MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

14 Jul 2008

Anwar tidak muncul di IPK KL sehingga 2.30 petang



Anwar tidak muncul di IPK KL sehingga 2.30 petang


14-07-2008 02:41:01 PM
Oleh G. MANIMARAN dan LEE YAN XIU

(Dikemas kini) PETALING JAYA: Sehingga pukul 2.30 petang tadi, Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak muncul di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur untuk membantu polis menjalankan siasatan berhubung dakwaan meliwat, yang kedua dihadapinya dalam tempoh 10 tahun.

Hanya wartawan yang berkumpul di hadapan IPK Kuala Lumpur manakala polis dijangka mengadakan sidang akhbar khas pada pukul 3.30 petang ini.

Kelmarin polis berkata, bekas Timbalan Perdana Menteri itu telah bersetuju untuk menemui mereka bagi memberikan keterangan.

Anwar memutuskan untuk tidak hadir di IPK kerana arahan lengkap memintanya memberi keterangan berhubung dakwaan meliwat belum dikeluarkan polis sehingga pagi ini.

Polis pula akan menunggu sehingga pukul 5 petang untuk memutuskan tindakan susulan ke atas Anwar.

Peguam Anwar, Sankaran Nair ketika dihubungi mStar Online berkata, pihaknya memang ada perjanjian dengan polis untuk bekerjasama tetapi tiada arahan sempurna untuk tujuan siasatan.

"Kami menunggu arahan sempurna dan akan pergi menemui polis," kata beliau.

Kelmarin polis memaklumkan bahawa Anwar telah bersetuju untuk datang ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuaal Lumpur pukul 2.30 petang untuk memberi keterangan berhubung isu meliwat.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Datuk Mohd Bakri Zinin ketika dihubungi pula memberitahu, Anwar sepatutnya datang menemui pihaknya pukul 2.30 petang.

"Kita akan menunggu kedatangan beliau. Jika tidak datang sehingga pukuk 5 petang, kita akan menentukan tindakan berikut," katanya.

Dr. Azizah ketika ditemui wartawan pada sidang akhbar di lobi Parlimen memberitahu, pihaknya kecewa dengan tindakan Speaker menolak usul tersebut.

Usul itu diserahkan oleh Dr. Wan Azizah pada Khamis lalu.

Usul itu adalah di bawah Peraturan Mesyuarat 18 (1) dan (2) yang berbunyi "Bahawa Dewan yang mulia ini mengambil ketetapan tidak percaya terhadap kepimpinan Perdana Menteri Malaysia dan jemaah menteri beliau dalam menjalankan urus tadbir negara disebabkan terhakisnya keyakinan rakyat terhadap integriti kerajaan."

Kata beliau, usul itu dikemukakan ekoran langkah kerajaan menaikkan harga minyak baru-baru ini sungguhpun sebelum pilihan raya umum ke-12 kerajaan telah berjanji untuk tidak menaikkan harga bahan api itu.


baca artikel asal di MStar online

3 ulasan:

Unknown berkata...

Emm...Anu War...Anu War...

Nampak sangat mamat ni gabra.

Lagi jelas mamat Yahudi ni bersalah

Be gentleman lah Anu War....

Takkan anu tu je yang gentleman setiap pagi

Tanpa Nama berkata...

datanglah! dah janji tak dtg. ni org tak gentel.

mcm mana nak perintah malaysia, kepala tak betul.

Tanpa Nama berkata...

mcm mana....bang Nuar dah takut kee...suruh datang dah mengelabah..
rilekslah berani buat berani tanggunglah!!!!