MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

15 Jul 2008

Kes Liwat : Dewan Pemuda sokong kenyataan Presiden PAS



Kes Liwat : Dewan Pemuda sokong kenyataan Presiden PAS

Pemuda PAS menyokong presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang menegaskan Datuk Seri Anwar Ibrahim harus menyelesaikan "masalah sendiri melalui mahkamah" dan tidak mahu kes penasihat PKR itu "mengganggu kerja-kerja politik" parti itu dalam Pakatan Rakyat.

"Dewan Pemuda PAS Pusat berdiri teguh di belakang presiden dan menyokong kenyataan beliau dalam temubual dengan media pada minggu lepas," kata ketua penerangan dewan itu, Suhaizan Kaiat.

Dalam wawancara panjangnya yang diterbitkan media rasmi parti Harakadaily.net Jumaat lepas, Abdul Hadi berkata:

"Saya tidak mahu kerja-kerja politik diganggu oleh isu-isu berkait dengan masalah individu. Masalah individu diselesaikan secara masalahnya sendiri.

"Oleh kerana itu saya lebih bersetuju supaya masalah itu diselesaikan di mahkamah yang adil. Kalau mahkamah sivil tidak boleh selesai, mestilah dibawa ke mahkamah syariah."

Abdul Hadi, yang juga ahli parlimen Marang, diminta mengulas isu laporan polis Mohd Saiful Bukhari Azlan yang mendakwa diliwat Anwar dan kesannya kepada kerjasama dalam Pakatan Rakyat.

Suhaizan juga menafikan laporan Malaysiakini semalam - dengan memetik sumber dalaman dewan itu - yang menyebut Pemuda PAS "menyifatkan pandangan Abdul Hadi sebagai isyarat kritikan terhadap Anwar dan dua lagi parti Pakatan agar tidak menimbulkan masalah kepada PAS."

"Dewan Pemuda PAS Pusat mempertegaskan bahawa kami tidak pernah membuat kenyataan berhubung dengan kenyataan di atas," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Pemuda PAS juga menafikan wujud persengkataan antara aliran konservatif, antaranya yang diwakili Dewan Ulama, dengan aliran yang lebih terbuka.

"Laporan (semalam) ini seolah-olah wujudnya kelompok-kelompok tertentu dalam PAS yang saling bersengketa antara satu sama lain.

"Dewan Pemuda PAS Pusat telah menafikan sekeras-kerasnya wujudnya pertentangan di antara Dewan Pemuda PAS dengan mana-mana individu atau kelompok dalam PAS," katanya.

"PAS sebagai sebuah parti yang berlandaskan al-Quran dan as-Sunnah tidak langsung terjebak dalam pertentangan kelompok.

"Apa yang wujud dalam PAS adalah perbezaan pendapat dalam mematangkan sesuatu keputusan sahaja. Ini perkara biasa dalam mana-mana organisasi dalam dunia."

Baca artikel asal di malaysiakini.com

Kenyataan Dewan Muslimat berhubung pendirian Presiden PAS

Aiman Athirah Al Jundi
Tue | Jul 15, 08 | 11:23:08 am MYT

Dewan Muslimat mengucapkan terima kasih, syabas dan tahniah kepada Presiden PAS, Yang Berhormat Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, di atas pendirian tegas beliau berhubung kedudukan PAS di dalam Pakatan Rakyat.

Dewan Muslimat menyifatkan pendirian tersebut (seperti yang dilaporkan menerusi wawancara penuh yang tersiar dalam Harakah keluaran 16-31 Julai 2008)?sesungguhnya merupakan suatu yang sudah lama ditunggu-tunggu oleh Muslimat PAS khususnya selepas kejayaan Barisan Alternatif mengambil alih empat kerajaan negeri?dan seterusnya mempertahankan Kerajaan PAS di Kelantan selepas Pilihan Raya Umum ke-12 empat bulan yang lepas.

Dewan Muslimat menyokong penuh dan berdiri teguh di belakang YB Dato' Seri Tuan Guru Presiden dan seterusnya menyeru kepada semua khususnya para muslimat dan amnya pendukung dan penyokong PAS di seluruh negara agar memahami? dan menghormati pendirian tegas Presiden itu.

Dewan Muslimat meyakini bahawa Presiden sudah pun membuat pemerhatian yang terperinci serta mengambil kira semua faktor dan perkara sebelum mengeluarkan pendirian tersebut kepada khalayak rakyat.?

Dewan Muslimat juga menyedari bahawa segala pendirian yang dikeluarkan oleh Presiden sebagai tidak bertentangan dengan hasrat dan perjuangan PAS selama ini.

Hatta, pendirian itu juga jelas tidak bertentangan dengan syariat Islam dan kaedah-kaedah usul fiqh yang merentas dasar dan prinsip perjuangan PAS.

Bahkan pendirian tersebut seharusnya dilihat sebagai hakikat kebenaran dan kesucian perjuangan Islam itu sendiri yang bertitik tolak daripada kewajiban menyampaikan dakwah dan risalah Islam kepada seluruh ummat manusia tanpa mengira batasan kaum, agama, ideologi politik hatta latar belakang sosial seseorang itu.

Justeru, Dewan Muslimat menyelar percubaan dangkal dan nakal pihak-pihak tertentu yang cuba memfitnah PAS dan kepimpinan PAS bahawa kononnya mahu bergabung dengan Umno demi kepentingan peribadi dan kuasa.

Dewan Muslimat juga menyokong penuh pendirian Presiden bahawa bangsa Melayu dan agama Islam harus terus menjadi teras utama kepada politik negara ini bagi menjamin kestabilan dan keutuhan negara.

Walau bagaimanapun, agenda perpaduan nasional, kerajaan beramanah, adil, bersih dan berkebajikan?kepada seluruh rakyat akan terus menjadi fokus utama perjuangan PAS bersama rakan-rakan gabungan di dalam Kerajaan Pakatan Rakyat.

Dewan Muslimat menginsafi bahawa tujuan perjuangan PAS sepertimana yang terkandung di dalam Fasal 5 Perlembagaan PAS (Pindaan 2001) akan terus diberi keutamaan. Pada masa yang sama, penerimaan kaum-kaum lain terhadap perjuangan dan keadilan Islam yang dibawa oleh PAS akan terus diberikan perhatian bertepatan dengan slogan 'PAS For All'. Hakikat ini wajar difahami dan dihormati oleh keADILan dan juga DAP.

Sehubungan dengan itu juga, semua pihak disaran menyedari hakikat bahawa kehadiran PAS dalam persada dan percaturan politik tanah air bukanlah melukut di tepi gantang?sifatnya. 'Ada' atau 'Tiadanya' jentera PAS sesungguhnya MEMBERI KESAN kepada kejayaan KeADILan mahupun DAP.

Penguasaan PAS terhadap kerusi Dewan Undangan Negeri iaitu sejumlah 83 kerusi berbanding DAP 73 kerusi dan KeADILan 40 kerusi wajar diberikan perhatian serius. Justeru, tidak bermakna apabila PAS hanya mempunyai kerusi Parlimen sejumlah 22, KeADILan 31 dan DAP 28 maka PAS sewenang-wenangnya diletakkan seolah-olah parti yang tercorot di dalam mengambil kira apa jua KEPUTUSAN ataupun KEDUDUKANNYA di dalam politik Pakatan Rakyat.

Bahkan, Dewan Muslimat ingin menegaskan betapa PAS sudah terlalu banyak berkorban khususnya kepada keADILan di dalam pembahagian kerusi semasa PRU ke-12 yang lepas.

Bukan setakat itu, PAS sudah pun menunaikan tanggungjawabnya membantu KeADILan dan juga DAP sepanjang PRU ke-12 yang lepas dengan menggerakkan seluruh jenteranya untuk membantu kemenangan mereka dalam pilihan raya itu.

Mengambil kira semua realiti itu, Dewan Muslimat berpendapat adalah wajar Presiden PAS secara tegas dan fokus: kembali mengingatkan rakan-rakan gabungan yang lain agar mereka tidak terlupa kekuatan sebenar yang ada pada PAS.

Justeru, prinsip dan dasar perjuangan PAS juga sewajarnya dihormati dan umat Islam dalam negara ini mesti diberikan ruang dan kebebasan untuk mempraktikkan Islam yang sebenarnya secara menyeluruh. Bukannya Islam dalam pemahaman Umno dan bukan juga Islam dalam pemahaman sempit beberapa pihak yang lain.

Dewan Muslimat sangat prihatin dan memegang erat kata-kata yang pernah diungkap oleh bekas Presiden PAS, Almarhum Dato' Ustaz Fadzil Mohd Noor yang menegaskan bahawa: "Islam mestilah diterima sepenuhnya dan Islam mestilah ditegakkan sepenuhnya. Bukan hak kita untuk membahagi-bahagikan Islam, bukan hak kita untuk mengurangkan Islam. Bagi kita Islam adalah Islam yang sepenuhnya. Bukan Islam campur nasionalisme, bukan Islam campur sosialisme, sebaliknya bukan Islam yang tolak pemerintahan, bukan Islam yang tolak politik, bukan Islam yang tolak negara. Islam yang kita (PAS) perjuangkan ialah Islam penuh yang diturunkan Allah Azza Wajalla."

Akhirnya, Dewan Muslimat? mendoakan agar Presiden, Timbalan Presiden dan seluruh kepimpinan PAS di peringkat Pusat bersama-sama dengan Pesuruhjaya-Pesuruhjaya PAS di? peringkat negeri agar diberi kekuatan, kesabaran dan hidayah daripada sisi Allah untuk terus? memimpin perjuangan ini.? Di samping terus mengadakan perbincangan yang lebih serius, terarah dan efektif bagi memperkukuhkan kerjasama di antara parti untuk kepentingan negara dan rakyat seluruhnya.

Hormat Daripada,

DEWAN MUSLIMAT PAS PUSAT

AIMAN ATHIRAH AL JUNDI

Setiausaha

14 Julai 2008, Kuala Lumpur

baca artikel asal di harakahdaily.net

Dewan Ulama sokong penuh kenyataan Presiden PAS

Ustaz Nik Zawawi Nik Salleh
Sat | Jul 12, 08 | 4:51:28 pm MYT

Dewan Ulama PAS Pusat ingin mengalu-alukan dan menyatakan sokongan sepenuhnya kepada kenyataan yang dibuat oleh YB Dato' Seri Tuan Guru Presiden PAS sebagaimana yang telah dimuatkan dalam Harakah keluaran 13-28 Rejab 1429/ 16-31 Julai 2008 yang antaranya memperjelaskan peranan PAS dalam arus politik perdana masa kini.

Dewan Ulama PAS Pusat amat prihatin dengan isu negara yang berlaku dan sentiasa memastikan agar ianya memberi kesan yang baik untuk Islam dan ummahnya.

Dewan Ulama juga berkeyakinan bahawa masyarakat Malaysia pada hari ini menaruh harapan yang tinggi kepada PAS untuk menerajui negara, bahkan telah ramai yang ingin melihat wujudnya Negara Islam atau negara berkebajikan yang sebenar yang memberi jaminan keamanan dan kesejahteraan kepada semua kaum dalam negara.

Kenyataan yang dikeluarkan oleh Presiden PAS sememangnya mengambarkan bahawa perjuangan PAS adalah jelas iaitu menyeru manusia ke arah yang maaruf dan berusaha menjauhkan manusia dari kemungkaran dan kezaliman.

Apa saja cara yang diajar oleh Islam itulah teori dan landasan yang dibawa oleh PAS. Pendekatan yang diambil oleh PAS dalam arena politik tanah air sememangnya berbagai-bagai dan PAS ternyata telah matang.

Dewan Ulama percaya bahawa semua ahli PAS seharusnya menyedari bahawa bertemu dan berbincang dengan mad?u yang mempunyai pelbagai latarbelakang adalah penting untuk memastikan sasaran dakwah dapat dilaksanakan dengan sempurna.

Semua ahli diajar bahawa Tahaluf Siyaasi adalah satu juzuk yang penting dalam politik Islam. Ia mesti diguna pakai oleh Jamaah Islam seperti PAS agar dasar yang diperjuangkan oleh PAS dapat dihayati dengan lebih dekat oleh rakan-rakan di dalam gagasan tahaluf siyaasi ini.

Selain dari itu juga, kehadiran PAS dalam Pakatan Rakyat adalah perlu difahami dalam konteksnya yang luas.

Kerjasama yang dibuat oleh PAS amat jelas iaitu untuk menentang kezaliman dan menegakkan kebenaran (Islam). Kerjasama dan pakatan yang boleh merealisasikan hasrat murni ini sudah pastinya akan terus dijulang oleh PAS.

Begitu juga sebaliknya kalau pakatan yang merugikan Islam dan perjuangannya pasti akan ditolak oleh PAS.

PAS bukannya parti yang melukut di tepian yang boleh diletakkan di mana-mana. Parti-parti lain yang turut mendukung cita-cita membentuk kerajaan baru di Malaysia pula perlu terlebih dahulu menjaga sensitiviti masyarakat Melayu dan Islam di Malaysia.

Isu-isu syiar agama yang menjadi tuntutan dan prinsip kepada orang yang beragama Islam perlu juga difahami tahap sensitivitinya.

Wujudnya tuntutan untuk memperlahankan suara azan sebagai contohnya menunjukkan segelintir masyarakat masih tidak memahami urusan penting bagi umat Islam. Perkara ini sepatutnya difahami oleh semua kaum di Malaysia.

Ketua Penerangan Dewan Ulama PAS Pusat

baca artikel asal di harakahdaily.net

4 ulasan:

helang merah berkata...

HARAP KITA BERSAMA-SAMA DAPAT MENGENGKANG KEBANGKITAN ANWAR IBRAHIM

Tanpa Nama berkata...

pui telah acapkali berjalan mengengkang akibat perbuatan durjana nuar menibainya dari belakang...

kebangkitan nuar amat dirasai oleh pui...

kata pepatah 'kurus macam jijah'
maksudnya bini yg berlakikan suka main jantan jambu.

Tanpa Nama berkata...

BETUL TU....
MASALAH LIWAT ANU WAR TU JGN CUBA LIBATKAN PARTI LAIN DGN MSLH INI..

KACAU BILAU JADINYA....
SUNGGUH MEMALUKAN...

Tanpa Nama berkata...

Bodoh betul korang ni...
Jangan suka menuduh tanpa bukti yang sahih....
Siapa yang malu?
Anu War dan keluarganya juga..