuduhan liwat Anwar 28 Jun, nama Saiful Bukhari tiba-tiba muncul. Sebelum ini, namanya hanyalah tertumpu di UNITEN. Lebih-lebih sedikit, namanya menjadi bualan hangat sekumpulan mahasiswa yang bergentayangan di dalam grup Anwar Ibrahim Club (AIC). Maka, marahlah sekian rakyat jelata di dalam AIC melihatkan kenaikan mendadak Saiful Bukhari memanjat dan mendaki jawatan di Pejabat Anwar. Tidak disangka-sangka bagi mereka bahawa orang yang mereka seranahkan selama ini, akhirnya naik lebih tinggi dari mereka.

Keterangan foto : Perjumpaan tertutup AIC bersama Anwar pada Jun 2008. AIC diwarisi jawatankuasa baru terdiri daripada Muhammad Shukri Md Saad, Presiden AIC, Marini Kamal, Naib Presiden AIC dan teamnya. Kempen Marini menjatuhkan Rahimi Osman berjaya. Rahimi Osman telah letak jawatan Presiden AIC dan selepas itu turut letak jawatan sebagai Pegawai Khas Anwar. Marini dalam blognya menyindir Saiful Bukhari Azlan (kroni Rahimi) yang turut kelihatan dalam perjumpaan tertutup AIC di rumah Anwar. Marini persoalkan bagaimana Saiful boleh tahu program tertutup itu dan memperlekehkannya sebagai tukang 'bancuh teh' dan tukang 'susun cawan serta kuih muih' untuk minuman petang majlis tertutup AIC itu. Itulah taraf Saiful. Adakah kenyataan Marini ini menunjukkan Saiful amat disayangi Anwar (sebagai pengganti Rahimi) hingga bebas keluar masuk ke dapur, sebagai 'pembancuh teh' ?. Apatah lagi, dalam kenyataan Saiful, dia mengaku memangku kerja-kerja di pejabat Anwar setelah ditinggalkan oleh Rahimi Osman. Memangku tugas Rahimi bermakna Saiful pewaris 'dairi merah' terakhir ?. Adakah faktor 'pewaris dairi merah' ini faktor perbalahan berterusan Marini dan Najwan ke atas Saiful ?.Foto di atas menunjukkan Anwar memakai baju AIC dalam majlis tertutup AIC di kediaman Anwar pada Jun 2008.

Malang sekali bagi Saiful, sejarah ditulis oleh dua golongan. Golongan yang menang dan golongan yang menguasai media. Saiful diserang hebat sejak dia “bergraduasi awal” dari kampus UNITEN. Oleh itu, sebenarnya Saiful pun bercadang mengorak untuk meninggalkan dunia politik yang tidak ubah seperti dunia mafia baginya, untuk mencapai cita-citanya sebagai juruterbang.

Namun, PRU ke 12 mengubah segala-galanya.Sebermula dari Rahimi Osman yang menjadi seolah-olah dewa bertangan lapan menyelesaikan masalah Anwar sebagai Setiausaha Politik, Setiausaha Sulit, Pembantu Khas dan Koordinator Politik dalam kemelut pilihanraya. Dari situ, ini menunjukkan PKR yang gah sebenarnya kurang bala tentera. Kebanyakan penyokong hanya mampu berzikir reformasi tetapi hanya setakat di dalam hati dan mulut sahaja. Panglima di Kedai Kopi tarafnya.

Dari situ, Saiful Bukhari dikatakan datang membantu. Tatkala, mereka yang berzikir akan nama Brother Anwar Bin Ibrahim selesa di kampus dan tempat kerja, anak muda inilah yang menghunuskan pedangnya di medan kempen dan pilihanraya. Tidur 2-5 jam sehari tidak menjadi masalah, kerana ingin menolong kawan dan juga PKR.

Namun, atas dasar itulah yakni obervasi Brother Anwar Bin Ibrahim, Saiful Bukhari memanjat tangga sebagai orang harapan Anwar dan bukannya orang-orang AIC. Tetapi, penulis sangsi dengan cara orang-orang AIC berfikir.

Mereka marahkan Saiful Bukhari kerana “berjaya” menawan hati Anwar. Jikalau benar, adakah wajar dimarahkan musang makan ayam kerana memang itu makanan musang? Tidakkah yang patut dimarah si empunya ayam kerana membiarkan rebannya bocor dan tidak terjaga?

AIC sepatutnya tatkala itu, patut menyedari bahawa Brother Anwar Bin Ibrahim bukanlah seorang jeneral dan strategis perang yang bijaksana dan baik seperti yang digembar-gemburkan. Jikalau “agen” musuh pun tidak dapat dihidu, apatah pula dengan cabaran yang lebih besar dari itu?

Kenapakah Saiful sahaja yang dimaki dan dikeji oleh geng Najwan Halimi dan Ainis Azreen? Tidakkah sang pencinta musang pun patut dikaji dan dianalisis kesalahan dan ketidakbijaksanaannya?

Tetapi, di dalam dunia ini, seperti biasa, orang hanya mahu melihat dan percaya apa yang mereka mahu percaya walaupun sebenarnya, suara hati mereka tahu bahawa apa yang mereka percaya itu salah.

Oleh itu, kita akan lihat selepas ini, apakah perjuangan memiliki ‘Diari Merah Anwar’ akan terus menjadi igauan puak-puak mahasiswa pemuja Anwar?

Jawapannya hanya menunggu tatkala siapakah yang benar, Saiful ataupun Anwar!

baca artikel asal di maharaja zhou.blogdrive.com

Artikel lain berkaitan


1. Layakkah "Nasihat" Taha Jabir Al 'Ulwani Dikatakan Fatwa?

2. Anwar tumbang kerana seorang lelaki ?

3. Misteri hubungan Anwar & Saiful ?

7 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Tuan patut tahu dan ulas atikel berikut ....Anwar Ibrahim, Yassin Al-Qadi , Peter Costello dan USD8 Billion

Unknown berkata...

Artikel yang bagus.Banyak info menarik yang tidak diketahui sebelum ini

Teruskan membongkar Siapa Anwar & Saiful Bukhari

Tanpa Nama berkata...

Rupa-rupanya puak2 muda dlm PKR bergolak sesama sendiri.Apalah yang penting sangat kalau dapat "waris diari merah" tu?
Tak phm betullah...

Drpd berebut "waris diari merah" tu baik kita berebut mendalami Al-Quran & As-Sunnah.Ada faedahnya di akhirat nanti.

"waris diari merah' tu boleh bawa mati ke? Atau tiket masuk syurga?

anonymous berkata...

alahai...mula2 cam ok je blog ni. tapi lama2 naik mual la pulak. nampak sgt canang citer. yg stgh pembaca tu lak..terusss aje percaya.cik kiah artikel cam ni pun ko kata menarik. ikut saje kata member tu kita tu..mendalami Al-Quran & As-Sunnah ada faedahnya di akhirat nanti.

pro-botak berkata...

boleh penulis terngkan apa itu "diari merah"?beserta bukti.

apakah penulis melakukan intipan dengan meletakkan mikrofon pada baju2 mereka yang didalam foto?jika benar,ini adalah satu kesalahan.
dan jika keterangan foto ini tidak benar.apakah hukumnya.....FITNAH!!!!!!!

Unknown berkata...

Penulis blog ni berkata2 dgn org kampung yang xda pendidikan ke? Cuba bodohkan kami dgn fakta2 karut serta subtitles ynag u sendiri letak?? Saya rasa hanya org yang tidak mendapat pendidikan secukupny shj yg percaya seperti anda.

Saudara ingt mahsiswa, mahasiswi, golongan profesional x blh menilai isi blog ini?? Usahlah perbodohkan diri saudara. Jika tiada fakta utk menceritakan sesuatu isu hangt ni, jgnlah lah cete. Kaji dulu, analisis kemudian buat kesimpulan lalu keluarkan lah pendapat. Jangan tabur FITNAH hanya krna saudara benci Anwar dan sokong BN.

Memalukan.. Artikel yang x berilmiah dan logik..

fred berkata...

pendapat yg mengatakan 'Drpd berebut "waris diari merah" tu baik kita berebut mendalami Al-Quran & As-Sunnah.Ada faedahnya di akhirat nanti' adalah pendapat dangkal dan bebal.Nak bekerja dgn anwar pun xboleh.. apa punya negara ni dah bangkrap cara halang anwar dr msk politk.Politik terdesak.Kalau dah PAS sokong anwar bermakna PAS juga menyokong yahudi.Yang UMNO sidub nk bermuzakarah ngn PAS ejen yahudi tu buat apa? buat2 bebal? kahkahkah apa punya manusia